Tips Memudahkan Amalan Menabung
Tip Mudahkan Menabung
Dah bbrp jam mengadap komputer akhirnya mata ku dah tak tahan. Kerjapun dah siap. Lalu aku terus mengambil majalah yg dipinjamkan oleh Mariana kpd ku. Actually dia nak tunjuk atikel berkaitan dgn perkahwinan diraja.
Aku cuma menyelak2 gambar yg terbentang, baca sikit kisah perkahwinan tersebut hingga aku sampai ke satu tajuk yg agak menarik. Tip Memudahkan amalan menabung. Mesti menarik nie, ialah dizaman semuanya naik nie memang agak susah juga nak menabung.
Aku pun mula membacanya, ada 10 cara semuanya. Yg pertama penulis suruh jumatkan penggunaan letrik dgn cara mematikan semua suis kalau keluar rumah. Mmg sejak aku kenal letrik, mak dah pesan tutup semuanya melainkan suis peti sejuk. Ialah kalau suis peti sejuk pun ditutup alamat bila balik ke rumah jadi peti panaslah pulak. So ini out tak boleh pakai.
Kedua pulak rancang perbelanjaan. Penulis suruh senaraikan barangan yang ingin dibeli untuk tempuh seminggu. Mmg pun aku buat, ialah aku mana ada masa nak pergi kedai tiap2 hari. Setiap minggu aku akan pastikan semua barang basah spt sayur mayor, ikan dan ayam dibeli. Sementara setiap bulan barang dapur kering akan dibeli. So tip ini pun tak boleh digunakan sebab aku masih lagi tak boleh menabung.
Yang ketiga pula penulis suruh berhenti merokok. Merokok??? Mmmg ahli keluarga ku tak merokok, bukan sahaja aku malah suami serta anak2 lelaki ku juga tak merokok. (Eh betul ke, kadang2 anak2 ni depan kita mmglah nampak baik tak merokok tapi bila dah dgn kawan2nya.wallahu a’lam)
Keempat, bawa bekal. Mmg aku boleh dikatakan tiap2 hari bawa bekal iaitu roti. Tak tahu mengapa aku suka makan roti. Samada roti baker, roti telur, roti sadin atau roti kosong cicah dgn Nescafe atau teh tarik buat sendiri. Sesekali saja aku makan di kantin. Lunch juga aku skip, Cuma makan biskut jam 3 ptg. Jimat belanja ?.ntah.!
Yang kelima pula penulis suruh beriadah di rumah atau kawasan berdekatan. Tak perlu prg gym cuma joging dipersekitan rumah shj. . Mmg tak pernah prg gym seumur hidup pun dan begitu juga joging. Ni nak menambahkan lemak2 di kawasan yg tak sepatutnya.
Keenam pula dia suruh cuci kete sendiri. Aku mana pernah cuci kete. Yg cuci samada cik abang atau anak teruna ku. Cuci sendiri tapi rasanya bila dah cuci sendiri banyaklah pulak pakai air. Kurangkan penggunaan kad kredit, yg ketujuh. Dulu mmg aku tak de kad kredit tapi entah mcm mana tiba2 je aku ada. Walau bbrp kali aku cuba nak batalkan tapi tak berjaya sbb kad kredit ni cik abang aku yg guna. Walau pun begitu kami gunakan utk membeli barang2 yg penting sahaja bila duit cash tak cukup, contohnya peti sejuk hari tu. Hehe. Ni kira tak boleh elaklah.
Lagi satu penulis tu suruh ubah tabiat makan di restoran mahal. Jgnkan kata restoran mahal, restoran murahpun kami tak pergi bahkan gerai makan pun jarang dikunjungi. McD, KFC, atau Pizza Hut setahun tak sekali. Itu mcm kira mmg tak masuk bukulah tip ini.
Penulis juga suruh kurangkan aktiviti hiburan seperti mengunjungi pusat huburan atau kaaoke pada hujung minggu dan dia syorkan beli set karaoke. Hah! Aku jgnkan kata nak mengunjungi tempat2 tu bahkan beli set tu pun aku tak akan buat.Malahan pasang astro kat rumah utk dapat hiburan tambahan pun aku tak setuju. Ialah aku tak punya masa nak berhibur lagipun itu bukanlah cara hiburan yg dianjurkan Islam. Banyak lagi cara utk berhibur. Masih boleh menabungkah aku?
Dan yg terakhir buat potongan melalui gaji bulanan. Ini pun aku dah buat. Sejak pertama kali aku mendapat gaji aku dah mula potong dah. Eh bukan potongan kwsp tapi potongan tabung haji. Tapi masalahnya bulan ni simpan seratus, tak sampai bulan depan dah keluar dua ratus. Habis tu mcm mana nak menabung, tabung tu duk asyik bocor je. Ni kena suruh TH buat tabung yg benar2 kuat supaya tak bocor selalu.
Jadi bila aku baca semua tips tu nampaknya tak de yg baru. Semuanya aku dah buat, kalau macam tu aku pun boleh jadi penulis kat majalah tue. Tapi yg sebenarnya tips tu utk org yg byk duit tapi masih rasa tak boleh nak menabung. Tapi bagi aku yg dah buat semua tu tapi masih tak boleh nak menabung, mcm mana ye?

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home