ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, August 04, 2007

Kuantan dan Durian

Hari Rabu yg lalu aku ke Kuantan kerana menghadiri kursus yg cuma satu hari. Buang masa saja sebab prg hari rabu dan balik hari Jumaat.

Ini bukanlah kali pertama aku ke sana, telah banyak kali samada aku ke sana menaiki kereta (sekiranya dgn keluarga) atau menaiki kapal terbang kalau menghadiri kursus.

Memandangkan cik abang ku itu tak dpt hantar ke KLIA maka aku pun naiklah pengangkutan yg paling mudah utk ku iaitu menaiki tren komuter ke KL Sentral dan dari situ ke KLIA menaiki ERL. Sungguh cepat dan mudah.

Selalu aku akan check-in terus di KLS termasuk luggage sekali tapi hari tu entah mamat security tu bagi salah info jadi aku tak dpt nak check-in luggage sekali. Kebetulan masa tu org agak ramai dan ERL pun penuh walaupun waktu baru 7.30am.

Sampai di KLIA yg hanya mengambil masa 28 minit, mak oi ramainya org beratur nak check-in, nasib baiklah aku dan check-in awal2 kat KLS. Nasib baiklah check-in luggage tak perlu beratur panjang cuma ada 2 org je depan aku semasa aku beratur tu.

Aku mmg suka naik kapal terbang, tak tahu mengapa. Yg paling aku suka ketika dia nak take off, dari perlahan laju, laju dan terus ke atas di awang-awangan. Walau pun kadang2 tu kecut jugak perut bila teringat kemalangan2 yg berlaku, tapi selalu rasa selamat kerana sepanjang aku hidup ni rasanya baru sekali aku dgr kapalterbang MAS terhempas iaitu di Tanjung Kupang. Lama dulu. Lagipun kalau dah ajal kat mana2 pun boleh mati.

Aku sampai di Kuantan mmg awal, pukul 10 lebih dah sampai. Sampai kat hotel (grand continental) alamak nama ku tak de dalam senarai. Wei, macam mana nie, terpaksa kawan sepejabat yg hadir sama menalipon ke ofis. budak2 ni pun satu last minute baru nak bookkan. nasib baik ada bilik kosong, jadi pukul 11 aku dah boleh check-in.

Pada mulanya rancang nak berjumpa dgn sahabat baikku, tapi nampaknya tak de rezki so aku jalanlah sorang2. Aku ronda2 kat shopping mall kat situ sampai aku tak tahu nak ke mana lagi. Dlm pukul 12 lebih perut ku lapar, jadi aku carilah kedai makan yg jual lauk kampung.

Aduh bestnya, bila aku nampak ikan patin masak tempoyak. Memang feberet ku, lalu ku ambil sekeping ikan patin campur dgn sayur lemak daun labu dan sedikit sambal tempoyak. Aduh, RM6.50 harganya, mahalnya. Tapi bila makan mmg tak menyesal, ikan tu langsung tak de rasa rumput mcm yg selalu aku makan kat sini.

Aku balik dan rehat dan bercadang tak mahu keluar. Rasanya kenyang sampai ke pagi esok. Tapi lepas asar aku rasa boring duduk dalam bilik, aku pun keluar lagi sekali ke mall yg sama (aduh, Kuantan ni tak de tempat lain ke utk window shopping - atau aku yg tak tahu) Ronda2 lagi tanpa tujuan, aku ternampak Popular Book Store. Oh dah lama tak masuk popular.

Bila saja masuk, ya ALLAH banyaknya buku. Macam2 buku yg ada baru aku perasan rupanya diluar tu ada banyak betul penerbit buku. Yg aku tahu selama ni hanyalah setakat Alaf21 dan Creative. Sekarang ni ramai juga penulis-penulis yg tersohor menulis dgn penerbit2 yg tak terkenal.

Memandangkan mmg aku tiada perancangan utk membeli buku aku hanya merayau2 sambil menelek2 buku yg terdapat di situ. Lebih dari setengah jam di situ aku pun bercadang utk balik ke bilik. Dah penat rasanya aku keliling mall tu tanpa tujuan.

Bila aku buka je pintu utk keluar, tu dia hujan sedang mencurah-curah membasahi bumi. Tak perasan aku rupanya di luar tu hujan lebat. Maka terpaksalah aku kembali semula ke dalam mall sambil berlegar-legar di ruang legar (patutlah dinamakan ruang legar) aku ternampak poster Creative. Oh rupanya Creative sedang adakan pameran buku tapi esok baru mula.

