Sembang-sembang
Baru balik dari Langkawi. Penat masih terasa, kerja bertimbun tapi sistem pulak buat hal. Itulah dah cakap ngan vendor, kalau nak upgrade version tu biar selepas siap sume kerja, ni tak, kerja halfway dah nak tukar version. Bila dah hang mcm nie, sapa susah.........akak gak..he..he..
Flight hari tu jam 10.30am, jam 8.00am driver dah dtg. Lama gak menunggu kat KLIA, nasib baik flight tak delay, klu tak lagi lama menunggu. Selalu kalau naik MAS dlm negeri mereka guna B737, kecik je planenya. Kalau perjlnanan lama mesti rasa lemas dan sesak nafas, (teringat masa ke Perth, kaki jadi cram sbb duduk lama sgt, walau guna Airbus, jadi hubby dok kata mcm mana nak bawak prg Venice - sbb teringin nak prg sana, klu 5 jam pun dah cramp) tapi kali ni dia guna Airbus 330 (eh betul ke, tak ingat plak). Luas dan org pun tak ramai. Dulu2 klu naik MAS, dpt gak merasa kek sekeping ngan air, tapi sejak kebelakangan nie cuma dpt air je. Nak jimat kos lah tu.
Dlm masa 1 jam dah sampai. Ambil teksi ke City Bayview kat pekan Kuah. Teksinya nampak uzur, seuzur tuannya. Tapi tak kisahlah asalkan sampai. Sepanjang perjlnan langit nampak gelap je. Nampaknya jalan2 dari airport ke pekan sedang dibesarkan dr 2 lane jadi 4 lane, jadi perjalanan kurang lancar. Agaknya dlm masa setahun lagi sume siap kot.
Sampai kat situ, pihak penganjur dah ada, walau tulis kat dlm program pukul 2 baru blh register, tapi diorang dah terima kami. ramai gak yg attend. Malangnya bilik kami tak siap lagi, memandangkan perut kami bukan setakat main lagu keroncong, bahkan dah jadi rap, so kami maklum pd organizer yg kami nak makan dulu. Ialah dari pukul 7 am tak makan2.
Nasib baik hotel tu dkt ngan tempat makan, so kami pun singgah lah kat satu gerai yg nampak lauknya sungguh mengancam. So ambillah 3 jenis sayur dan udang yg comel lote tu seekor bersama segelas teh ais. RM12.50 kata kakak tu.......Hah..............murahnya....aduh, makan mcm tu pun mahal sesangat. Then terpandanglah price listnya, patutlah mahal, setiap jenis sayur RM1.50 tak kira quantity, dan udang pulak RM6.........mak datuk kat PK pun tak mahal mcm nie. RM12 tu mcm2 lauk blh letak. Nasib baik blh claim...erm...
Dah makan tu teruja pulak nak jenguk kedai2 kat tepi tu, ialah tgk apa2 yg patut dibeli sebagai kudapan. Wah, murahnya coklat, apa lagi belilah se bar besar utk makan dlm bilik (yg akhirnya dibawa balik ke rumah sbb tak habis). Dah rayau beberapa minit balik semula ke hotel. Alamak tak ready lagi. Tunggulah bbrp minit hingga pukul 2pm+.
Dapt kunci, eh bukan kunci tapi kad plastik, cepat2 naik sbb dah tak larat penat sgt. Tapi yg tak best kawan tu duduk kat tingkat lain, kita plak duduk kat tingkat lebih atas dr dia, so tak blhlah nak menjenguk-jenguk. Boleh tahan gak biliknya, luas dan selesa.
Ptg tu window shopping sekejap sementara tunggu dinner pukul 8pm. Sambil membelek nama2 peserta, terperasan nama yg mcm dikenali. hah.......ni mesti kena cari ni. Pukul 8 terus ke ballroom, register nama dan ambil no, kebetulan pulak ada lucky draw mlm tu.
Carilah meja yg tepi supaya senang keluar. Tak ramai org yg dtg masa tu mungkin awal kot, tapi jam dah pukul 8pm adalah dlm 30 org yg ada kat dlm bilik tu dr 100++(tgk dr no yg dapat). sedang duduk2 tu, dtglah org lain yg join duduk kat meja tu dan perasan muka dia mcm muka kawan yg lama tak jumpa, sejak 1983. Tanya2 dan mmg sah kawan semasa di kolej dulu....
Makan utk dinner tu okaylah (bagi org yg tak kuat makanlah) cuma tak okaynya tak dapat hadiah utk lucky draw. wah........tak bestnya, terutama bila tgk diaorang tu dpt beg free. Yg geram tu , ada bbrp meja boleh dikatakan hampir semua dpt hadiah (hadiah <> 30) tapi meja kami tak de satupun no yg menyinggah. pabila tinggal 5 hadiah lagi, kawan yg sorg tu cakap.ala, mmg meja ni tak bertuah, tak de sapa pun dapat. Tapi lagi seorg tu cakap, hei, b positive, kalau cakap tak dapat, kebetulan malaikat lalu dan dia aminkan, mesti tak dapat, tapi kalau cakap dapat dan dia aminkan mesti dapat. Dia kata dia positif dapt hadiah terbaik.
Tba2 bila mc tu sebut no utk hadiah kedua, no dia yg keluar. Terjerit satu meja tu, dan masing2 pun kata, hah, ini mesti malaikat aminkan tadi masa dia cakap dia akan dapat hadiah terbaik. ha..ha..
4 hari dan 3 malam di sana mmg mengasyikkan walaupun siangnya dipenuhi dgn pebentangan kertas kerja dan sebagainya sbb dipetang hari masih blh shopping. Kalau yg gilakan pinggan mangkuk mmg tak cukup bukan setakat tangan bahkan duit pun utk membeli sume yg ada. Itu sbblah banyak yg kita nampak beg boleh beranak, dtg ngan satu beg, bila balik dah jadi 2,3 malah ada yg 4 beg. Itulah penangan pulau bebas cukai tu.
Akak.ermm beli coklat jelah, ialah last minit baru dpt tahu kena prg so tak banyak yg boleh dibeli. Walau apapun agak menyeronokkan dan sempat menyinggah ke Jetty Point dan Langkawi fair.
Balik semula ke PK menaiki flight pukul 10am. Ah, akhirnya sampai juga ke rumah yg tercinta, home sweet home, walau tak secantik bilik hotel, tapi msh juga menjadi tempat yg paling disayangi.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home