ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Friday, April 04, 2008

Seminggu Berlalu

29/3/08 (Sabtu)

Hari ni aku tinggal bersendirian. Suami dan Nabil ke KL membersihkan rumah, Nasuha ke sekolah sementara Nazmi ada programnya sendiri. Apa aku nak buat ye?

Baik aku cuba buat kek krim. Dah lama aku teringin buat kek bersalut krin tapi tak pernah lagi nak mencuba. Ke jenguk bahan2nya, nampaknya semua lengkap. Dalam hati berkata2 samada aku perlu buat sponge kek atau kek kukus coklat.

Akhirnya aku buat kek kukus coklat dan aku menggunakan krim dan cheese sebagai krim base, resipi dari cikgu Sue. Bila dah siap, Nabil dan suami yg baru balik ketawakan.

" Mengapa mama tak suruh Nabil je yg sapukan krim tu, suruhlah org yg biasa menyimin, pasti cantik" Aku tahulah krim yg ku letak berserabut kat atas kek tu. Dengan bantuan Nabil, kek tu cantik dilepa dan aku sgt puas hati bila semua memuji sedap. Terima kasih cikgu Sue beri resipi krim cis yg sedap tu. lain kali akan ku cuba lagi.

30/3/08 (Ahad)

Pagi lagi kami dah keluar rumah, ingatkan nak singgah Pasar Tani di Stadium. Janji pukul 7.30 tapi pukul 8 baru bertolak. Sampai di hadapan stadium, banyaknya kereta yg diletakkan ditepi2 jalan bahkan diatas divider serta roundabout pun ada org letak. Jamnya jgn cakap, bila dijenguk2 barulah tahu rupanya ada acara dari Astro. Erm..patutlah jam, dua kali berkeliling pasar tani, malangnya tiada tempat nak letak kereta. Akhirnya kami terus balik kampung.

Minggu ni pula Yati tak de, prg ke Ipoh, jadi sunyilah rumah tu. Selepas makan tengahari kami balik semula ke SA sbb Nasuha nak singgah ke kompleks pula. Ada-ada je budak ni.

Bila dah sampai SA, tak jadi ke komplek sebaliknya ke Ole ole pula. Apa-apa jelah budak nie. Jalan sekejap kat situ tapi barang yg dia nak cari tak jumpa, kami ke Giant pula beli barang sedikit. Tapi sempat jugalah pekena tahu bakar dan sotong kangkung kat Ole-ole tu. Bolehlah tahan.

Dalam perjalanan ke kereta ternampaklah org jual mangga, aduh sedapnya. mmg feberet ku, maka ku belilah 3 kilo. Suami dok jeling je tengak aku beli tu.........Murah bang, kata ku.......

31/3/08 (Isnin)

Pagi ni tak de moodlah nak prg keje. Tak de yg menarik kat pejabat. Yg buat bengang tu segala mcm perkara dah dipantau kat sini sampaikan YM pun diblok. Ape-ape ajelah big bos.....

1/4/08 (Selasa)

Hari ni bos ku cuti, jadi aku tak de transport nak ke ofis. naiklah aku teksi. Pagi ni langit begitu gelap sekali. Takut aku dibuatnya. Sampai je ofis hujan pun turun. Berlarilah aku dari parking ke bangunan pejabat. Nasib baik dulu aku pernah jugak masuk lumba lari, jadi dptlah aku berlari dgn pantasnya walau berat badan ku dah meningkat berkali ganda. Bilalah nak kurus nie.

Kat ofis pula satu jabatan jadi sangsi bila tiba2 gm berminat dgn cuti kami. Sibuk bertanya siapa yg bercuti hari ni, esok dan lusa. Tertanya2 kami salah apakah yg telah kami buat???

2/4/08 (Rabu)

Hari ni aku cuti. Byk programnya. Pagi2 lagi bertolak ke DBKL nak ambil kunci. Dah lama kunci tu kat mereka takut pulak hilang. Terjumpa Abg usuf, berboraklah dgn dia sekejap.

Setelah mengambil kunci, pegawai DBKL beri sepucuk surat. Bila ditanya, durian runtuh katanya. Bila ku tilik, YA ALLAH, mmg durian runtuh. Segera ku telefon mak suruh bersiap kerana nak bawa dia ke pejabat DBKL.

Bila baca surat tu di rumah mak baru perasan dia nak fotostat ic dan cop pesuruhjaya sumpah. Kalau fotostat tu boleh cari kat mana2 tapi pesuruhjaya sumpah?

Maka ke BTHO kami mencari pejabat tu. Jumpa satu, maaf Puan ini pejabat peguam Advocate and Solicitors je, kalau nak Commisioners of Oath Puan prg ke tempat lain pulak dan alamat pun diberi. Sampai di situ ofis tutup, bila menalipon, aiyah, saya ada kat bengkel ma, lagi satu jam baru balik. Ptg nantilah U dtg. Huh........org nak cepat suruh dtg petang pulak.

Terus dari Cheras kami ke KL. Singgah di PKNS, nasib baik kat situ ada. dari situ ke Jln Raja Abdullah pula utk dptkan durian runtuh tu. Rupanya bukan senang nak dapat walau namanya durian runtuh. Ialah silap2 tertimpa org pula.

Setelah selesai urusan ke Kg Baru ajak mak makan tgh hari sbb aku dah lapar giler.......Bayangkan brekpes pukul 6 pagi ni dah hampir pukul 12 tgh hari. Lepas makan tgh hari terus ke Cheras semula hantar mak dan balik ke SA lepas zuhur.

Sampai SA ke TH pula, nasib baik org tak ramai. Jam 3.30 baru sampai rumah. Mak ai penatnya.............

Mlm tu suami ke KL semula dgn kawannya. Tak penat ke Bang?

3/4/08 (Khamis)

Pagi ni cik abang ku merajuk, gara2 aku tak bukak pintu mlm tadi. Mana aku sedar, ialah dia jarang keluar malam, sesekali dia keluar selalunya dia bawa kunci, tapi mlm tadi ntah mcm mana dia tak bawak.

Hampir 1/2 jam di luar rumah bila dia dapat cari kunci di dalam kereta. Nasib baiklah kereta tak berkunci. Bila dia masuk bilik baru aku tersedar bila dia merungut2 tak de sapa nak bukakan pintu. Aku lihat jam, dah pukul 12.30 mlm. Patut pun..........malas aku layan, penat siang tak habis lagi terus aku tidur.

Pagi ni langsung dia tak nak bercakap dgn aku, bila ku tanya katanya, Tak nak cakap dgn awak, mlm tadi tak bukak kan pintu saja nak suruh kita tidur luar lah tu.

HAH!.............ape-apejelah bang.............

4/4/08 (Jumaat)

Hari ni bos cuti lagi. Naik teksi lagi sekali. Sampai awal dan ambil kesempatan kemaskinikan blog ini. Awal lagi nak cerita tapi yg pasti tgh hari ada program buat stimbot kat rumah kawan dan ptg pula mesyuarat MBJ. Nasib baik miting finance pagi ni tunda......

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home