ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Thursday, May 31, 2007

Suka dan Duka di Bandung

26/5/2007


Akhirnya setelah membuat perancangan enam bulan yg lalu, masa yg ditunggu pun tiba. Yup hari ni, aku, anakku Suha, adikku Yatie dan keluarga, adikku elly dan iparnya serta seorng kenalan akan berangkat ke Bandung menaiki AirAsia.

Flight pukul 7.30 membuatkan kami terpaksa berada di LCCT jam 6.30am dan kami berjanji utk berkumpul jam 5.30am utk solat subuh di sana. Pukul 3.30am aku telah bangun dan mengejutkkan semua ahli keluarga ku yg lain walaupun yg nak prg tu cuma 2 org je. Ialah aku kena kejutkan suami ku sbb dia yg nak bawa aku ke LCCT dan anak ku kerana dia akan ikut suamiku balik kampung.

Jam 4.30am kami keluar dari rumah dgn 2 buah beg besar yg ringan sbb ramai yg pesan kalau ke Bandung bawak beg kosong. Lebih kurang jam 5.30am kami samai di LCCT yg sesak tu dan kami merupakan org terakhir yg sampai. Elly sampai jam 4.30am lagi dgn iparnya.

Setelah solat subuh kami terus check-in dan dah ramai org beratur di kaunter. Memandangkan barisan yatie agak panjang aku beralih ke barisan yg lagi satu sbb tgk cuma 2 org saja yg beratur tapi rupanya nasib ku malang sbb yg didepan kami tu bukannya dua org tapi sebelas orang. Pandai betul mereka, 2 orang dah tunggu sedangkan yg lain2 masih terkial2 nak scan bagasi. Sampai aku tegur apek kat depan tu tanya ngapa potong Q aku dah berdiri lama, dia yg baru dtg, terus masuk lain. Sabar jelah.

Kapal terbang bertolak(?) tepat jam 7.35am dan ini merupakan pertama kali aku naik AirAsia. Okaylah kapalnya taklah buruk atau rasa nak runtuh. Ialah ramai orang yg dgr aku nak naik AA tanay, "tak takut ke?"

Perjalanan yg memakan masa 2 jam tu taklah terasa panjang sgt sbb aku sibuk memerhatikan pramugari/gara AA sibuk berjualan. Boleh tahan juga harga barang makanannya, RM7 utk nasi lemak, RM5 utk air tin. Kira okaylah tu dibandingkan dgn MAS yg harga tiketnya sekali ganda tapi makannya taklah seberapa.

Kami sampai di Bandung lebih kurang pukul 8 waktu tempatan. Urusan di imigresen dan kastam tidak cerewet. Lapangan terbangnya juga tidaklah sebesar mana dan terletak di tengah2 bandar.

Setelah mengambil bagasi, kami tercari2 org yg sepatutnya menunggu kami tetapi tdk berjumpa sebaliknya kami berjumpa dgn tante kpd rakan sekerja Yatie (Ibu Idah namanya). Tak sangka pula dia menunggu kami. Setelah menanti bbrp lama utk transport yg sepatutnya menunggu kami akhirnya kami mengambil keputusan utk mengikut Ibu Idah ke rumahnya sebelum dia mencarikan kenderaan utk ke Tangkuban Perahu, tempat pertama yg akan kami lawati.

Dari airport ke rumah Ibu idah mengambil masa 10 minit sahaja. Rumahnya betul2 berhadapan dgn sebuah universiti (tak ingat namanya). Diluar kelihatan kecil sahaja rumahnya tapi setelah masuk ke rumah kami dapati rumahnya mmg besar iaitu memanjang kebelakang. Siap dgn mini kantor dan juga air terjun.

Di sana kami dihidangkan dgn kuih kroket yg sungguh enak serta beberapa jenis kuih lain yg tak tahu namanya. Tapi ada satu kuih, sejenis pastry yg intinya telur rebus, mixed vege serta makaroni yg menarik minat ku Boleh tahan juga rasanya. Bila ditanya resipi, Eh Ibu beli di depan saja...he..he...patutlah sedap.

Setelah makan serta rehat beberapa mint kamipun bertolak ke Tangkuban Perahu (http://propacom.net/merbabu/tangkuban-perahu/tangkuban-perahu.html) lebih kurang jam 10am waktu tempatan. Sebelum nie aku sangkakan TP tu mcm Bukit Bendera ataupun Cameron Highlands tak sangka pulak bahawa ia merupakan bekas gunung berapi. Terlupa pula aku nak surf internet dulu sebelum pergi.

Permandangan sgt menarik disepanjang perjalanan ke TP. Tidak spt di Malaysia disepanjang jln menaiki gunung di sini terdapat banyak rumah serta gerai2 yg menjual sayur2an di kedua2 bahu jalan. Aku leka melihat pemandangan yg menarik serta udaranya yg dingin menyebabkan aku terlupa untuk mengambil gambar.

