ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Monday, April 07, 2008

Pesta Buku

5/4/2008 (Sabtu)

Jam 7.15 pagi, suami, Nazmi dan Nabil seperti minggu2 sebelum nie, setiap Sabtu pasti akan balik ke kampung.

Cepat-cepat aku mengemaskan rumah, membersihkan pinggan mangkuk selepas bersarapan sebab jam 8.15 nanti aku akan bertolak ke PWTC pula. Seperti biasa aku ke PWTC menaiki kenderaan awam yang paling mudah iaitu tren komuter.

Kali ini aku dan Nasuha ke stesen komuter menaiki teksi sebab rasa malas pula utk berjalan kaki memandangkan walau jam baru 8.15 tapi matahari seakan-akan tegak di kepala.

Di stesen komuter Nasuha menunggu rakan2nya , Suraya, Naim dan Amalina. Hampir jam 8.50 baru mereka tiba, nasib baik tak terlepas tren 8.53. Kami tiba di PWTC 5 minit sebelum jam 10.00 pagi. Walau pintu belum dibuka tapi ramainya orang tak boleh nak cakap. Tak seperti tahun sebelumnya, kali ini pengunjungnya boleh dikatakan agak ramai walau di awal pagi.

Bila saja pintu dibuka aku menuju ke sebelah kanan sementara Nasuha dan rakan2nya disebelah kiri. Aku sendiri tak pasti mengapa aku ke kanan dulu sbb sebelum ni aku pasti menuju ke kiri dahulu. Bila sampai ke penghujung aku terperasan booth Jemasi Seni. Erm...tak de orang lagi cuma seorang pekerja sedang menanggalkan penutup booth tersebut.

Aku terus berjalan dan akhirnya aku singgah di booth Creative. Di situ aku membeli 4 buah buku iaitu Cinta Sufi oleh Annur Puteri, Bukan Klon Bukan Duplikat oleh Haizal Najwa, Suci wajah Rindu (mmg ku cari) - Zuraidah Othman (kesemuanya buku baru) dan sebuah buku lama Buat yg Terakhir oleh Sabariah Araur

Aku berjln lagi dan sempat membeli buku Karbala oleh Faisal Tehrani (Aberdeen). Hakikat Kehidupan -Harun Yahya (SABA), Hanya Kita Berdua - Aina Emir-KarnaDya (penulis yg mmg aku minat sbb ceritanya tak pernah mengecewakan) disamping buku utk Nasihah - Malysian Legal Law. aku teringat yg aku dulupun pernah ada buku ni tapi tu edisi 70'an, edisi terbaharu bukunya lagi tebal.

Akhirnya aku sampai semula ke booth JS, kali ni kelihatan ramai orang. Aku terus mencapai Tentang Dhiya - Syud, Persis Sebutir Pasir -ManjLara, Lily Buat Najah - Nazurah Aishah dan Garis2 Deja Vu oleh John Norafizan - kesemua buku2 yg baru diterbitkan.

Aku lihat semuanya perempuan di situ, dimana JN ye. Dalam rasa malu2 ku tanyakan juga JN. Mereka kata tadi dia di sini tapi sekarang ntah ke mana. Tapi nasib baiklah Su sudi memanggilkan JN. Ialah dah janji nak jumpa nanti terkilan pula kalau tak jumpa.

Sedang duduk sambil menanti JN, aku ambil kesempatan berborak dgn Noor Suraya tuan punya JS yang juga seorang novelis. Malangnya tak de buku dia yg terbaharu so tak dptlah aku nak minta tandatangan dia. Walau bagaimanapun Nazurah (yg agak kurang mesra, maaf ye) sempat menandatangani buku yang ku beli.

Tak lama selepas tu JN sampai, wa.......seronoknya dapat jumpa dia. Mesra alam begitu membuatkan aku yg mmg pemalu kuranglah rasa malunya. Yang seronoknya JN sempat bergambar dgn ku, jgn lupa email gambar tu kat akak sudahlah ye.........Teruja aku sbb dapat tandatangan dr penulis yg aku minati setelah 3 novel lainnya ku beli tanpa tanda tangan.

Akhirnya impian ku tercapai juga ialah setelah hampir 6 tahun berkenalan secara maya (aku yg kenal dia sbb aku mula2 baca enovelnya dlm relaxjap dan aku terus jatuh cinta pada novel melayu, dia kenal aku baru2 ni je) akhirnya aku bertemu muka dgnnya. Ku harap dilain kali sekiranya aku ke JB dapat aku bertemu dgn dia lagi pekena secawan kopi. Menambahkan koleksi sahabat ku di selatan. Cuma sayangnya aku tak dapat nak jumpa Nasya........(ada apa2 ke kamu berdua nie.........jgn lupakan akak di sini sudahlah).

Semasa membayar aku sempat mengambil Labyrinth oleh Imaen sbb nak cukupkan RM100, itu pun masih ada baki. Dapatlah aku beberapa suvenir dari booth JS buat kenang-kenangan.

Kemudian aku, Nasuha serta rakan2nya sama2 berjln ke booth PTS dan membeli pula Warkah Cinta Berbau Syurga oleh A. Ubaidillah, Syahadat Cinta oleh Taufiqurrahman Al.Azizy dan Salju Sakinah oleh Zaid Akhbar disamping bbrp novel remaja yg dibeli oleh Nasuha. Aku suka baca novel PTS dan juga JS sbb novelnya byk berunsurkan Islam dan memberikan byk pengajaran kepada ku.

Agak lama juga di situ dan aku terfikir2 utk menanyakan Prof Kamil tapi tak tertanya. Akhirnya aku hanya bertanyakan Puan ainon sifu PTS. Tapi malangnya dia tiada di situ. Kami akhirnya mengambil keputusan utk balik sbb dah tak larat lagi, walau byk booth yg masih belum dilawati.

Balik tu singgah di Alaf21 dan tanpa membuang masa terus mencapai Ungu Karmila - Ramlee Waang Mursyid, Pelangi Membeku - HM Tuah, Seribu Kali sayang- Anis Ayuni dan Menanti Kasih - Norzailina Nordin. Sempat dptkan tandatangan Anis dan Norzailina dan kedua2nya mengingati aku yg pernah dtg sebelum nie..........Bestnya bila penulis boleh ingat rupa peminatnya walau tak ingat nama. dapat suvenir cookis dari Nozailina.

Balik singgah The Mall, ingat nak makan di Mc D tapi punyalah ramai org yg beratur serta tak de tempat duduk akhirnya kami ambil keputusan makan di raflesia Chicken Hut makan nasi ayam. bolehlah tahan.

Sampai di stesen komuter SA jam 3.45pm dan hujan turun dgn lebatnya. Minta tlg Nazmi ambil dan sampai di rumah jam 4 ptg. Terkocoh2 solat asar, erm ingatkan balik awal tapi disebabkan tren yg tak mengikut jadual menjadikan kami lambat.

Kesan berjalan dari jam 9.45 hingga 2.30 ptg kaki serta pinggung ku sakit sampai ke pagi nie.........Melihatkan sebanyak hampir 20 buah buku yg ku beli terfikir mcm mana nak baca ye??????????

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home