ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, February 16, 2008

JB

Setelah balik dari Lumut, Sabtunya ke Kepong, hari Isnin pula aku ke JB. Ada rombongan Cik Kiah melawat pelabuhan. Seramai 23 orang dari pelbagai jabatan bertolak dari pejabat menaiki bas lebih kurang jam 2.30 ptg. Ini adalah merupakan kumpulan yg pertama yg akan ke PTP dan PPG dimana kumpulan yg kedua (kata seorang sahabat (grup tabliq) yg nak join grup pertama tapi tak dapat) akan bertolak pada 18hb Feb nanti.

Kumpulan yang terdiri dari 5 perempuan dan selebihnya lelaki diketuai oleh seorang pilot, bukan pilot kapal terbang tapi pilot kapal laut yg juga dikenali sebagai malim, bukan maling.

Seronok juga ramai2 menaiki bas ni, yg perempuan duduk sorang2, rilex sikit. Aku habiskan masa membaca novel terbaharu Fauziah Ashaari -Rindu Cintaku, sambungan drpd Ombak Laut dan Cinta....Tiada Akhirnya. Jiwang2nya aku.....tapi sesekali elok juga melayan jiwa yang jiwang nie. Boleh release tension dgn sikap2 manusia disekeliling yg pelbagai ragam bila kita mula'tenggelam' dalam watak2 yang diujudkan.


Berhenti di Pagoh untuk makan tengahari eh minum ptg sbb dah hampir pukul 5.00 pun. R&R tu agak penuh dan kebanyakan kereta yg diparking adalah kereta2 dari negara jiran, mungkin baru balik dari cuti CNY agaknya.

Kami sampai di New York Hotel JB hampir jam 7.30 malam. Aku berkongsi bilik 2010 dgn Mus, biliknya not bad, besar dan selesa. Semua kemudahan di dalam bilik terdapat di situ walau ia hanya bertaraf 3 bintang shj. Bilik kami mengadap jalan raya yang menempatkan banyak gerai2 makan.

Selesai sahaja solat Magrib dan Isyak, aku mengajak Mus keluar untuk mencari makan, disamping tu aku juga ingin mencari sandal sbb kasut yg aku pakai tu agak tinggi dan kurang selesa buat ku.

Setelah mendapat panduan dari pak guard kat situ kami menyusuri jalanraya untuk ke Plaza Pelangi yang terletak lebih kurang 500 meter dari NYH. Kami merayau2 di situ dan aku sempat membeli sandal sebelum kami perasan lampu2 di Plaza tu mula dipadamkan. Bila belek jam baru perasan hampir pukul 10 malam. Patutlah lampu dah dipadamkan.

Segera kami bergegas turun dan balik ke bilik, tapi sebelum tu sempat singgah makan nasi goreng dan teh tarik di salah sebuah gerai di situ.

Akhirnya aku terlelap jam 11.30 malam (aku agaklah) sedangkan teman sebilik masih lagi melayan matanya yg tak mahu lelap.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home