Utk memasuki ke kawasan tersebut kami terpaksa membayar Rp35k setiap seorng. Setelah sampai di atas gunung kami dikerumuni oleh lebih dari 2o org penjual/ tourist guide. Kami yg tak tahu apa2 hanya mengikut saja kata tourist guide apabila kami dinasihatkan oleh pak supir supaya ikut TG dan nego harganya. Walau bagaimanapun TG tu kata harga hanya akan diberitahu apabila kami sampai di bawah nanti.

Maka bermulalah berjalanan yg paling menyiksakan dgn jalan menuruni bukit hampir 1.5km - 2km dan aku masa tu memakai baju kurung dan berkasut seakan ke kantor. Pada mulanya kami jalan bersama tapi selepas beberapa lama kami terpisah kpd 3 kumpulan dan setiap kumpulan kami diikuti oleh 2-3 org penjual yg seakan2 meng'harass' kami meminta membeli barang2 souvenir yg ntah apa2.

Bayangkan harga key chain yg dikatanya dari batu 'special' tapi rasanya dari plastik dijual dgn harga Rp150k(<>RM60) utk 12. senduk yg dikatakan dari tandok kerbau dijual dgn harga Rp400k utk 4 buah. Aku yg pada mulanya tak mahu beli terbeli juga key chain tu. Yg kasihan adik iparku yg mungkin habis Rp1 juta sbb takutkan anak2nya yg kecil (9 dan 7 tahun) diapa2kan oleh penjual tersebut.

Setelah berjalan hampir 11/2 jam dlm keaadaan yg tdk selesa akhirnya kami sampai di kawah gunung berapi. Singgah sebentar utk solat dan melihat2 sekitar kawasan yg terdapat letusan air panas. Kami masih di'harass' oleh penjual2 yg mengikuti kami.

Dari sini kami berjalan lagi ntah berapa ratus meter sebelum sampai ke tepi jln. Aku hampir2 sesak nafas semasa di sini. Aku terpaksa berhenti sebentar utk menstabilkan penafasan ku sebelum meneruskan perjalanan.

Dalam pada aku yg mcm nak pengsan tu aku masih diasak oleh penjual2 tu. Aku yg tidak langsung mahu membeli apa2 telah dimarahi oleh penjual tersebut menyebabkan aku rasa takut. Yatie terpaksa membayar sebanyak Rp800k utk 2 org guide sedangkan sepatutnya satu org sudah cukup dgn kadar Rp200k shj.

Kami meninggalkan TP dgn pengalaman yg pahit dan itu merupakan kali pertama dan terakhir kami ke sana. Duit yg sepatutnya boleh dihabiskan untuk shopping telah dihabiskan di situ.

Perjalanan balik pula Pak supir menggunakan jalan yg dipenuhi dgn bunga2an di kiri dan kanan sepanjang jalan. Lagi sekali aku teruja dan terlupa nak mengambil gambar. lagipun masa tu aku rasa terkilan dgn apa yg berlaku di TP sebelum itu. Pujukan Pak Supir agar berhenti utk makan tgh hari juga kami biarkan. Ialah jam pun hampir pukul 3 ptg dan kami mmg langsung tak larat dan tak de selera nak makan. Kami minta PS terus menghantar kami ke Hotel Eidelweiss yg terletak di Jln Sukajadi.

Hotel yg merupakan budget hotel ini terletak berdekatan dgn factory outlet dan biliknya pun okay. Kami menyewa 3 buah bilik dikongsi bertiga. Harganya Rp198k semlm utk cuti dan Rp139k utk hari2 biasa. Cuma nak beritahu dlm blk ni cuma ada yg basic saja even nak charge hp pun tak boleh.

Disebabkan kepenatan kami tak kemana2 malam tu cuma tidur je. Yatie and the gang prg mencari makan malam. Huh terkena mereka, apa taknya. Bila ditanya semua kata itu kedai (bukan gerai) makan Islam. Setelah enak menikmati juadah baru mereka perasan yg tokey kedai itu enak2 mengusap2 anjing yg tiba2 menjengah ke dalam kedai dari bilik belakang. Waduh, waduh tersentak semua, tapi nak cakap apa sbb masa tu mereka sedang membuat bayaran. Tawakatulah jelah. Nasi goreng yg telah ditapau utk ku, aku buangkan saja ke dalam tong sampah. Yg pasti bila ditanya pada PS dia boleh kata, ada org Islam Indon hobynya memelihara anjing.

Malam tu aku dan Suha tidur dlm kelaparan.........Oh yea sewa mobilnya adalah Rp320k setengah hari.

bersambung.
p/s utk gambar sila layari http://norezy.fotopages.com/ sbb aku tak sempat nak upload gambar.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home