KTM OH KTM
Aku adalah pelanggan setia KTM. Setiap hari aku pergi kerja menaiki tren komuter. Mmg banyak masalah dgn tren ni, setiap minggu ada saja tren yg delay atau cancell terus. Yg jadi mangsanya penumpang mcm aku.
Tapi aku jarang sangat menggunakan tren antara bandar, jadi utk balik ke KL dari Jb aku ambil keputusan untuk menaiki tren tersebut. Suami suaruh ambil perjalanan malam sbb tren itu akan sampai di KL <> jam 6 pagi dan bertolak dr JB jam 10.15mlm.
Persidangan yg ku hadiri tamat jam 1 tgh hari dan suami langsung tak kisah klu aku perlu bersidai di stesen JB sejak ptg lagi. Setelah fikir masak2 akhirnya aku menalipon Rozi seorang lagi teman yg menginap di JB. Aku taklah rapat dgn dia tapi setakat nak tumpang2 tak de masalah.
Alhamdulillah dia sudi menumpangkan aku tapi aku terpaksa mengikut dia ke seminar produk halal yg diadakan di PERSADA sbb dia berada di situ. Jadilah aku peserta tak dijemput. Jam 5 ptg aku mengikut dia ke pejabat dia sekejap dan berjumpa dgn Roy teman yg pernah menjadi sahabat baik ku suatu masa dulu. Tp mcm kata mat salih as time goes by we tend to forget every thing that were in the past. Begitu juga dgn kami, terlupa pulak yg kami pernah menjadi sahabat baik krn dusebabkan masa kami terus jarang bertanya khabar.
Selepas maghrib dan makan malam Rozi menghantar aku ke stesen JB yg rasa ku amat memalukan keadaannya, cantik lagi stesen komuter Padang Jawa. Bilalah rupa stesen yg sejak cerita zaman P Ramlee nak diubah. Jam masa tu menunjukkan 9.45 mlm.
Aku tunggu jam 10 mlm bila pengumuman mengatakan tren akan sampai jam 10.30 mlm dan akhirnya tren hanya meninggalkan stesen JB jam 11 mlm.
Memandangkan aku memilih tempat duduk (atas nasihat suami tercinta) aku merasakan amat tidak selesa, apa tah lagi air menitik dari atas bumbung tempat duduk ku. Akhirnya aku berpindah ke koc sebelah dan kali ni aku duduk sorang2 dan bila kakitangan KTM dtg utk memeriksa tiket aku maklumkan masalah ku. Memandangkan tiada penumpang lain aku dibenarkan duduk di situ.
Beberapa kali aku terjaga masih tidak sampai hingga bila jam menunjukkan pukul 6.15 am aku masih lagi berada di Tampin. Akhirnya aku sampai di KL sentral jam 9am, lewat 3 jam dari waktu sebenarnya. Yg paling aku geram tiada langsung ucapan maaf dari mereka apa tah lagi utk memberi ganti rugi.
Kepenatan, aku berhenti utk mengisi perut dan kemudian terus balik naik tren komuter. Tgk jadual tren akan berlepas kam 9.23 am tapi sampai jam 9.30am. Hampir tiba di Subang Jaya tren tiba2 berhenti. 5 minit kemudian pemandu tren memaklumkan tren menghadapi masalah. Dan kami terus menunggu dan menunggu hingga 50 minit lagi dan penumpang dalam tren mula bising dan menalipon pihak KTM kerana pemandu langsung tidak memaklumkan apa2.
Akhirnya aku sampai rumah jam 11 pagi dan penatttnya..........suami sempat berlawak samada aku baru sampai dari London ke, ialah perjalanan dari JB ke rumah mengambil masa lebih dari 12 jam........
KTM oh KTM mengapa lah kau buat aku jadi begini. tanpa sebarang maklumat dan ucapan maaf pihak KTM seakan merasakan tiada apa2 bila penumpang terpaksa menunggu lama dalam keadaan tertanya2. Seronok agaknya mereka.

1 Comments:
Sebab orang tak buat official complaint sebab tu mereka buat tak kisah. Kalau ada rekod official complaint then they have to take action sbb ada bukti & mereka boleh disoal.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home