Yg ditunggu tak kunjung tiba.

Penantian memang satu yang menyeksakan. Aku sering kali mengharapkan yang dia akan singgah ke rumah ku tapi sampai sekarang dia masih mungkir janji. Telah berkali dia menyatakan maafkan aku, bukan aku sengaja tapi sememangnya ku tak punya masa.
Ah alasan, beribu kali alasan itu juga yang kau ucapkan. Takkan tak de dialog lain. Cubalah tukar skrip. Dah ku hafal skrip mu itu sebelum sempat kau berkata sesuatu.
Ini merupakan kali terakhir aku jemput kau singgah ke rumah. Jika sekiranya kali ini kau masih lagi dengan alasan lama kau, selamat tinggal ku ucapkan. Cukuplah setakat ini saja perhubungan kita. Tak perlu lagi kau menjenguk aku.
Aku bukan merajuk cuma terkilan dengan sikap kau yang seakan-akan melupakan aku. Aku tahu kau sering berkunjung ke rumah teman mu yang lagi satu. Jangan kau nafikan dan jangan kau tanya bagaimana aku mengetahuinya. Masa kan kau tak tahu aku punya ramai teman-teman yang lain yg sudi menjadi PI. Tanpa aku bertanya mereka yang mengabarkannya dan berkata selalu melihat kau di rumah teman mu itu.
Apakah kau rasa aku cemburu! Ah tidak sama sekali. Mengapa harus cemburu kerana kau berhak utntuk berkawan dengan sesiapa saja cuma aku terkilan yang kau ‘terlupa’ kan aku bila berteman dengannya.
Jadi fikirkanlah samada kau ingin memenuhi undangan ku ini atau sayonara ku ucapkan dan jangan dirayu lagi kerana aku memangnya tidak sudi lagi berkawan dengan mu yang sering mungkir janji.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home