Seminggu Telah Berlalu
Seperti biasa hari ni aku bersendirian lagi tapi dgn alasan yg berbeza. Suami dan Nabil ke Dengkil menghadiri temuduga MIET. Semuga Nabil berjaya dalam temuduganya. AMIN
Nazmi pula bila ditanya menjawab "Mcm biasalah ma" Ermm samada futsal atau basketball. Nasuha pula jam 6.30 pagi dah keluar ada pertandingan kawad antara GO sekolahnya. Hampir dua minggu dia sibuk berlatih dan balik lewat petang sehingga berat badannya turun 2 kg (Seronoknya dia) tapi menjadi ejekan buat abang2nya bila pipinya menjadi belang2. Walau dah bermacam krim untuk 'menyengatakan' wajahnya ttp tiada berubahan.
Dalam minggu ni tak banyak yg berlaku melainkan aku dah terasa mcm 'alien' pulak sbb tiba2 hidup ku menjadi 'sunyi' kerana dah terlalu susah utk aku melayari internet. Dengan masa yg terhad dan laptop yg sentiasa buat hal menyebabkan aku dah tak boleh lagi melayari internet dgn santainya. Barulah ku tahu bagaimana aku selama ini terlalu bergantung kpd internet utk 'berhubung' dgn rakan2 ku.
Aku harap hari ni laptop ni tak buat hal. Mail box aku pun dah bertambah penuh jadi aku fikir pagi ni nak buat 'spring cleaning'
Dalam masa seminggu ni juga aku dah tak byk kerja di opis sbb semua kerja dah siap huhu sampai aku sempat membantu rakan pejabat menyiapkan kerja mereka sambil menjadi bidan terjun menggantikan bosku menghadiri mesyuarat di Putrajaya kerana dia terlalu sibuk.
Khamis ke Putrajaya tak sangka masa balik hujan lebat selebatnya siap dgn angin yg kuat. Terperangkap sekejap kat pejabat sucurity seblm aku dan kawan ku berlari ke kereta, ialah takkan nak tunggu sampai hujan berhenti (yg nampaknya sprt tak mahu berhenti). Sampai di SA tgk jalan raya kering je.............
Dalam masa seminggu ni juga aku telah membaca 3 buah buku - "Lily Buat Najah " oleh Nazurah Aishah (tak habis baca sbb buku ni buat aku menangis tersedu2, tak sanggup nak baca endingnya), Kerana Dhiya oleh Syud (best buat jantung ku terhenti bbrp ketika kerana seperti aku yg menjadi Dhiya) dan "Persis sebutir pasir" oleh Manjlara (ni blm habis sbb ada kalanya aku terpaksa ulang utk faham maknanya)
Kalau sempat nak buat preview novel2 tersebut.
Buat Alin sekira membaca blog ku ini maaf yea sejak akhir2 ini aku seakan agak susah utk dihubungi. Hopefully laptop ni tak selalu meragam so blh chat lagi. Still using ur old hp no ke sbb I msg u but it seems mcm tak de respond je.
Buat the other frend sorry malam2 kacau huhu

1 Comments:
Yup still the same number.
Sorry, I tak respond sebab credit dah habis. Belum sempat reload lagi ... hehehe
Actually hari ni baru nak gi bandar ... kalau "Bos" nak pergi .. kalau tak, kena tunggu la sampai ada peluang nak beli. Ni yg leceh pakai prepaid ni.
Hemm .. ni siapa yg u kacau malam-malam ni ha ??? Amboi ...
malam-malam ngacau ye ...
kita kacau pagi-pagi.. hahaha
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home