Pagi Yg Ceria
Entah mengapa tiba2 aku rasa aku patut jadikan blog ini sebagai diari harian ku. Walau bagaimana sibuknya aku akan aku cuba coretkan sebaris dua ayat bagi mengingati kejadian yg berlaku sepanjang hidupku.
Alhamdulillah, hari ini berkurangan sikit batuk ku, walau di dalam tren tadi tiba2 saja batuk ku menjadi2 hinggakan penumpang di hadapan menoleh ke arah ku. Sorry bro, tak boleh nak tahan, tu pun aku cuba control batukku sampai jadi lelah pulak.
Ini aku akan cuba imbas kembali apa yg berlaku dlm bulan Disember yg lalu. Tahun ni hari raya aidil adha aku dan keluarga sambut di rumah Pak Itam di KHAH Bangsar KL. Kata Pak Itam ini kali terakhir menyambut raya di sini dan kami diminta utk bersolat raya di surau yg didirikan oleh aruah moyang ku buat kali terakhir. Selepas ini kerajaan akan mengambil alih kampung ni untuk dibangunkan.
Walau bagaimanapun kami sekeluarga pergi hanya selepas solat raya. Selepas habis berkorban di KHAH, kami balik ke rumah mak di Kajang dan singgah sebentar di HKL melihat anak saudara ku Aiman yg mendapat leukimia dua minggu yg lalu. Mak turut serta ke hospital.
Kami balik dari rumah mak selepas asar sebab esoknya bercadang utk berjalan ke Penang mula. Rancangan yg dibuat last minute sampaikan tak sempat nak tempah bilik dasebagainya.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home