Kawad Kaki
Balik saja dari pertandingan kawad kaki peringkat daerah di stadium Uitm, Nasuha bersorak gembira sebab jadi juara GO perempuan.
Buat pertama kalinya PA(Pertahanan Awam) menjadi juara sekolah dan seterusnya daerah mmg sesuatu yg diluar dugaan sbb sekolah mereka tak pernah lagi memenangi apa2 hadiah diperingkat daerah. Selalunya Polis yg menjadi juara mewakili sekolah keperingkat daerah.
"Ma, klu pertandingan peringkat negeri waktu periksa, Suha tak nak masuklah" Begitu katanya minggu lepas. Hari Selasanya bila mengetahui pertandingan 15 Mei terus dia ambil keputusan utk menarik diri.
Semalam, balik dari sekolah, dgn merungut2 dia berkata,
"ma, kena paksa masuk. Senior tak kasi tarik diri" Aku pula terpulanglah pada dia samada nak masuk atau tidak. Kalau dia rasa tak boleh nak cope tarik diri saja, tapi kalau dia fikirkan kasihan pada rakan2 yg lain yg bersungguh2 utk wakil daerah, teruskan sahaja.
Fikir2kan lah...........

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home