Sampai Hati 2
Macam mana lelaki boleh sampai hati menceraikan isterinya. Macam mana lelaki boleh terlupa bagaimana sengsaranya si isteri yg bertungkus lumus mencari rezki utk keluarga semasa suami tidak bekerja tetapi setelah si lelaki bekerja dia terus menceraikan isterinya.
Aku lagi rasa sampainya hati isteri bila sanggup melayan lelaki lain sedangkan mempunyai suami yg 'baik'. Sampai hatinya isteri ini membiarkan dirinya terlalu baik dgn lelaki lain biarpun beliau tahu apa yg dibuatnya itu pasti mengundang fitnah.
Lebih kurang dua tiga minggu yg lalu aku terkejut bila dimaklumkan G (kantin operator di tempat kerja ku)telah diceraikan oleh suaminya M. Ini adalah merupakan perkahwinan G yg kedua dan yg pertama buat M. Mempunyai seorang anak yg berusia 6 tahun dan G sendiri telahpun menjadi nenek walau usianya lebih muda beberapa tahun dr ku.
Mendengarkan itu aku membuat beberapa andaian yg kurang baik terhadap suaminya. Begitulah selalunya kita, sering membuat andaian tanpa mengetahui perkara sebenar.
Seminggu selepas itu aku lagi terkejut bila diberitahu yg M menceraikan G sebah G ada affair dgn seorang pegawai berstatus dudu di pejabat ku. Biar betul. Takkan lah sampai begitu sekali.
Maka keluarlah kisah G pernah prg berkelah dgn M sekeluarga dan sebagainya.
Aduh..........bagaimana bisa jadi begini. Walau ada yg kata M cuma cemburu buta sbb G mmg peramah orangnya tapi aku sendiri tak mahu lagi membuat apa2 andaian.
Tapi aku akan menjadikan nya sebagai panduan hidup ku. Yg pasti kita tak bolehlah terlalu rapat dgn lelaki yg bukan mahram apa tah lagi klu lelaki itu duda. Mungkin masing2 hanya ingin membantu antara satu sama lain (comfort each other) tapi bila dah lama2 lain jadinya.
walau pun mungkin pada mulanya hanya setakat kawan2 dan menceritaka masalah masing2 dan masing2 cuba menjadi pendengar setia sambil cuba nasihat menasihati tapi akhirnya pasti ada 'orang' ke 3 yg merasuk. maka timbullah perasaan 'yg lain' yg pada mulanya setakat sahabat sahaja. Bila ini berlaku tak mustahil rumah tangga jadi kacau bilau dan anak2lah yg akan menjadi mangsanya.
Aku berharap agar G dan M akan rujuk semula apa tah lagi kasihan kat anaknya yg memang rapat dgn M.

1 Comments:
Sometimes the relationship memang "bersih" tapi sebab orang lain punya sangka buruk menyebabkan benda yang tak ada diada-adakan.
Dan keadaan menjadi bertambah buruk bila suami tak percayakan isteri. Allahualam
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home