Ramadhan
1 Ramadhan 1429 bersamaan dgn 1 September 2008 kebetulan jatuh pada hari Isnin. Memandangkan 31 Ogos, hari kebangsaan jatuh pada hari Ahad, maka hari ini merupakan cuti umum seluruh negara. (Kebetulan juga aku dimaklumkan negara jiran juga bercuti menyambut hari guru (atau yg bercuti hanya guru2 sahaja, wallahu a'lam)
Seronoknya menyambut 1 Ramadhan dgn bercuti. Dapatlah juga nerehatkan diri ini dalam masa nak menyesuaikan diri berpuasa. Itulah, disyorkan berpuasa sunat sebelum ini supaya senang berpuasa Ramadhan tak mahu, (bukan tak mahu, tapi setiap kali nak puasa ada saja hal - excuses2 spt biasa)
Seronok juga bila semua anak2 ada bersama untuk sama2 berpuasa. Alhamdulillah semua bangun makan sahur serentak kerana walau anak2 dah besar tapi yg lelaki terutama Nazmi agak liat untuk bangun pagi. Kali ini sahurnya hanya ayam masak merah dan kangkung goreng. Selepas makan nasi anak2 ku pasti tidak akan lupa makan koko crunch kegemaran mereka. Walau dah besar panjang tapi koko krunch tu kira makanan 'wajib' utk bersahur, kadang2 tu mengalahkan anak2 tadikalah pulak. Pasti setiap Ramadhan akan ada stok koko krunch utk mereka.
Tak lupa juga aku membekalkan Nasihah dan Nabil dgn koko krunch setiap sepeket seorang untuk bersahur semasa di kolej.
Kami berbuka pula dgn nasi, ketupat, sotong sambal, pucuk paku masak lemak dan pemanisnya puding jagung. Kerana tak ada tepung kastad aku guna tepung jagung je dan jagung dalam tinnya pulak dah hampir setahun ku beli. Itu sebab 'by hook or by crook' aku kena masak jugak sbb cik abang tu dah bising tgk benda tu dok atas almari tak berusik. Nasib baik tak luput lagi.
Ini pertama kali aku guna tepung jagung utk buat kastad, rasanya sedap cuma warnanya tak sekuning warna tepung kastad. Sempat juga aku bekalkan untuk Nabil dgn ketupat, sambal sotong dan juga puding jagung.
Hari ini masuk hari kedua puasa. Nasihah masih bercuti sementara Nabil pula telah pulang ke kolejnya selepas solat terawih malam tadi. Pagi tadi menalipon utk mengejutkan Nabil bersahur dan kiranya Nabil sedang memasak. Hah???? Tak ku sangka anakku ku ini boleh memasak untuk bersahur, ialah kalau kat rumah tu kira2 orang terakhir yang akan bangun.
Nasihah dan Nasuha terguling2 ketawa mendengar nabil memasak utk bersahur. Biar betul.......tapi itulah kehidupan. Kita tidak boleh menjangka apa yang kita boleh buat sekiranya dalam keadaan terdesak.
"kalau kakngah tu, cukup jelah dgn koko krunch, tak kuasa ah nak masak' kata Nasihah sambil ketawa2. Anak dara ku ini hanya rajin di rumah sahaja tapi bila di kolej memang dia malas nak buat kerja, katanya masing2 di kolej kurang nak berkerjasama. Selalunya hanya orang2 tu je yg akan buat kerja akhirnya dia sendiri dgn tak sengaja pun jadi malas.
Hari ini juga aku bercuti atas urusan persendirian. ada hal yg perlu ku lakukan. Memang kalau difikirkan malasnya nak pergi kerja. Bilalah masanya RM, US$, Euro tau apa2 bentuk duit dari langit jatuh melayang2 atas bumbung rumah ku. Tak pun setiap kali aku membuka akaun RM yg ada dalam akaun tu beranak pinak dan bercucu cit. wei...........seronoknya sambil gayang2 kaki dan jari2 menari di atas kekunci duit2 pun ikut sama mengisi kantong2 yang sokong.
Mimpi jelah makcik ooiii.............
Selamat Menyambut bulan Ramadhan al-Mubaraq semuga segala amal ibadat yang dilakukan akan diterima dan mendapat ganjaran yang sepatutnya. Semuga ALLAH memberi kita kekuatan menempuh segala cabaran dalam menjalani ibadat puasa ini. AMIN.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home