ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Thursday, December 25, 2008

IPTA vs IPTS

Semalam sambil kami duduk2 ada yg menonton tv/membaca akhbar/novel dan melayari internet, aku bertanya Nazmi mana lebih seronok belajar di MSU atau Uitm.

"MSUlah best' sebabnya
"MSU lecturernya baik2 dan boleh bersembang dgn pelajar2 spt kawan shj sementara Uitm lepas kelas pensyarahnya terus keluar bilik dan susah pula nak jumpa".

Nasihah pula berkata" Betul mama. Lecturer kat tmpt Kakngah (MMU) pun mcm tu, baik dgn student. Siap cakap sapa2 nak jumpa dia consultation hrs dari 8 mlm hingga 12.00 tgh malam. tapi sapa nak panjat fakulti malam2 buta tu"

Nabil juga berkata lecturer di tempatnya (Twintech) mudah untuk dihubungi dan pada bila2 masa sahaja dan tak de sekatan antara pelajar dan pensyarah, mereka lebih seperti rakan.

Suami pula berkata' pensyarah IPTA mcm kakitangan kerajaan yg lain nak cepat balik je' (Salam sikit ye. bini awak ni bukan kakitangan kerajaan ke?)

Aku sendiri pun tak pasti mengapa pensyarah di IPTA tidak menganggap mengajar tu sesuatu yg menyeronokkan, mungkin masing2 mengajar sbb dah tak ada kerja lain ataupun kerana mengajar tu mmg mudah.

Teringat semasa aku di ITM dulu, pensyarahnya juga begitu, susah utk berjumpa, kalau nak jumpa waktu kerja sahaja. Sabtu Ahad malam, waktu mereka bercuti dan berehat. Tidak boleh diganggu.

Aku tak tahu bagaimana pensyarah di IPTA yg lain kalau lebih kurang juga kasihan anak bangsa ku sbb kebanyakan pelajar IPTA adalah Melayu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home