ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Sunday, August 10, 2008

08.08.08


Sepatutnya aku update blog ni pada 08.08.08 tapi disebabkan aku sibuk terpaksalah aku update hari ni.


08.08.08 adalah tarikh lahir suami ku yang ke 52. Ada yang bertanya apa masakan istimewa utk suami tercinta? Memandangkan aku kerja dan nak masak tak de mood jadi aku tak masak apa2, nak buat kek pun malas. Macam jugak org tulis buku mesti ada mood yg sesuai begitu juga dgn aku tak de mood nak buat apa2.


Tapi utk mengenangkan tarikh bersejarah yg tak mungkin akan dirasai lagi maka aku suruh juga anak aku beli kek. Kek biasa je, ingat nak cari kek butter tapi kat bakery tu semuanya coklat (kek yg suami tak suka) terpaksa jugalah dibeli. Nasib baik suami makan. (Gambar msh tak dpt nak upload. Anak ku sibuk madang)
Inilah suami ku yang telah hidup bersama dgn ku lebih dari 22 tahun.


Semuga ALLAH memberkati suami ku sepanjang masa, dirahmati, dimurahkan rezki dan semuga kasih sayang kami berkekalan hingga akhir hayat.


AMIN

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home