corat coret Syawal
Mcm2 yg berlaku dlm bulan Syawal nie. Ada yg indah ada yg gundah. Ada yg ceria ada yg derita.
Selamat Tinggal Sahabat.
11 Syawal 1428 bersamaan 23/10/2007 aku menerima berita kembalinya ke rahmatullah salah seorng warga kerja dimana aku bertugas. Meninggal dalam usia baru 39 tahun meninggalkan seorang isteri dan 3 org anak berumur antara 9-13 tahun.
Kematian yang mengejutkan kami semua memandangkam tiada langsung tanda2 yg beliau sakit. Kebetulan malam tu beliau yg merupakan se orang pemandu bertugas untuk menghantar kakitangan yg menghadiri majlis jamuan makan malam di Royal S'ngor Club anjuran agensi kami sempena satu persidangan antarabangsa.
Dari cerita yg ku dgr selepas makan ( beliau makan di gerai yg berdekatan) beliau telah bertemu dgn se org lagi rakan sekerja mencari tandas kerana sakit perut. Sekembalinya dr tandas , rakan sekerja ni melihat beliau dlm keadaan berpeluh dan mengurut dadanya. Apabila ditanya beliau cuma mengatakan angin dan dah biasa dihadapinya, klu rehat ia akan baik sendiri lalu meminta diri utk berehat di dalam kereta.
Hampir jam sebelas, majlis tamat dan pegawai lain mencari beliau utk balik malangnya hp tidak berangkat dan akhirnya mereka menemui beliau di dalam kereta sudah tidak bernafas lagi. Innalillah diucapkan.
Kasihan pd isteri yg tidak bekerja dan anak2 yg kecil. Walau apa pun kita datang dr Allah dan kepadaNyalah kita kembali. Sooner or later we'll say goodbye to this world.
p/s malang aku tidak dpt menziarahi jenazahnya kerana menghadiri taklimat di luar pejabat.
Bila suami tiada di sisi
Lately ni kerap pulak suami outstation. Pergi Ahad pagi balik Isnin petang. Pergi lagi Khamis pagi balik Jumaat tgh hari. Aduh walau tak patah kaki sbb ada anak yg boleh jd chauffeur bawa ke hulu ke hilir aku masih lagi rasa kehilangan. Tiada lagi 'teman' bersembang, 'teman' bergurau dan juga 'teman bergaduh'( terutama sekali teman tidur).
Bagaimana yea org2 yg kehilangan suami pasti hidup tak keruan dibuatnya. Aku yg tak jumpa sehari dua pun dah rindu-rinduan ini pulak yg kehilangan selamanya.
Dalam pada tu, suami ada jugak cakap, "Eh awak percaya ke yg kita ni outstation. Ialah prg khamis balik Jumaat, prg lagi ahad balik pulak Isnin"........mau percaya ka tak mau percaya. Hah..........awak ada pasang spare part yea, kat mana tu.he..he... well aku tak pernah sangsi di atas kejujuran suami ku. Klu dia nak main kayu tiga or empat or wat ever kayu, sendiri tanggung dosa. Thats what I told him bila dia jokingly cerita benda2 yg mcm tu. Mcm mana dia percaya kan aku begitu juga aku percayakan dia.
p/s semuga kasih sayang kami berkekalan hingga akhir hayat.
Kota Kinabalu
Ahad yg baru lalu aku ke KK untuk kali keduanya bagi mengikuti satu bengkel. Kali ini aku menginap di Hotel Promenade KK. Pertama kali ke sana bbrp tahun yg lalu aku menginap di Hyatt. Aku dah 'terlupa' bagaimana rupa KK dulu so tak boleh nak compare. Anyway kali ni aku agak enjoy jugak sbb Ayie bawa aku jalan2 dan juga sempat aku oder udang darinya. Yg best tu udang tu siap dicuci bersih tinggal masak je. Lain kali boleh oder lagi.
Dalam tempuh 4 hari tu, 3 kali aku ke pasar Filipina. Kat situ byk jual barang2 mutiara dan kristal. Rambang mata dibuatnya tak reti nak beli yg mana satu. Aku yg 'buta' benda2 yg mcm tu percaya je 100% apa yg dikatakan penjual. Kalau penjual tu tipu maka tipah tertipulah jadinya. Apa taknya setiap kali aku tanya ini ori ke?, Yea kak ori punya cuba tgk kilat ke tak. Dia pun ambik yg dia kata tak ori nak compare, ntah mata aku ni tgk serupa je. He..he...
Anyway kalau outstation ni satu je yg aku tak suka, duit boleh habis beratus malahan beribu RM tapi tak nampak apa yg dibeli. Kalau tak pun dah beli2 bila sampai ke rumah baru perasan utk diri sendiri terlupa nak beli.
Oleh itu lebih baik orang lain yg pergi so bolehlah dibelikan subenier utk kita, kt pun tak perlu keluar duit.
Apa yang ku beli
Brooch kristal utk teman sepejabat, adik beradik dan mak
Brooch mutiara utk anak saudara
Gelang kristal dan brooch kristal utk anak dara ku
Butang baju melayu utk suami, ayah dan staff lelaki
T-shirt utk suami dan anak lelaki
Kopi Tenom 3 in 1
Sabah Tea
Udang basah 2 kilo - satu utk rumah dan satu utk mak
Udang geragau 1 kilo - 1/2 utk rumah dan 1/2 utk sahabat yg memesan
Sotong kering ntah brp grm utk rumah
buah salak 3 kilo-RM10 (klu kat sini RM8 sekilo)
dan yg ni suami cakap tak de benda lain ke awak nak beli. Bukan setakat suami yg komen anak2 pun sama.
pucuk paku 2 ikat -RM1.50 (kat sini 1 ikat RM2)
dan.....he..he..aku beli sbb tak pernah tgk benda ni segemuk ni dah lah murah
bunga kantan 2 btg - RM1.00 (Kat sini satu batang yg kurus mcm model tu harga RM1++ (kat tesco) yg aku beli ni gemuk betul-mmg subur mungkin dipetik kat kaki gunung kot.
Bunga kantan ni aku ambik kat net. Ini kurus je, yg aku beli tu gemok sekali ganda dr nie.
Pak kallah bukan aku naik kereta, kalau tak pasti habis segala sayur mayur yg terdapat kat pasar besar tu aku borong. Tgk serai2 dan keledek serta betiknya, geramnya aku, rasa nak bawa balik.
p/s malangnya aku tak bawa kamera sbb anak aku yg bertuah tu terlupa nak charge bateri dan aku malas nak caj kat sana. Termisslah aku nak ambil gambar gunung kinabalu walaupun yg sebenarnya jejak ke kaki gunung kinabalu (Kundasang) pun tak berkesempatan. Nak ambik pakai hp aku tak retiii....aduh malunya. Hopefully next visit aku berpeluang melihat keindahan GK di waktu matahari terbit.
The placed I stayed while in KK- Promenade Hotel.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home