Ponteng
Hari Jumaat yg lalu, Andak menalipon suami. Masalah anaknya masih tak selesai. Anak yg bongsu yg kerap mendatangkan masalah. Baru saja terima surat dari sekolah mengatakan anaknya telah beberapa kali tidak hadir ke sekolah.
Macam mana ye, hairan juga sbb kalau nak kata mak bapak tak jaga tak juga, sbb adik beradik yg lain (5 yg lain) semuanya okay, mendengar kata, rajin menolong keluarga dan tak mendatangkan masalah. Nak kata pengaruh dari luar, agak pelik sbb dia duduk di kampung dan bukannya di tengah2 bandar.
Walau dah dihantar ke banyak program motivasi tapi masih tak berubah. Kali ni andak minta kami ambil anaknya tinggal bersama. Bukannya kami tak mahu, masalahnya, aku ada anak gadis, takkanlah nak ditinggalkan mereka berdua sbb waktu hari biasa tiada siapa di rumah melainkan Nasuha.
Itulah orang kata tak semestinya duduk di kampung anak kita tak boleh dipengaruhi oleh unsur2 neagtif, yg penting cara kita mengajar anak2 kita serta menjaga mereka memastikan mereka tak terpengaruh dgn benda2 yg tak betul nie.
Yg boleh kami cadangkan pada andak, hantarlah ke mana2 sekolah pondok. Tapi aku sendiri tak pasti cara ini boleh mengatasi masalah tersebut. Doa sajalah yg terbaik.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home