ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Monday, April 02, 2007

Ayah Ku Sakit

Telah lama aku tak menulis di sini. Terlalu banyak kerja adalah salah satu dari sebabnya dan juga kebanyakan yg ingin ku tulis bersifat peribadi, maka ia ditulis di blog peribadi ku.

Jumaat yg lalu aku bercerita pd teman rapat ku apa yg akan aku buat pd hujung minggu tapi seperti yg ku jangka hujung minggu ku tidak seperti yg dirancang.

Pagi sabtu, suami ku bersama dgn anak ku telah pulang ke kampungnya utk membereskan kandang kambingnya yang masih lagi tidak sempurna. Aku pula memandangkan masa yg byk terluang bercadang utk mengadap pc sejam dua tapi malangnya pc buat hal walau baru saja diganti hard disk dan suami tiada masa nak membaikinya. Oleh itu aku menghabiskan masa ku dgn mengemas rumah.

Sedang aku masak lebih kurang jam 11.30 pagi aku menerima panggilan telefon dari adik ku.
"Long, ayah masuk hospital" Hah...........terkejut aku kerana ayah mmg jarang sakit walaupun umurnya hampir 74 tahun.
"sakit apa"
"Tak tahulah, tiba2 saja selepas bangun tidur dia rasa dadanya sakit dan mukanya pucat sgt. Aziz bawa dia ke klinik tapi Dr suruh bawa ke hospital. Skrg Aziz dah bawa dia ke HUKM"
"Yg lain2 (maksudku adik2 ku yg lain) ke mana?"
" Yati dah keluar, Yus pulak kat Kjg. Adik ada kat PD"

"OK nanti Along balik tapi Along N tak de balik kg"

Setelah menunggu suami ku akhirnya pukul 1.30 baru dia sampai. Setelah solat dan tanpa makan tgh hari kami bergegas ke HUKM. Sampai di sana semua adik2 ku serta keluarga masing2 telah berada di situ melainkan DT yg berada di Ipoh.

Alhamdulillah. ayah ku nampak sihat sikit, kata Dr mungkin ada masalah jantung. Sakit dadanya pun sudah berkurangan dan apabila ada tetamu ayah rancak bercerita seakan2 tdk sakit. Aduh ayah....kan Dr suruh rehat dan kurangkan berbual.

Walau bagaimanapun hanya hari Isnin baru diketahui keaadaan sebenarnya bila Dr pakar berkunjung. Memandangkan ayah ditempatkan di wad CCU tiada sesiapa dibenarkan menunggu. Kami menunggu ayah diluar wad (kerana hanya 2 pelawat sahaja dibenarkan pada satu2 waktu) sehingga jam 7 ptg apabila waktu melawat tamat.

Walau bagaimanapun aku sendiri balik jam 6.20 ptg kerana suami nak balik segera. Terpaksalah aku berjalan di dalam hujan lebat kerana tiket parking ada bersama ku dan suami tak boleh keluar dari tempat parking. Actually aku tak perasan suami sms jam 5.20 ptg ajak balik. Sejam dia menunggu aku di kereta dalam hujan lebat. Sebab tulah aku tak berani nak suruh dia ambil aku kat lobby.

Dalam kereta aku betul2 kesejukan sbb mmg aku dan anak2 ku basah kuyup. Nasiblah suami tak bising bila keretanya basah.

Hari ini Dr akan membuat pemereksaan dan aku harap ayah tak apa2 dan dibenarkan balik dalam sehari dua ini. Kasihan dia, pasti dia rasa tak selesa duduk di hospital seorang diri dgn segala macam wire berserabut kat badannya dan ntah apa2 yg dicucuk sampai berdarah2 kat paha dan tangannya.

Ya Allah kau sembuhkanlah ayah ku dengan segera, berikan kesihatan yang baik kepadanya dan panjangkanlah umurnya. Amin.

2 Comments:

At 7:57 PM , Anonymous Anonymous said...

Salam Ieda,

I doakan semoga yr father cepat sembuh & tak ada apa-apa masalah yg berat. Amin

Alin

 
At 4:51 PM , Anonymous Anonymous said...

Thanks alin for the doa. Rasa tertekan sebab tak boleh nak buat apa2. Nak melawat tiap2 hari pun tak dapat.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home