ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, January 19, 2008

Grand Livina

Tiba2 kami semua teruja dgn kereta Nissan yg baru saja dilancarkan, GL. Suami bertanya, nak beli tak? Anak2 semua memberikan jawapan yg sama..........NAK! Aku pulak terkial2 mengira jumlah yang perlu dibayar.

Dah lama juga tak beli kereta baru, yg terbaharu pun tahun 2003, itu pun kereta kancil. Yg dipakai utk keluarga pula Jeep Cherokee tapi kereta ni kereta terpakai. Dibeli tahun 2004 bila kami terpaksa menjualkan MPV Peugeot disebabkan oleh masalah kewangan yang meruncing, apa taknya kami terpaksa mengeluarkan RM1900 sebulan utk kereta tersebut.

Setelah berbincang akhirnya kami bersetuju utk membelinya memandangkan kereta yg ada skrg tidak membolehkan berjalan jauh dan tidak muat utk ke empat2 anak yg telahpun remaja.

Walau apa pun kereta tersebut hanya akan dihantar pada bulan May 2008. Kataku kpd suami hadiah harijadiku. Warna yg diambil semestinya seperti dlm gambar ini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home