ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, February 26, 2008

Pilihanraya ke 12

Nampaknya pilihanraya datang lagi. Kali ini aku rasa taklah serancak dahulu. Kalau dahulu hari pertama lagi dah penuh depan rumah ku berderet-deret banners, bendera, poster berkibaran di sepanjang jalan raya dan pokok-pokok. Kali ni taklah sehebat dulu. Mengapa ye?

Pilihanraya ke 12 yang akan diadakan pada 8 hb Mac 2008 (Sabtu) adalah merupakan kali ke 3 aku mengundi. Mula mengundi tahun 199 ketika era kebangkitan bermula. Bersemangat aku pergi mengundi, dan setiap kali aku mengundi aku teringatkan kisah Nabi Daud.

dan seperti sebelumnya Aku akan mengundi di Parlimen Shah Alam dan Dun Batu Tiga. Calon2nya ialah

Selangor P108, N40, N41

P108 SHAH ALAM
Jumlah Pengundi: 75,334(termasuklah aku)
Peratusan Kaum: M:68.76% C: 15.54% I: 15.08L: 0.63%

1. Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (BN)2. Khalid Abd. Samad (Pas)

N41 BATU TIGA
Jumlah Pengundi: 36,892
Peratusan Kaum: M:69.3% C: 13.5% I: 6.8%L: 0.4%

1. Datuk Salamon Selamat (BN)2. Rodziah Ismail (PKR)

Siapalah yang akan menang. Yang pasti aku tak pernah jumpa AAS sepanjang dia menjadi wakil parlimen dan SS pula kebetulan bila aku menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak ku.

Aku memilih calon setelah aku yakin mereka yang menjadi pilihan ku bukan setakat boleh memberi untuk dunia bahkan akhirat juga.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home