ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Wednesday, July 09, 2008

Marah

Hari ni aku rasa nak marah saja. Marah dgn semua orang. Aku cuba utk tidak 'melepaskan' marah ku. Akhirnya aku urut dada dan beristighifar banyak2 semuga syaitan2 yg bergayut2an tu bertempiaran lari.

Aku tak buat satu kerja pun sebaliknya berjalan2 dari satu meja ke satu meja. Ini satu2nya cara aku menghilangkan rasa marah ku. Kalau tidak pasti saja ada yg akan 'kena' tempias marah ku.

Aku buka2 fail, aku jenguk2 kerja yg mereka buat. Semuanya tak seperti yg sepatutnya. Takkan semua perkara mesti diarahkan. Itukan kerja mereka, takkan aku nak langgar 'territory'. Nanti ada pulak nak tanya, 'eh yg awak sibuk2 kat dept kami nie mengapa?'

Masa ni terfikir alangkah seronoknya duduk rumah sambil merelax2 fikiran, chatting, tgk sinetron kat Utube, baca novel, buat kek, makan2, kemas rumah dan seribu satu kerja lain yg boleh dibuat di rumah. Gerenti aku tak akan marah2. (Eh ye ke boleh gerenti. Barang letrik je ada gerenti - (petikan dr bohemian - pinjam jap dari imaen)-Silap2 bertambah teruk tahap marah ku. Bukan dgn pekerja tp dgn keluarga)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home