macam-macam hal
Coretan ini telah dipostkan kat one of the group yg akak jadi member.
Kisah satu
Semalam mcm biasa prg berterawih di masjid kat sebelah rumah. Kebetulan malam ni Imam masjid negeri mengimamkan solat terawih. Terubat rindu nak bersolat kat masjid Negeri. Semenjak masjid kat sebelah rumah ni siap dah tak ke sana lagi.
Selepas solat Isyak, ternampak sorang muslimat ni menegur jemaah di saf hadapan. Cara dia menegur tu mcm seorg kenalan berjumpa ngan kenalan yg lain. Being very busy body, aduh kat masjid pun busy body, terpandanglah prpm kat saf depan tu menarik2 kainnya dan muslimat yg kat saf depan tu berbisik2 ngan kawannya.
Seperti biasa kat masjid di sini selepas solat Isyak ada tazkirah lebih kurang 15 minit. Selepas tazkirah tu nampaklah muslimat yg menegur td prg ke belakang dan balik semula membawa kain telekung dan dihulurkan kat muslimat yg depan tu. Malangnya prpm tu menolak dan dlm hati mula tertanya apa yg terjadi ya.
Masa nak solat terawih tu, bila berdiri barulah perasan yg kain prpm tu singkat hingga ke buku lali dan dia tak memakai sarung kaki. Terdetik dlm hati, mahzab apa yg prpm ni pakai ataupun mmg dia tak tahu hukum. Waallahu a'lam, macam2 jenis manusia ada.
Lepas je solat terawih 8 rakaat terus dia menghilangkan diri.
Kisah dua.
Seblm solat Isyak tu AJK masjid ada membuat pengumuman meminta ibu bapa menegur anak2 yg bermain mercun/bunga api sbb bapa kpd salah seorg kanak2 telah membuat aduan yg anaknya terkena mercun di leher mlm sebelumnya. Tak tahulah sejauh mana kecederaannya, tapi apa yg pasti bapa tu telah membuat report polis.
Anak sapalah tu eh.........tapi elok jugak sbb bila balik dari solat tu dah tak jumpalah budak2 lelaki yg kebanyakkannya belasan tahun duduk bertenggek kat atas motor (yg pasti mereka tak solat terawih) sambil bermain mercun. Agaknya pihak polis ada buat rondaan masa tgh solat tu, itu yg diaorang tak berani nak lepak2 dan bermain Bunyi mercun pun dah tak de, kalau tdk tu terkejut2 dgr bunyi dentuman semasa tgh solat. Nasib baik tak melatah tgh solat.
Kisah 3
Terperasan sejak seminggu, masjid ni jadi sunyi sepi ketika org tgh solat. Kalau tidak tu, bisingnya, nauzubillah, sampai tak boleh nak kusyuk masa solat. Bunyi kanak2 menjerit, berlari-larian dan menangis silih berganti. Agaknya sejak jerebu melanda ni emak bapak pun dah tak benarkan anak2 bermain kat luar rumah. 'Blessing in disguise' orang kata.
Kisah 4
Hari tu sibuk kat media mengatakan air pasang besar akan berlaku dipantai barat semenanjung. maka beramai2lah pihak kerajaan dan media berkumpul kat PK utk mengawal dan melihat air pasang tu.
Sebenarnya air pasang ni dah menjadi kebiasaan bagi penduduk PK, dan ia mmg tak boleh dijangka. Ada kalanya air boleh naik setinggi betis dan selalunya setakat buku lali je.
Teringat air pasang yg paling teruk semenjak 20 tahun berkhidmat kat sini iaitu dlm tahun 1999. Tiga hari berturut2 terperangkap dlm kesesakkan lalu lintas yg berjam2 lamanya. Bayangkan kereta tak boleh bergerak langsung selama 2 jam. Terperangkap dlm kereta tak boleh ke mana2. Masa tu kalau nak buang air..........aduh.......
Kesemua pintu masuk ke PK dinaiki air, samada dari utara,timur atau selatan, terpaksa menempuh air pasang tersebut. Bukan sahaja nak ke tempat kerja air pasang, bahkan nak masuk pintu pagar pejabat pun air dinaiki sehingga ke paras paha. Dan air tu hanya benar2 surut hampir pukul 4 ptg.
Seronok jugak tgk air pasang ni, ialah bila tgk air tu makin lama makin tinggi dan akhirnya berhenti dan setelah sejam kemudian ia surut kembali.
Dan bila sampai kat ofis mcm pesta pulak masing2 membersihkan kereta dari terkena air masin. Dan selalunya waktu nilah ramai pekerja datang lambat konon nak mengelakkan kereta terkena air masin.
So sapa2 nak beli kereta second hand tu hati2lah kalau tuan punya tu bekerja di PK.


1 Comments:
Kisah Dua
**********
Kat sini pun ada budak-budak main mercun dekat dgn masjid. Nasib baik tak de yg melatah .. or worse,kena serangan jantung.
But these kids (& teenagers) tak makan saman.
Hari tu masa Qiamullail, they came beramai-ramai & ambik makanan yg disiapkan utk jemaah utk bersahur.
So bila jemaah selesai Qiamullail , tgk-tgk tak de makanan utk sahur. Boleh tak tinggal satu pun. Cuba bayangkan kalau ada ahli jemaah yg tak halalkan ... tak ke susah nanti
And peliknya their parents, tak kisah ke ???
Kisah Empat
************
Musim banjir mmg macam musim perayaan di sini ... Pesta Air
HeHeHe
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home