ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Sunday, March 02, 2008

Melaka

Semalam aku ke Melaka membawa mak dan ayah menghadiri majlis perkahwinan anak kpd sepupunya di Kg Permatang Pasir. Ini pertama kali aku ke sana. Tak tahupun tempatnya dimana, nasib baik Abg Usop tunjukkan arah.



Kami sampai lebih kurang jam 12.00 tgh hari setelah singgah mengambil Nasihah di Bukit Beruang. Ingatkan kami awal rupanya dah ramai tetamu yg hadir termasuklah Pak Itam, Bibik, Kak Nah dan Abang Din dari KL.



Hampir setengah jam kami di sana sebelum bertolak balik ke rumah. Yg bestnya kami dibekalkan dgn tapai pulut dan juga baulu. Banyak jugalah yg dibawa balik.

Memandangkan waktu masih awal aku mencadangkan kpd mak utk singgah di Duyung dan suami terus membelokkan kereta ke arah Dutung.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home