ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, October 31, 2006

Sebelum raya



20/10 (27 Ramadhan 1427 Jumaat)
2.00pm…….
Anak: Eh mama dah balik. Cepat mama balik.
Mama: Ala big boss bagi balik, baliklah.
Anak:Haaa.macam tu bolehlah ajak mama prg beli baju raya. Baju purple tu tak beli lagi.
mama:Hah! Nak beli baju raya? Penatlah mama , esok jelah. So ptg tu duk rehat tak buat apa.

21/10 (28 Ramadhan – Sabtu)
5.00am……..
Anak: Mama bila nak prg beli baju raya? Pagi nilah.
Mama: Pagi ni tak boleh, mama nak buat cookies.
Anak: Ala mama nie, asyik buat cookies je buatlah kek pulak.
Mama: Okaylah pagi nie mama buat kek ptg nanti kita prg kompleks…..
Anak:yea…..hish mcm budak2 je.
So pagi tu buatlah kek coklat dan kek prune utk bawa balik kg. Buat kek mudah, bancuh masuk kukus then tinggalkan.

2.00pm.
Anak: Mama jadi tak prg beli baju?
Mama: Tanyalah ayah.
Anak: Tapi ayah tidurlah mama.
Mama: Tak pe jap lagi kejutkan dia.
3.00pm.
Anak: Ayah bangun, mama ajak prg kompleks.
Mama: Hah……..mama? korang yg nak prg, nama mama yg dijaja.
Anak: He..he…. kalau mama, ayah mesti nak prg.
Ermmmmm…. Apa2 jelah.

Hish…….ramainya org. Nak cari parking pun susah. Dalam kedai pulak berlaga2 badan. Dah hamper 1 jam, baju yg dicari tak jumpa.
Ayah: Ieda, nanti call kita, nak cari tempat duduklah, penat berdiri lama2.
Mcm tulah cik abang ku sejak umur meningkat nie tak leh berdiri lama2 or berjalan jauh2. Dah tua suamiku…
Anak:Mama jum naik kat atas, kat bawah tak delah mama.
Mama yg menurut perintah nie ikutkan saja anak dara yg 2 org nie. Alhamdulillah setelah hampir 2 jam akhirnya bertemu jugak baju yg dicari. Sebab mamanya dah malas nak jalan so suruh dua2 beli warna dan design yg lebik kurang sama. Tapi si kakak warning adiknya, ko jgn nak pakai baju nie pagi raya. Kak Ngah nak pakai, Cua pakai esok2. Sian anak bongsu ku, dgn muka masamnya terpaksa mengikut perintah.

22/10 (29 Ramadhan - Ahad)
8.00am.
Mama: Jomlah balik Kjg. Yati dah telefon suruh balik pagi, nak tlg mak masak. Raya tahun nie, org berkunjung rumah ke rumah malam raya bukan pagi raya. Jadi mak kena masak awal.
Anak: Ala mama hari ni baru Ahad, esok boeh masak. J
Ayah: Jap lagilah, nanti nak basuh kereta. Pukul 10am baru balik tapi balik Sepang dulu. Hah??? Apa2 jelah bang.
Selain basuk kereta siap potong rumput dan sapu halaman rumah. Akak dan anak2 dah siap berpakaian dan dgn sabarnya menunggu. Sabo jelah.

12.00pm.
Ayah: Jom berangkat. Dah tengahhari nie. Wah.semua dgn senyum lebar menurut perintah.

1.00pm
Yati: Hah........ingat kan tak balik. Tu daun kelapa dah siap menunggu.
Tanpa menukar baju terus mulakan aktiviti, siap jam 4 ptg. Dah lama tak buat asyik kena bukak je sarung ketupat tu. Mula2 tu terlupa gak mcm mana nak anyam.....Lepas tu sibuk tolong buat rendang, sambal kacang, sambal tumis udang dan rebus ketupat segera.

23/10 (30 Ramadhan Isnin)
Pagi2 dah sibuk mengemas dan masak apa2 yg tak sempat dimasak lagi. Tapi tahun ni agak kurang sibuk sebab dah sediakan juadah awal-awal. so pagi tu cuma rebus ketupat saja dan pasang langsir serta buat masak lodeh. Kebetulan Yati pula bertandang ke rumah MILnya utk menolong menyediakan juadah raya.

7.00pm
Mak; Panggil semua berbuka kat rumah nie. So panggil lah Eli yg duduk kat sebelah rumah dan Yus yg duduk kat BTHO. Ramai betul petang tu berbuka dan kami berbuka dgn juadah raya. Selepas tu solat maghrib berjemaah diimamkan oleh ayah.
8.00pm.
Mak: Cepat siap jom prg masjid, takbir lepas tu ikut berkunjung ke rumah2.
Yang perempuan pula sibuk menediakan juadah utk tetamu. Lepas Isyak masing2 mula berkunjung dari rumah ke rumah.
9.30pm
Mama: Hai bang dah baik
Ayah: Tak laratlah, banyak sgt rumah.
So the visit end around 1.30am, ada lebih kurang 17 buah rumah yg dikunjungi. Cik abang ku hanya sempat ke 4 buah je.
Jgn ada yg bangun lambat esok sudahlah.

1 Comments:

At 10:51 AM , Blogger InaOK said...

i)Kalau dgn Pak we tu .. Ibu ajak, gerenti tak nak pergi ... kalau Shuib atau Zahra atau Aisyah yg ajak, barulah dapat
ii)Kat rumah MIL,org Surau dtg pagi Raya & tak de siapa pun wakil dari Rumah kami yg ikut mereka. Kami duk tunggu kat rumah je. Actually hubby ingat nak pergi kubur je pagi tu tapi Mak dia suruh tunggu org surau dtg. Tunggu punya tunggu, mereka dtg dekat pukul 12 tgh hari. Akhirnya tak pergi kubur & kami buat tahlil kat rumah je.
iii)Tahun ni tak buat ketupat, MIL buat nasi impit. Selalunya my tugas isi beras dlm sarung ketupat.
Err .. sarung org lain anyam. I surrender, tak reti .. tapi they anyam then pass it to me utk isi beras. Sebab MIL tak buat ketupat,
Alhamdulillah, tahun ni sempat tolong Mak sendiri masak rendang. Lepas masak baru balik KJG.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home