ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Sunday, January 07, 2007

Tol naik lagi


Tahun baru serba serbi naik. Baru saja petrol naik harga sekarang ni pulak tol yg naik harga. Dulu kalau nak ke rumah bonda ku perlu bayar tol sebanyak RM4.80 saje, sekarag ni tambah lagi 60sen. Mungkin tak banyak bagi org yg banyak duit tapi bagi mereka yg bergaji kecil dan tak naik gaji ia mmg membebankan. Terutama sekali mereka yg berulang alik bekerja bukan setakat tambah 60sen tapi RM1.20 setiap hari. Bayangkan kalau sebulan, duit tu boleh guna utk belanja anak sekolah.

Hari tu balik beraya, ramai org berkumpul di Tol plaza, piket beramai2. Ingat kan mengapa kat tol jam rupanya ada org berpiket. Mcm biasa yg piket tu dtgnya dari mereka yg menyokong roket.

Sampai kat rumah bonda, ramai polis yg berkampung disebelah rumah. Piket jugak ke? tapi tak nampakpun org, yg ramai adalah pak polisi dan juga kereta yg diletak sepanjang jln.

Hampir pukul 11.30 terdengar teriakan dari luar dgn jeritan "Buka..buka..." eh buka apa? Oh buka jln yg ditutup oleh pihak Lebuhraya. Rupa2nya mereka yg di plaza tol tu telah berarak beramai2 ke sebelah rumah pulak. Piket supaya jalan nie dibuka mmg dah lama dan boleh dikatakan tiap2 minggu mereka piket supaya jln tu dibuka bagi memudahkan mereka keluar masuk ke kawasan perumahan mereka. Tapi tak berhasil hingga sekarang.

Tgk ramai2 tu kami pun tumpang sekaki bersama mereka tapi dari dalam pagar rumah je. Ialah kesemua mereka yg berpiket tu dari golongan kaum roket je. Kami cuma tlg bertepuk tangan apabila melihat mereka bersorak menyatakan sokongan walau tak dgr apa yg mereka cakap . Maaf ye pak polisi kami cuma excited tgk orang ramai bersorak dan kami pun mmg bantah kenaikan tol tu.

Tapi yelah kita cuma boleh menytakan bantahan dan bersorak menyokong tapi setakat tu je. Tol tetap naik dan gaji ku juga yg tak naik2 dah 2 tahun dah. Alahai mengapalah bila kakitangan kerajaan minta naik gaji sume orang bantah. Gaji kami nie bukannya banyak dan kalau dah maximum tu sampai bila2lah tak naik gaji sehingga kerajaan kata naik. Tak kesian kat kami ke?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home