ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Friday, August 18, 2006

Ayah



Bergegar-gegar beg bila telefon berbunyi. Teringat dulu2 berdering-dering bila telefon berbunyi tapi zaman yg serba canggih nie dah bermacam-macam bunyi yg ada.

Cepat2 mengambilnya dan melihat sapa yg memanggi. Eh Yati! (Adik bongsu yg duduk di kg) Ngapa pagi2 buta (<>6.35am) dah telefon. Mesti ada perkara nie. Ialah kalau pagi2 terima telefon dr kg mesti ada berita yg kurang enak didengar.

"Mak ada telefon tak?"
"Tak de ngapa?"
"Ayah masuk hospital!"(Ayah yg telah pun mencapai umurnya 73 tahun)
Berderau jantung akak.
"Sakit apa?"
"Sakit perut, teruk jugak. Baliklah"
"Okaylah nanti Along balik"

Masa tu dah kat dlm komuter, ermmm, nampaknya terus ke ofislah dulu ambil EL baru balik ke rumah. Kebetulan bos pula nak ke TH pagi tu, so janji ngan dia nak tumpang nak balik semula ke rumah.

Ingat bolehlah balik awal, tapi bos pulak dok huha sana sini siap ambik breakfast lagi, pukul 9 baru bertolak dr ofis. Akhirnya pukul 10.10 baru bertolak ke rumah.

Sampai stesen komuter terus ajak huby balik kg. Cuba contact adik nak tahu ayah kat wad mana tak dpt. Akhirnya telefon kg rupanya ayah dah ada kat rumah. Alamak dan terambil jalan yg salah sbb ingat ayah ada kat hospital di Bangi jadi jalan jauhlah utk balik ke kg.

Huby cadang nak guna jln ke Seri Kembangan saja utk ke Cheras. Dah 2 tahun tak lalu kat situ. Hampir2 sesat tak jumpa jln ke Mines utk ke Balakong. Wah, byknya perubahan, dah ada flyover kat situ dan jln pun bersimpang siur. Sepanjang jln ke Balakong, terdapat byk kedai dan apartment. Teringat 20-25 tahun yg lalu, kawasan tu merupakan kawasan 'jin bertendang'. hanya jin saja yg nak duduk kat situ. Sekarang ni jin2 pun dah lari takut tgk pembangunan yg pesat kat situ.

Sampai kat rumah <> jam 12. Alhamdulillah, nampak ayah dah ok, walau pun berselimut sbb mak kata dia rasa sejuk sgt. Mak kata Dr nak masukkan air, tapi ayah tak nak dan ajak balik rumah. Aduh, org tua, susah nak jaga. Terpaksalah mak bawa balik dan setiap masa paksa dia minum air.

Bila kami dtg nampak ayah macam segar dan sempat berborak sama walaupun pada mulanya nampak layu je.

Semuga ayah cepat sembuh dan dapat menjalankan aktiviti seperti biasa. Amin



1 Comments:

At 9:40 PM , Blogger InaOK said...

Assalamualaikum Ieda,
Tempat Jin bertendang ???
HeHe ... dulu jin yang tak terlihat dgn mata , sekarang 'jin ' yang terang kelihatan.
Anyway, semoga yr father cepat sembuh. Amin
Org tua memang susah nak berpantang. My father ubat pun susah nak makan ... Hemm, tak leh salahkan I la kalau I pun tak suka makan ubat kan, kan, kan :-)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home