Pantai Balok
Penatnya aku rasa tapi memang menyeronokkan. Aku baru saja balik dari bercuti selama 4 hari 3 malam, percutian dgn keluarga yg agak lama sbb selalunya aku bercuti cuma 3 hari 2 malam sahaja.
Kali ini aku bersama2 kedua ibu bapa ku, Elly sekeluarga serta Yati sekeluarga bercuti di Pantai Balok di Pahang. Kami bertolak hari Sabtu pagi. Jam 6.15 Yati telefon beritahu dia dah bertolak. Awalnya lah budak nie bertolak.
Aku hanya bertolak jam 6.45 pagi tanpa Nazmi kerana dia tak dapat bercuti. Nampaknya makin dewasa anak2 makin susah utk kami cuti bersama, nasib baiklah Nasihah dapat ikut bila cuti semesternya baru saja bermula.
Sepatutnya kami berjumpa di R & R Temerloh utk bertukar penumpang dimana Mak dan Ayah menumpang kami sementara Nabil pula ikut Yatie tp memandangkan mereka dah jauh sgt terpaksalah dibatalkan.
Kami akhirnya bertemu di Mini Zoo Teruntum dkt dgn Teluk Cempedak lebih kurang jam 11 pagi. Sebelum tu kami sekeluarga singgah di Gambang utk sarapan pagi smentara Yatie pula bersarapan di Temerloh.
Kami singgah hampir setengah jam melihat bbrp jenis binatang yg dipamirkan di situ spt ular sawa, beruk, bear cat, beruang, rusa dan bbrp jenis burung. Taklah banyak mana, nama pun mini, masukpun free.
Memandangkan waktu masih awal dan kami tak dpt check-in awal (sbb salah sebuah jabatan kerajaan yg mengadakan hari keluarga di situ masih lagi blm keluar) kami teruskan perjalanan ke Cherating utk makan tengah hari. Kami singgah di salah satu gerai di situ yg menghidangkan makanan yg agak enak terutama sekali masakan sotongnya.
Kami sampai ke DVR lebih kurang jam 2.15 malangnya hanya bilik studio yg tersedia. Jadi mak dan ayah masuk dulu sementara aku pula menumpang di bilik Ely yg masih tak sampai sementara menunggu bilik ku siap. yatie pula sbb bilik tak cukup menginap di Swiss Garden yg terletak diselah DVR.
Jam 3 lebih barulah bilik ku siap dan Ely hanya sampai jam 5 ptg. Dia nie mmg selalu lambat. Rehat sekejap dan hampir jam 5.30 baru kami turun ke pantai. Aku mmg tidak gemar bermain air laut apa tah lagi nak mandi. Aku hanya berjalan2 di persisiran pantai sambil melihat anak2 ku serta sepupu2 mereka bermain dan mandi.
Malamnya kami makan disalah satu gerai disitu. Sotong besar2 (sekilo hanya 3 ekor shj) masak pedas, 2 ekor siakap masam manis, sayur campur, dan bermcm jenis air utk 16 org (menu lain aku tak ingatlah pulak) hanya berjumpah RM174 mmg murah.
Ikan dan sotongnya memang segar dan enak. Menunggu pun tak lah lama sangat sbb mungkin org belum berapa ramai (kami prg awal jam 8 mlm) dan jam 9.30 masing2 dah balik semula ke bilik. Aku malas berjalan walaupun Ely dan Yatie ajak berjalan di tepi pantai tapi aku lebih suka tidur sahaja. Penat yg amat sgt, erm dah kurang tenaga ku bila umur mangkin meningkat.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home