ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, August 02, 2008

Karbala - Satu Penghayatan

Karbala, begitulah tajuk buku yang dikarang oleh Faisal Tehrani cetakan 2008. Aku membeli buku ini di Pesta Buku Antarabangsa bulan Mei yang lalu. Tanpa melihat isi kandungannya aku terus mencapai dan membayar harganya kerana tiba-tiba aku tertarik utk mengikuti kisah cucu Rasulullah di Karbala.

Dua minggu yang lepas baru aku berkesempatan membacanya. Itu pun disebabkan bukunya yang agak nipis (hanya 198 ms) membolehkan aku membawanya di dalam beg tangan untuk dibaca semasa aku menunggu doktor bagi mendapatkan rawatan di PPUM.

Setelah aku belek buku tu barulah aku tahu buku ini sebenarnya adalah sebuah drama pentas. Silap belikah aku, ialah berharga RM18.80 utk 198 ms memanglah terlalu mahal buat ku. (Aku boleh beli muku Alaf21 harga yg sama tp muka surat hampir mencecah 500). Tak pelah mungkin drama pentas ni menarik.

Sambil melihat jam tangan yg menunjukkan pukul 7.45am aku duduk di kerusi mengadap pintu bilik doktor. Begitulah kalau ke hospital kerajaan, walau temujanji jam 9.00 pagi kena tunggu awal kalau ingin dapat jumpa segera. (Tapi tak tahu mengapa pada hari itu Doktor hanya datang apabila jarum jam hampir menunjukkan ke nombor 12)

Aku buka muka surat pertama dan membaca prakata. Ia menceritakan tentang bagaimana drama pentas ini wujud disamping serba sedikit maklumat tentang kisah Karbala. Ia mengisahkan pengorbanan dan kepahlawanan keluarga suci Nabi Muhammad SAW di bawah pimpinan Saidina Hussein b Ali yg terjadi di Karbala pd tahun 61 hijrah menentang Yazid b Muawiyah pada 10 Muharram.

Aku buka pula mukasurat ke 3, babak 1. Ia menceritakan pula bagaimana drama itu sepatutnya dilakunkan, dgn suara latar mengisahkan tentang sejarah Karbala dalam babak pertama. Bagaimana kisah ini terjadi dan apa yang berlaku di Karbala.

Aku baca lagi dan tiba2 air mata ku mengalir. Tidak tahan rasanya membaca bait-bait ayat yg menyatakan
"Umat macam apa kita ini,?" Dalam kisah ini ia menyelar kita umat Islam yang hanya mendiamkan diri walau keluarga Nabi diseksa, disembelih dan diperlekehkan.

Dan juga ayat
"Mengapa kalian biarkan cucu Nabi seorang diri selama ini? Mengapa kalian tidak membela agama ini bersamanya? Bukankah kalian pernah berikrar setia dgn Rasulullah saw dahulu? Tapi mengapa kalian ingkarinya spt ini. ....."

"Kalian bohong, kalian mengata umat Nabi Muhammad SAW tetapi tak seorangpun tampil membantu Nabi kita, tak seorang pun menolong cucunya......"

Ya umat apa kah kita ini yang tak sanggup mempertahankan agamanya sendiri dari diperkotak katikkan oleh orang lain samada org Islam yang munafik/musyrik apatah lagi oleh orang2 kafir laknatullah.

Air mata ku laju mengalir setiap kali membaca patah2 ayat yg tertulis. Aku terpaksa berhenti beberapa kali setelah membaca tiap patah perkataan. Bagai terngiang-ngiang ayat2 tersebut dibacakan. Ya umat macam apakah kita ini???

Kerana malu pada orang sekeliling, aku menutup buku tersebut. Tak sanggup aku membacanya lagi. Hingga sekarang aku masih lagi belum habis membacanya kerana setiap kali aku membaca ayat2 tersebut air mata pasti mengalir.

Diwaktu aku menulis ini pun air mataku mengalir laju mengenangkan bagaimana kaum keluarga Rasulullah terpaksa berkorban nyawa menyelamatkan cucu Rasulullah dari Yazid b Muawiyah.

Barulah aku tahu mengapa orang-orang Syiah setiap tahun meraikan acara mengingati kisah Karbala kerana masing2 rasa menyesal kerana tidak dapat membantu cucu Rasulullah, Imam Hussein dari dibunuh, Penyesalan yang amat sangat inilah yang mebuatkan mereka sanggup mencederakan diri masing2 bagi merasai kesakitan yang dirasai oleh kaum keluarga Rasulullah SAW yg dibunuh di Karbala.

Tidak rugi rasanya aku membeli buku ini kerana ia benar2 membuka mindaku yang selama ini memikirkan mengapalah orang2 yg digelar Syiah ini terlalu taksub kepada Imam Husein.

Aku harap dapat memhabiskan bacaan ini dengan segera sebelum aku membaca buku2 yang lain. Ada beberapa buku lagi yang masih belum ku sentuh yang menunggu utk dibaca. Antaranya Cinta Sufi oleh Annur Puteri terbitan Creative (878 ms), Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Nordin terbitan Telaga Biru (785 ms), Kuseru Namamu Kekasih oleh Maya Iris (sedang baca) terbitan PTS Millennia (485 ms), Zikir2 Cinta oleh Anam Khairol Anam (Indonesia) terbitan PTS Litera Utama (296 ms), Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni terbitan Berlian Publication (332 ms) dan Aku Terima Nikahnya oleh Hasrizal Abdul Jami terbitan Galeri Ilmu(baca setengah jalan berhenti, akan sambung kemudian) (227 ms)


Ini petikan dari ujanailmu.com utk Karbala

Tuhan, aku sungguh malu, betapa banyak dosa aku. Nabi, umat macam apakah aku ini; cucuanda kesayanganmu hancur diseligi sedang aku masih solawat tanpa meratap dan menangis akan korban di Karbala ini.

Nabi o Nabi, layakkah aku meraih syafaatmu di akhirat nanti andai apa jadinya di Karbala pun aku tak peduli.

Sebagai tukang seru perpaduan dalam Islam, Faisal Tehrani tidak pernah peduli asalkan halaman kebenaran dapat dipaparkan untuk bacaan kita

Karbala adalah sejarah dan akar revolusi yang mesti dihayati

Tanpa sedar airmata ku mengalir..........

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home