ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, December 16, 2008

Hari Keluarga

Tahun ni hari keluarga diadakan di Tiara Beach Resorts PD dari 12/12-14/12/08.

Setelah seminggu berhempas pulas menyediakan goodies serta hadiah utk cabutan bertuah serta sukaneka, akhirnya hari yg ditunggu2 pun tiba.

Kami bertolak dari rumah jam 3.30ptg bersama2 dgn Nasihah yg baru saja sampai dari Melaka. Hari keluarga tahun ni tanpa kehadiran Nazmi kerana hari Sabtu dia terpaksa menghadapi peperiksaan akhir.

Singgah sebentar di Sepang sebelum meneruskan perjalanan ke PD. Sampai di PD lebih kurang jam 6 ptg bersama2 dgn kumpulan yg menaiki bas. Tahun ni lebih kurang 500 kakitangan serta ahli keluarga menyertai hari keluarga.

Semasa pendaftaran kami juga diberikan goodies serta tshirt utk semua ahli keluarga kali ini oleh pihak Tiara sendiri. T shirt yg kami terima dr agensi berwarna jingga sementara dari TBR bewarna hitam.

Malam tu tiada acara menarik setakat makan malam secara buffet. Menu makanannya tidak banyak dan makanannya juga kurang enak. Selepas makan aku tunggu sebentar utk melihat life show dr TBR tapi kurang menarik minat ku apatah lagi penyanyinya memakai pakaian yg sungguh singkat hingga hampir menampakkan apa yg tak sepatutnya.

Esok kami antara yg awal bersarapan pagi, sarapannya juga kurang enak. Selepas makan lebih kurang jam 9.30 diadakan acara sukaneka. 3 acara utk kanak2 dan 3 utk dewasa.

Aku, nabil dan Nasihah tersenarai mengambil bahagian mewakili rumah kuning. Dah berumur ni rasanya kurang sesuai utk aku terkinja2 di tengah padang jadi aku bagi pada Nabil sahaja utk ambil bahagian.

Memandangkan tak cukup org utk game pertama (Charlie Chaplin), Nabil telah menjadi bidan terjun menggantikan peserta yg tidak hadir/enggan main.

Disamping itu Nabil & Nasihah juga mengambil bahagian dalam pua chu kang dan juga catch .... (Nabil shj)(tak ingat namanya tapi caranya ialah dgn membaling air yg diisi dalam plastik agar masuk ke dalam baldi).

Yg seronoknya ketiga2 sukan itu rumah kuning mendapat tempat pertama. Hadiahnya.........sekilo beras, seliter minyak masak, sekilo gula, sekilo tepung, 2 tin susu pekat dan juga 200gm milo setiap satu. Jadilah buat 'ration' sebulan.

Sepanjang sukan tu Suami dan Nasuha hanya duduk kat dalam bilik shj. Makan tengahari baru masing2 turun.

Ptg tu kami keluar ke pasar malam yg terletak hampir 10km dr situ. Dalam perjalanan aku menerima panggilan telefon.

Nor: Along kat mana nie? Dalam perjalanan ke?
Aku: Perjalanan?

Yatie perasan yg aku seperti terpinga2

Nor: Tak de sesiapa ke call along
Aku: Tak. Mengapa (Mula rasa tak sedap hati)
Nor: Ayah masuk hospital. Tadi alang kata ayah pengsan masa kat rumah Pak Itam.
Aku: Bila?
Nor: Ni baru sekejap. Yati kat Nilai ni on the way.
Aku: Along kat PD nie. Ok nanti along call alang.

Aku menalipon Ely utk mendapatkan cerita sebenar. Ayah yg sedang di rumah Pak Itam tiba2 rasa pening dan seakan pitam. Mereka bawa balik ayah dan sampai di rumah keadaan ayah nampak agak membimbangkan. Mak ambil keputusan bawa ayah ke hospital.

Di HUKM ayah ditahan di ICU. Dan Elly kata tak perlu balik sbb keadaan ayah agak okay cuma Dr nak check mengapa ayah jadi begitu berkemungkinan injapnya tersumbat lagi.

So aku teruskan program malam tu, makan malam serta anugerah pelajar cemerlang. Nabil dan Nasuha masing2 mendapat hadiah utk SPM dan PMR masing2.

Lepas makan suami, Nasihah dan Nasuha terus balik ke bilik. Aku dan Nabil menunggu manalah tahu aku bernasib baik utk mendapat hadiah cabutan bertuah. Tapi malam ni nampaknya aku tidak ada rezki spt tahun lepas, tapi tak apa aku bawa balik 4 hadiah sukaneka.

Esok pagi2 selepas sarapan kami terus balik untuk melihat ayah dan terpaksa membatalkan rancangan utk menghantar anak saudara ke Gemenche. (hantar pengantin).

Alhamdulillah ayah nampak bertambah sihat walau masih ditahan di wad CCU. Dr sedang memeriksa samada perlu buat rawatan lanjut atau sebaliknya. Semuga ayah cepat sembuh. AMIN

p/s kami ambil keputusan utk batalkan family gathering di Cameron Highland dari 26/12-28/12. Ayah pula cadangkan dibuat selepas CNY- sakit2 pun masih nak berjalan.

1 Comments:

At 9:58 AM , Blogger InaOK said...

Salam,

Dec. 16 = Hari Jadi my husband
Tahun ni I buat Nasi Ayam je .. sebab paling senang nak buat ...hehehe
Bertuah punya bini !!!
Tapi tahun ni ada tambahan .. setelah sekian lama, tahun ni I gave him a present.
Tapi I tgk present tu dia tak usik langsung sampai hari ni .... either dia tunggu hari special yg entah bila atau dia takut perfume tu habis cepat, entahlah .... :-)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home