Memandu Sendiri
Erm mulai esok aku dah tak de kenderaan utk ke pejabat. Selalunya bosku akan menunggu aku di stesen keretapi diwaktu pagi dan menghantar ku diwaktu ptg. Mulai esok aku terpaksa mencari kenderaan sendiri apabila bosku menghabiskan cutu tahunannya sebelum membuat bersara pilihan.
Aku tak kisah waktu pagi sbb aku boleh naik teksi, tapi waktu balik tu. Ialah susah juga nak tumpang org nie, sbb aku ingat suatu waktu dahulu ada seorg sahabat yg setiap hari menghantar ku stesen komuter telah tidak mahu menghantar lagi walaupun sebelum itu aku ingin membayarnya tetapi dia tak mahu.
Yg sedihnya bukan dia beritahu aku sendiri tetapi melalui org lain. Tak profesional langsung (eh apa kena profesional ke tdk berkaitan hal nie?} Ialah stesen keretapi tu bukannya laluan yg biasa dilalui.
Nak naik kenderaan awam pula alamat jam 7 mlm tak pun selepas maghrib baru sampai rumah sbb basnya sejam satu, teksi pulak mcm biskut, sekejap ada sekejap tak de.
Suami mengesyorkan aku bawa kereta sendiri ke pejabat. Hah.......aduh, maaflah bang, tak sanggup rasanya aku berselisih dgn lori kontena yg besar2 tu, apa tah lagi kalau hujan mmg aku tak nampak jalan. Silap2 kereta kena tinggal kat opis.
Aku masih lagi berfikir bagaimana nak balik esok hari. Semuga ada yg baik hati yg akan menumpangkan aku ke stesen keretapi. AMIN

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home