ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, December 05, 2006

Diary -24/11/06



24/11/06 (Jumaat-8.00am)

Dalam perjalanan ke Putrajaya tiba2 mendapat panggilan dari ofis.
"Akak, ada berita sedihlah. Isteri En N meninggal pagi td. Ni nak gi melawat nie"
En N? Dalam fikiran cuba bayangkan yg mana satu En. N sambil bertanya pd Pn R yg sedang memandu. Ah dia pun tak berapa pasti.

Tgh hari selepas mesyuarat bercadang nak gi melawat so telefon ke ofis.
"Kak rasanya jenazahnya tak de kat rumahlah. Td masa nak balik tu, sedang diorang buat persiapan nak mandikan jenazah, polis datang. Since simati masih dibawah 40 tahun dan mati secara mengejut, jadi kena buat post-mortem. Skrg rasanya mayat tu kat hospital"

Kesiannya, dahlah nak kebumi di Trengganu, sempat ke? Aruah meninggal secara mengejut ketika azan subuh berkumandang. Mlm tu dia mengadu kat suaminya mengatakan pandanganya gelap dan dia rasa pening. Since tak serius mereka tidur balik.

Hampir subuh aruah muntah2 dan suaminya bawa ke klinik. dalam perjalanan ke klinik dia menghembuskan nafas terakhirnya dalam usia 39 tahun. Menjadi prosedur polus sekiranya meninggal di bawah usia 40 tahun secara mengejut post-mortem perlu dilakukan.

Yg memilukan beliau meninggalkan anak seramai 8 orang, yg tua berusia 14 tahun dan yg kecil sekali berusia 54 hari. Siapalah nak jaga anak2nya itu?

Jenazahnya dibawa ke Trengganu jam 6.45 ptg dan dikebumikan malam tu jugak.

Yg lucunya kawan yg membawa kereta mayat tu telah berhenti utk makan pukul 4 pagi. Org2 yg kat gerai makan tu sumenya memandang dan ada yg bertanya ada mayat ke? Takut gamaknya mereka tu.......

1 Comments:

At 11:24 AM , Blogger InaOK said...

Yang pasti ayahanda mereka akan jaga mereka
Waktu dia kerja ???
Pandailah dia menguruskan nanti.
Yang jadi masalah = jika dia TAK NAK jaga
Wallahualam.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home