Macam-macam Hal
1. 26 Ramadhan 1429/26 September 2008
Beberapa kali rumah ku black-out. Ada masalah dgn peralatan eletrik ku. Suami cuba memeriksa lepas satu satu peralatan tu bila punca akhirnya diketahui disebabkan oleh peti sejukku. Meletup dia bila suami cuba onnkan utk kali yg ntah keberapa.
Sudah hampir 15 tahun peti sejuk ni memperhambakan dirinya di rumah ku. Jenamanya pun dah tak wujud lagi. Warna pun dah tak de dalam pasaran (warna hijau). Sudah beberapa kali juga kami nak tukar tapi sebab masih boleh guna, kami biarkan dulu. Hinggalah ke tarikh nie. Dah penat agaknya ia bekerja. Dgn perasaan sedih terpaksalah kami menukarnya dgn yg lain.
Esok paginya kami mencari kedai yg boleh menghantar peti sejuk itu hari ni juga. Tiga kedai, Sen Heng, HLK dan lagi satu tak ingat nama, semuanya tak dapat memenuhi permintaan kami. Samada tiada stok ataupun tak boleh hantar hari ni.
Akhirnya kami ke sek 18 mencari kedai letrik biasa. Berjumpa dgn satu, jenama, model serta bujet menepati kehendak kami. Jadi sekarang ni, Toshiba yg berharga RM1,450 menjadi pembantu kami yang setia. Pekedai tu hanya boleh beri diskaun RM40 drp RM1490 walau beli tunai, sbb malas nak tawar menawar, penat wei bulan2 puasa nie apatah lagi dah hampir pukul 1, kami terpaksa terima je tawarannya.
Kebetulan juga kedai tu menjual perabut. Teringin pula tidur di katil setelah beberapa tahun tidur cara jepun. Beli katil, beli tilam, 1 utk bilik ku dan satu utk Nasuha, habis seribu lebih. Beraya tilamlah gamaknya tahun nie.
Disebabkan mencari/membeli peti sejuk nie, satu kek ku tak menjadi sbb aku setkan masanya dan terus keluar. Bila balik kek tu dah pun naik sejuk kat dalam ketuhar. Kek bantatlah jadinya.
2. Langsir.
Dah bbrp tahun tak ganti langsir termasuk tahun nie.
"Ma......mana langsir ni lagi sebelah" Nasihah bertanya.
"Kat tempat dialah"
"ada sebelah je Ma....."
Aku naik atas dan mencari langsir biru, tapi tak berjumpa.
"Alamak Nasihah, rasanya mama termasukkan dalam plastik hantar kepada anak yatim"
Mmg masa tu aku teringat ada pack langsir2 (langsir yg aku tak mahu pakai sbb berat sgt dan nampak gelap) utk beri pd anak yatim. Sahlah sebelah yg aku punya dah termasuk sekali.
"tak pe Nasihah, basuh je langsir yg ada, dah kering pasang balik"
Nampaknya tahun depan kena beli langsir baru.
3. Di petang raya pertama.
Semua org kepenatan balik dr berjalan raya. Masing2 berehat/tidur di bilik melainkan aku, Nabil dan Nasuha. Lebih kurang jam 4 ptg aku terdengar salam diberi.
Menjenguk dan melihat sekumpulan kanak2 sedang berdiri kat luar.
"Selamat Hari raya Makcik. Kami dtg nak beraya"
Malas ganggu mak dan ayah, aku jemput mereka masuk sambil bertanya, nak duit raya ke nak beraya?. Nampak sgt kepenatan.
"Dua2 makcik, beraya dan duit raya"
"Dari mana?"
"Dari sana tu......"
"Oh......jauh tu"
"Cucu sapa nie?" Kat kg tu aku hanya kenal datuk2 mereka sbb yg sebaya dgn ku aku tak berapa kenal.
"Saya dan dia cucu ...."
"Oh.........ni anak sapa?" Kebetulan aku kenal juga dgn datuk serta anak2 datuk mereka. ....
