Kunci Kereta
08/02/08
Pagi2 lagi kami dah bersiap utk 'check-out' sbb suami nak balik cepat. Ialah hari ni hari Jumaat. Rupanya Yatie pun dah siap. Kami relax2 kat luar sbb harith masih lagi tak balik prg memancing. Jam dah hampir pukul 8, kata nak sarapan. Mana si Harith nie.........
Tiba2 suami dtg.........'Dah........kunci tertinggal dlm kereta" "????" "Macam mana boleh tertinggal?" "Letak kunci atas kerusi, lepas tu cek air. Tiba2, tap, terkunci"
Dah haru..macam mana nie. Dah lah nak balik awal, kereta pula terkunci. Yang peliknya aku taklah rasa panik. Aku pun berjalan ke kereta sambil jenguk2 kat kunci yg elok terletak kat atas kerusi driver. Sambil bayang2kan kunci tu berjalan sendiri dan pintu tu pun terbuka. kartun betul. Ermmm......... Dahlah kereta org.........mcm mana yea.
Ku jenguk2 dan perasan tingkap tak tutup rapat, kalau setakat masukkan dawai rasanya boleh. Suami pun terfikir begitu juga. Aziz pula sibuk cuba membuka dari luar dgn memasukkan pembaris dan menjolok2 di tepi tingkap. Ingat ni kereta proton ke?
Hampir setengah jam masih tak berjaya, bila aku bila aku minta Aziz cari hanger kat dlm bilik. Nasib baiklah hanger kat bilik jenis dawai yg murah. So suami pun jadilah 'mek gaiber' sekejap. Yg lain2 dah dok borak2 keliling kereta, Elly pulak sibuk dok cari Harith yg telefonnya dah habis bateri. bila tiba2
" huray...........dah boleh bukak" Seronoknya bila pintu kereta itu berjaya dibuka . Alhamdulillah............ Bolehlah sarapan dgn lega sekarang nie..........

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home