ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Friday, July 13, 2007

Bunga-Bunga Kemboja - Aina Emir

Novel ni baru saja aku habis baca semalam. Sebab menarik sangat sampai aku baca kat ofis sedangkan sebelum ni tak pernah baca novel kat ofis.

Novel ni diterbitkan oleh KarnaDya. Ia menceritakan kisah Nabil yg mengikuti misi kemanusian di Kemboja. Di sana dia bertemu dgn seorang gadis Kemboja yg kaya raya yg sedang mencari ibunya yg berasal dar Malaysia. Mereka berpisah sejak gadis itu yg dikenali sebagai Chaya dibawa oleh bapanya seorang rakyat Kemboja balik ke Kemboja.

Malangnya sebelum sempat ia kembali ke Malaysia semula bapanya telah meninggal dunia dan dia terpaksa tinggal dengan datuk dan neneknya dan identitinya turut ditukar oleh datuk Chaya.

Bagi memudahkan dia kembali ke Malaysia , Nabil 'terpaksa' berkahwin dgn Chaya dan Chya menggunakan nama Islamnya semula iaitu Nur Qarina. sampai di M'sia berlakulah bbrp peristiwa yg sedih dan sebagainya.

Seperti dalam novel2nya yg terdahulu Aina Emir banyak menyelitkan unsur2 kekeluargaan dan keagamaan. Bahasanya yg menarik dan simbolik seringkali membuai perasaan dan sesekali membuatkan aku menitiskan air mata.

Aku beri 5 bintang kepada novel ini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home