ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, February 09, 2008

Lumut

Gambar atas- Lumut Country Resort di mana kami menginap. Tak mahal cuma RM95/nett - weekdays dan RM105/nett weekends/holidays.



Hari Khamis yg lalu, pagi2 lagi dah bertalok ke Lumut. Dah berjanji dgn Dik Teh (dgn 5 anak2na), Dik Lie(4 org anak) dan Yatie (2 org anak)utk ke Lumut jalan2. Ini merupakan kali kedua aku ke situ, kali pertama semasa Hari Keluarga jabatan tahun 2005.

Kami gunakan jalan pantai sementara Eli dan Yatie ikut lebuh raya. Dik Teh pula dari Ipoh. Aku sampai jam 11, lebih, Eli rupanya dah sampai sejak semalam sementara Yatie pula sampai setengah jam awal dari ku.

Telefon Eli dan dia kata ada di waterfront. Berpusing2 kami mencari waterfront sbb tgk ada 2 waterfront di situ. Berhenti di marina waterfront nak cari tandas. Kunci. Boringnya!

Setelah berpusing dari satu tempat ke satu tempat barulah aku tahu yg sebenarnya dia berada di Jetty Waterfront. Hush.....penatnya sampai hubby dah nak balik. Sabar Bang...sabar!

Susah juga nak cari parking, jadi kami menggunakan parking bertingkat, eh murahnya parking, cuma RM0.30. Kalau kat SA, private parking RM1/jam. Kami duduk2 sekejap sebelum ambil keputusan utk ke Teluk Batik. Yg bestnya parking tak payah bayar sbb tak sampai sejam kami gunakan.

Dari Lumut ke Teluk Batik taklah sejauh mana cuma masalahnya nak cari parking. Ialah dah hampir pukul 12 mmglah parking susah. 3 kali pusing dan suami ambil keputusan park di tepi jalan shj. Sbb jam dah pukul 12, panasnya amat membahang sekali. Aku yg mmg jarang keluar waktu begini terasa sgt kepanasannya.

. Kami jln2 disekitar gerai je dan langsung tidak ke pantai sbb tak nampak pantai pun dari situ sampai terlupa aku. Bila balik ke rumah baru teringat tak tgk air laut di Teluk Batik. Pengunjung agak rama, apa tah lagi ada pameran ntah apa tah kat situ. Lepas makan di salah satu gerai di situ(kurang enak walau anak kata nasi ayamnya nest) kami menunggu yg lain2 tiba. Rupa2nya Eli dan Yatie terperangkap dlm jam nak ke situ. Nasib baik kami awal tiba, kalau tak kami pun akan terperangkap sama.

Kami lepak2 sambil menunggu Dik Teh dari Ipoh. Lama juga kami tunggu Dik Teh . Bertuah betul budak nie, org lain yg jauh dah sampai dia yg dkt masih tak sampai2.

Pukul 2 kami bertolak semula ke Lumut utk check-in, Eli dah booked Lumut Country Resort. Oklah utk 3 star punya resort, walau anak komplen sbb tak de iron dan tak dibenarkan menggunakan apa2 peralatan letrik. Denda RM500 klu masih menggunakannya dan menyebabkan litarpintas.




Bilik airpun setakat sabun may yg kecik tu, dan utk minum setakat flask air saja yg disediakan. Bilik aku mengadap hutan dan seperti biasa mulalah suami menyakat kata malam nanti tiba2 tingkap bilik terbuka dan nampaklah org melekat kat tingkap tu. Mlm ni pulak mlm Jumaat. Terjerit2lah anak dara ku 'marah'kan ayahnya.

Seperti biasa bila hari pertama suami suka habiskan masa dlm bilik tidur. Aku pula tak betah tidur sbb kalau nak tidur lebih baik duduk rumah je. Lepas solat zuhur lebih kurang jam 3 aku ajak 2 anak dara ku berjalan ke waterfront dkt dgn marina. Rupanya Yatie pun ada kat situ. Kami pun berjalan2 sambil bergambar.

Lepas tu kami lepak kat tempat makannya (konsep spt Danga Bay di JB) sambil tunggu Dik Li. Kami ode ABC special yg mmg special. Apa taknya agak lama juga kami menunggu. Yg bestnya Yatie ode air suam sampaikan kami balik air suam tak sampai. Lama juga kami disitu makan2, lepas tu Dik Lie pula join.

Jam 6 ptg aku balik sbb suami pesan mie goreng, sedangkan yg lain2 tu masih lepak di situ. Hantar mie goreng dan aku serta anak dara ku keluar lagi sekali, kali nie ke gerai yg jual makanan laut kat sebelah kanan resort tu. Lepas membeli jajan utk makan di bilik kami balik semula sbb anak2 ku nak mandi kat kolam. Budak2 nie walau dah besar tp masih nak jugak mandi kolam dgn sepupu2nya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home