Walau bagaimanapun mereka tetap menjual buku yg dipamirkan. Menjenguk2 tajuk maka ternampaklah aku buku "Biru Ungu Cinta" oleh Noor Suraya. Buku ni dah lama aku cari dan dijual dgn harga 30% discount. Aku kira2 balik duit yg ada di tangan, erm nampaknya cukup. Maka aku beli buku itu sambil berborak-borak dgn adik Creative tu.

Sempat aku mengajar dia bagaimana nak kira harga buku yg ada discount. Ialah aku lihat dia kali harga buku tu 30% then tolak dgn harga asal buku. Aku cakap dgn dia , dek kan senang kali je harga buku tu dgn 70%, dptlah harga buku selepas discount, tak payah nak kira dua tiga kali. Oh ye ke kak, tak tahu pulak saya, ialah saya ambil business management. Alamak bagi aku ni simple maths tak pergi U pun dah boleh tahu. Anyway dia ucap terima kasih kat aku sebab tunjukkan dia cara mengira yg cepat.

Disebabkan tulah aku tertinggal Harian Metro yg baru aku beli kat kaunter. Aku perasan pun sebelah malam bila aku tgk bil apa yg ke beli. Ish nampak sgt dah tua banyak sgt yg lupa.

Esoknya aku menghadiri kursus dan jumpalah ramai yg aku kenal. Ialah bila kursus tu utk satu2 fraternity pasti kita akan berjumpa orang2 tu je. Dlm borak2 tu, kenalan dari Bintulu beritahu yg mereka nak pergi makan durian sebelum terus ke airport sbb flight mereka ke Bintulu jam 11 esok pagi so klu balik esok pagi tak sempat utk balik ke Bintulu.

Mereka yg dari Kuantan setuju utk membawa mereka dan mengajak aku sekali utk makan durian Pahang. Oh rezki ooo jgn ditolak dan aku dgn senang hatinya menerima pelawaan itu.

Jam 5.30 ptg kami bertolak dan sebelum makan durian kami ke Tanjung Lumpur utk makan sata. Selain dari sata kami juga makan bingka ubu yg agak lain dr di S'ngor sbb bingka tu dibungkus dalam daun pisang seperti membungkus tapai ubi tapi rasanya sedap. Bagi aku atak2 lebih sedap dari sata atau sata yg aku makan tu (1st time makan) mmg orgnya tak pandai buat itu sbb tak sedap.

Setelah puas makan kami bertolak utk mencari durian pula. Sebelum tu sempat singgah untuk membeli keropok, aku cuba cari keropok lekor malangnya tak berjumpa pulak. Aduh kempunanlah nak amkan keropok lekor.

Kami dibawa makan durian dibawah poko, siap disediakan meja dan bangku bagi membolehkan kami menikmati durian dgn selesa. Ada mcm2 jenis durian yg aku ingat 101 dan kunyit selain dari durian kampung. Memang sedap2 duriannya dan tak rugilah aku mengikut mereka sbb ini kali pertama aku makan durian di Pahang walaupun mungkin bukan pertama kali makan durian Pahang.

Kami makan adalah dalam 6-7 biji, ialah yg makan perempuan tentu tak banyak makan lagipun Bintulu tu nak balik cepat so terpaksalah berhenti makan. Selepas tu kawan tu nak cari buah longan utk di bawa pulang, maka singgahlah kami ke mini market.

Terkejut aku bila lihat pulasan cuma berharga RM1 sekilo. Mak oi murahnya, kat SA, rambutan pun yg paling murah RM2.50. Pulasan kalau tak RM4-RM5 sekilo jgn haraplah nak merasa. Kalau ikutkan hati berkilo2 aku nak beli tapi memandangkan beg aku kecik je dan aku malas menjinjing (tu pun kena jinjing keropok) terpaksalah aku beli tak sampai 2 kilo. Buahnya sedap, longkah, manis dan tebal isinya.

Setelah menghantar mereka ke airport aku pula dihantar ke hotel semula. nasib baik sempat lagi solat Maghrib dan terkocoh2 aku berlari ke bilik.

Mmg tak rugi makan durian yg mmg sedap dan puas hati, kenyang hingga ke pagi. Aku balik semula ke SA dgn puas hati sbb kali ni aku dapat berjalan keliling Kuantan disamping dapat makan durian.

Alhamdulillah semuga di lain kali aku dapat dtg lagi dan beli banyak2 buah dan berjumpa dgn kawan baik ku. Hish......ngapalah tak dpt jumpa ye, klu tak mesti I suruh you belanja segala macam buah yg ada kat Kuantan tu.

1 Comments:

At 4:38 PM , Blogger InaOK said...

My Father datang Pekan pun cari durian. Bawak dia pergi Kebun ambil buah rambutan & pulasan.
Puaslah dia makan.

Next time you datang, hopefully i am more mobile so i can bawak u jalan-jalan around Ktn., InsyaAllah

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home