Eh rupanya anak si Ali ....., Aku ingat masa sekolah dulu, punyalah nakal. Kalau dlm van tu habis semua budak diusiknya. kalau dgn aku, pembaris je jadi penyelamat aku.
p/s ptg tu adik cakap, isteri si ali tu baru je meninggal tahun nie. Meninggalkan 6 or 7 org anak yg paling kecil baru bbrp bulan. Seblm ni duduk Melaka tapi bila isteri meninggal tak de sapa yg jaga anaknya, itu yg bawa balik kg. Adik kata pertama kali dia lihat si Ali ni menangis bila cite pasal isterinya meninggal........ialah dulu2 tu dia ni mmg jenis brutal . Bangun pagi tiba2 sesak nafas dan terus meninggal. Tak sakit dan tak de tanda, mmg mengejutkan.
Bla..bla..bla
Aku masuk ke dalam buat air sambil persilakan mereka makan. Tiba2 lampu di dapur terpadam dan terbuka. Terkejut aku, bila ku jenguk rupa2nya budak2 tu cuba nak onkan kipas.
"Panaslah mak cik. Tak de kipas ke?"
Hish budak2 ni mcm buat rumah sendiri pulak. Aku pulak tak tahu kat mana pulak remote kipas tu diletakkan jd tak bolehlah nak onkan kipas tu. Cuma satu kipas je yg terpasang. Kepanasanlah mereka tu termasuklah aku sekali.
Setelah makan dan minum semua nak balik.
Aku pun beri duit raya tanpa sampul.
"Eh mak cik takkan seringgit je, bagilah dua ringgit"
Aku "HAH!!!"
"Eh ni bukan rumah makcik, tuan rumah tidur. Tuan rumah boleh bagi lebih"
"Kejutkanlah makcik"
Terkejut betul aku dgn sikap anak2 sekarang, tak tahu malu dan tiada perasaan hormat kat orang tua. Yg malangnya dari 8 org yg dtg tu, 2 telah pun berusia 15 tahun, bukannya kanak2 lagi. Tapi teringatkan datuk mereka, aku tak heranlah..........
4. Rumah Terbuka
4 Syawal 1429/4 Oktober 2008 (Sabtu)
Hari ni mak buat rumah terbuka. Tak seperti tahun2 sebelumnya, kali ni agak besar juga siap pasang khemah. Makanan pun di cater sahaja. Andak (kakak ipar) di datangkan khas dr Sepang utk bakar sate. Selain dr tu ada mee sup/soto, nasi himpit, lemang, rendang tok (yg ni yatie yg masak), mee rebus, nasi beriani or tomatao (aku tak makan itu sbb tak perasan nasi apa) dan aluk2nya.
Dessert pula puding sejuk (Dik Teh), kek buah dan coklat (aku), muffin (Dik lie), buah anggur dan singapore pie.
Ramai yg datang, saudara mara,ipar duai kami, kawan2 mak,eli,yatie, nabil,aziz, zubir, ami, jiran tetangga dan org2 masjid. Ada majlis doa selamat sebelum makan2 tu.
Utk gambarnya layari ....
http://meorjay.fotopages.com/
bawah tajuk beraya di rumah yatie.
Seronok betul walaupun aku terkilan sahabat baik ku tak dapat hadir walaupun utk sebentar sahaja. Tak pelah Alin, next time okay........
Habis majlis jam 4 walau masih ada yg datang. Dik Teh sekeluarga balik Ipoh jam 5 lebih sbb nak hantar Liyana dan Wanie balik ke hostel masing2. Aku pula balik lepas maghrib sbb esoknya nak hantar Nasihah balik Melaka.

1 Comments:
Salam,
Kalau single memang gerenti datang
tapi sbb kita ada Tuan, terikatlah kaki...hehe
InsyaAllah ... lain kali bila ada kesempatan & Tuan pun good mood macam dulu .. sure kita jumpa lagi ;).
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home