Anak Ku Dah Bujang
Hari ni genap anak sulung ku berusia 21 tahun dan bulan hadapan pada tarikh yg sama genap pula usia perkahwinan ku yang ke 22. Dah besar anak bujang ku ini. Teringat semasa aku mengandungkan dia dulu macam2 perkara yg berlaku.
Di awal2 kehamilan aku mengalami tumpah darah. Mulanya aku buat tak tahu saja, bila buat check-up di klinik Dr arahkan ke hospital aku diam saja. Tapi bila di tempat kerja tiba2 bila berlaku pendarahan yg agak banyak aku menjadi panic. Terus suami bawa ke hospital dan aku ditahan selama seminggu atas sebab ‘threaten abotion’
Itulah pertama kali dalam hidupku aku terpaksa bermalam di wad. Sedihnya rasa, apa tah lagi suami ku agak sibuk jadi hanya sempat melawat samada lunch hour atau balik dr kerja. Kadang2 aku rasa yg suami ku hanya datang melawat sebagai seorang kenalan dan bukannya suami yg menunggu isteri sakit.
Walau apapun Alhamdulillah kandungan ku selamat dan ia membesar di dalan rahimku. Aku juga bersyukur sebab tidak mempunyai alahan atau mengidam sesuatu sebab suami awal2 lagi dah bagi warning , katanya perempuan mengidam ni mengada2 orgnya.
Ketika kandungan ku masuk bulan ke enam, tiba2 sebelah kanan mataku menghadapi masalah. Bila aku dapatkan rawatan, pihak klinik menasihatkan aku supaya mendapatkan rawatan di klinik pakar. Aku memilih Shukri & Hardeep di KL memandangkan ia salah satu pakar mata yang terkenal.
Aku dinasihatkan supaya membuat pembedahan dengan segera kerana mata ku mengalami ‘retina detachment’ yang boleh menyebabkan mata ku buta. Memandangkan pembedahan tidak boleh ditangguhkan maka aku terpaksa dibedah ketika hamil.
Aku masih ingat lagi pembedahan dilakukan pada hari Jumaat jam 10 pagi. Sebelum aku dibius, anak di dalam kandungan juga turut dibius. Dr terpaksa panggil pakar bius khas utk membius anak ku melalui perut ku dan setelah pasti anak itu ‘lena’ baru aku pula dibius.
Pembedahan itu mengambil masa hampir 7 jam dan aku hanya sedar ketika azan maghrib berkumandang. Esoknya pagi2 pakar pediatric dtg melawat ku utk memastikan janin didalam rahimku telah sedar semula. Alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku.
Dr menjangkakan yg aku akan melahirkan lewat January 1987 tapi mlm 8 Januari aku mula rasa tak selesa. Kerap kali ke tandas lewat tengah malam membuatkan aku bingung sedangkan suami enak2 tidur. Akhirnya aku terpaksa menalipon klinik utk menanyakan masalah ku. Nurse yg menjawab bertanya ada tak apa2 tanda? Tanda??? Aku Tanya balik tanda apa, naïve sangat aku. Bila diterangkan, barulah setiap kali aku terasa sakit aku melihat tanda tu. Lucu pulak bila difikirkan.
Akhirnya dalam jam 3 pagi tanda yg dinyatakan oleh nurse tu kelihatan. Terus aku ajak suami ke klinik dgn segera. Sampai di klinik jam 3.30am dan terus aku dibawa ke labour room. Di situ aku diberikan ubat supaya perutku dapat dikosongkan jadi takdelah benda2 lain keluar sekali dgn baby tu. Sambil menunggu Dr aku tgk suami ku kalut sahaja. Bila Dr datang terus diminta suami ku keluar, dan kalau tak suruh pun pasti suami ku volunteer nak keluar.
Akhirnya beberapa minit sebelum azan subuh berkumandang lahirlah anak ku Nazmi ke dunia. Dalam pantang aku tinggal bersama mak mertua sehingga habis berurut dan seterusnya di rumah mak menghabiskan cuti 42 hari.
Dalam pantang anak ku ini susah nak tidur. Paling lamapun 1 jam dan lepas tu terjaga dan merengek dan aku kadang2 rasa tension sgt. Ialah tak puas tidur dah terpaksa berjaga semula. 6 bulan pertama anak ku ini tinggal bersama mak sebelum aku menjaganya sendiri.
Masa kecil, anak ku ini mmg seorg yg cergas, pernah sekali semasa kenduri di rumah MIL dgn selambanya dia mencelopkan tangannya ke dalam air minuman selepas berjalan2 di antara dulang2 makanan. Masa tu mmg nampak riaksi ipar2 ku yg mengurut dada takutkan anak ku masuk ke dalam nasi ambang.
Setelah besar dia menjadi anak yg peramah dan ramai kenalan. Aku doakan supaya hidupnya diberkati ALLAH, dimurahkan rezki dan bertemu dgn jodoh yg beriman. AMIN

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home