ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, November 27, 2007

Hujung Minggu

Hujung minggu yg lalu Nasihah mengajak aku ke KL utk mencari buku rujukan 'Law'. Dah lama dicari buku ini di tempat kami tapi tak bertemu. Hendak tak hendak terpaksalah aku pergi, lagipun dah lama juga tak ke KL.
Seperti biasa kami menaiki pengangkutan awam apabila ke sana, mudah, murah (eh taklah murah sgt klu dah ramai-3 org) dan cepat. Tapi bagi aku yg paling penting dapat berehat selama 45 minit perjalanan. Sempat juga aku membaca separuh dari mukasurat novel yg ku bawa.
Dari rumah ke stesen komuter kami menaiki teksi walaupun aku rasa kalau jalan kaki taklah lama mana, tapi anak2 ku anak2 yg dimanjakan, dekatpun nak naik kereta. Itu kata suami ku.
Kami sampai agak awal, banyak kedai yg masih belum dibuka, jadi aku ajak anak2 ku merayau ke kedai2 dari Jln TAR hingga ke Jln Masjid India menengok2 kain2 serta tudung2 yg bergantungan berbagai jenis. Memandangkan aku tak de niat nak beli so aku pandang jelah hinggalah aku sampai ke satu kiosk ni, nampak cantik pulak tudungnya. Terbelilah jugak aku.
Setelah penat pusing2 dan aku rasa kedai buku dah bukak aku ajak anak aku ke Jln TAR. Masuk satu kedai, sementara anak ku sibuk mencari buku aku pulak sibuk cari novel. Alamak terlebih pulak mak budak ni. Akhirnya aku belilah 2 buah novel, satu karangan Habiburrahman (penulis pujaanku) dan satu lagi........ermmm tak ingat tajuk pulak.
Setelah membelek novel teringat pulak suami ada bercakap ttg digital Al-Quran, maka aku carilah. Jumpalah 2 jenis, satu dr M'sia dan satu dari S'pore. Eh ngapa pulak yg M'sia lebih mahal ye? Aku call suami samada dia mmg berminat nak beli atau tak? Harganya RM398 dpt diskaun jadi hanya RM360. (itu pun setelah bbrp kali aku mintak kurang). Terpaksalah aku berlari (eh tak berjalan je) ke bank utk mendapatkan ongkosnya bila suami kata belilah. Ceh macam beli gula je.
Anak cakap, apalah ayah ni, ngapa perlu pakai digital Al-Quran sedangkan boleh baca Quran kat rumah, suami cakap, digital mudah dan bawa pun tak perlu ambil wuduk. Aku ..??????????no komen.
Sebelum balik sambil jalan2 tu jumpa pulak 1st lady. Masuk sekejap dan ntah mcm mana terbelilah pulak 2 pasang baju kurung (mmg trade mark aku hanya pakai baju kurung) dan 2 helai tudung. Nasib baiklah aku cuma habis RM100 utk semua tu. Inilah yg dikatakan tak mahu beli apa2.
Lepas tu singgah lagi sebuah kedai buku dan 'terbeli' lagi 2 buah novel. Hish.....mmg tempting betullah prg kedai buku nie, byk sgt novel2 yg menarik. Kalau tang buku mmg aku tak perasan duit mengalir mcm air.........
Balik tu singgah SOGO dan makan tgh hari kat McD. Ni anak aku yg minat, aku mmg tak minat langsung jadi mereka berdua je yg makan, aku hanya tlg perhati dan rasa sikit2. Kaki ku dah mula terasa sakit dan akhirnya aku sampai di rumah jam 2.45pm dan suami masih belum balik dr kampung.
Akibat berjalan dari jam 9 pagi hingga 2 ptg sampai sekarang lutut ku terasa sakit. dah tuanya aku...............sedangkan aku teringat 25 tahun yg lalu aku boleh berjalan kaki dari Jln Pudu ke Jln TAR kemudian pusing balik ke Jln Petaling Street sebelum ke Jln Pudu utk balik rumah. Langsung tak terasa sakit kaki or lutut cuma letih je. Nampak sgt perbezaannya apabila umur meningkat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home