Mengapa?
Memang perasaan seronok tak hilang lagi apabila calon yg dipangkah menang. Sepanjang Ahad mencari akhbar utk melihat keputusan keseluruhan tapi tak berhasil.
Semalam baru dapat menjenguk keputusan penuh di akhbar. Terkedu sekejap bila melihatkan bagaimana parti bukan Bumi berjaya hampir memenangi keseluruhan kerusi yg mereka tandingi.
Tertanya2 dalam hati, apa sebenarnya yg berlaku. Aku bukanlah peminat politik, aku melihat politik hanya dari kacamata seorang rakyat yg inginkan sedikit perubahan yg boleh dibawakan oleh orang2 beriman di kawasan ku dan bukan sebaliknya.
Tapi bila aku melihat keputusan pilihanraya, peratus mengundi mengikut bangsa, majoriti, hati tertanya2 apakah yg mereka hendakkan sebenarnya. Mengapa agama tidak dijadikan ukuran apabila memilih?
Walau apapun aku masih percaya bahawa apa yang berlaku ini segala-galanya dari ALLAH dan telah ditetapkan sejak azali lagi. Pasti ada hikmah disebaliknya.
p/s aku mendapat sms pagi tadi bapa mertua bekas calon yg merasakan pencalonannya rezki telah meninggal dunia. Innalillah wahinnahilarajiun. Semuga rohnya dicucuri rahmat.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home