ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Thursday, June 19, 2008

Macam2 ada - II

15/6

Yg mula2 sampai ke kereta adalah suami dan anak2 ku. Aku berjalan santai ke arah mereka bila aku perasan yg masing2 menjenguk serta terdengar suara Nasihah "LAPTOP KAK NGAH!!!!" Bila aku sampai barulah aku tahu apa yg berlaku.

Cermin tingkap penumpang belakang telah pun lopong dan kaca berselerakan di atas jalan. Nazmi membuka pintu dan memeriksa keseluruhan kereta sambil cuba melihat beg laptop yg sudah tiada lagi. Terus aku tanya apa yg hilang.

"MA..... BEG SEMUA HILANG!"

Biar betul, mcm mana aku nak prg kursus. Takkan lah beg2 kami pun diambil dan kami terus melihat lagi apa yg diambil. Selain dari 3 beg pakaian, laptop, external harddisk (yg baru saja dibeli oleh Nasihah 2 hr yg lalu) juga hilang bantal spongebob yg diletakkan di atas kerusi. Pelik pula sbb POOH tak pula diambil.

Suami seakan 'lemah' dan sambil membersihkan kaca2 yg pecah yg berselerakan di atas kerusi serta dalam kereta berkata lepas ni baliklah. Aku pulak lebih suka buat lapuran polis walau aku pasti hampir 0% utk mendapatkan balik tp sekurang2 menambah statistik jenayah di JB. Haha...jahatnya aku.

Setelah berbincang2 akhirnya suami bersetuju utk membuat lapuran polis tapi tiada siapa yg sudi nak bantu tunjukkan balai polis dan sebagainya walau ramai juga yg lalu lalang menjenguk dan bertanya apa yg berlaku.

Akhirnya dgn rasa serba salah aku menalipon Hanim utk dptkan bantuan. Tanpa bertangguh Dzan berjanji akan datang dalam masa 1/2 jam. Masa tu aku tak terfikir pun yg rumah mereka jauh dari tempat kejadian.

Lebih kurang 1/2 jam kemudian mereka pun sampai dan membawa kami ke balai polis. Sambil mengekori kereta mereka sempat suami berkata "lucunya, kereta S'pura pulak yg lead kereta M'sia kat M'sia" Nak buat mcm mana, agaknya kalau kami yg cari mesti berjam2 pun tak jumpa.

Nasib baiklah lapuran tu dapat dibuat dalam masa yg cepat. Setelah lapuran dibuat kami mengikuti mereka utk mencari kedai membeli plastik. Memandangkan Dzan tak brp familiar kedai2 yg berada di town kami dibawa ke kawasan rumahnya.

Setelah membeli kami singgah di rumah mereka dan sempat makan tengah hari dan solat zuhur di situ. Hampir jam 2.30 kami bertolak dari rumah mereka. Suami dan anak2 menuju ke KL sementara aku pula mengikut Hanim utk ke town membeli apa yg patut utk kursus.

bersambung
P/s aku hairan bagaimana penulis boleh menulis berjam2 sedangkan aku baru menulis sikit dah penat. Macam manalah nak jadi penulis nie.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home