Kenangan Mengusik Jiwa


Duduk sorang2 kat pejabat pagi2 buta ni mengingatkan akak kisah yg telah lama berlalu. Kenangan2 indah semasa dizaman remaja dulu, zaman dimana banyak perkara yg kita sedang belajar. Belajar mengenal hidup ini, belajar mengenal hati budi orang, mengenal erti pengorbanan dan bermacam2 macam2 lagi.
Antara banyak2 kejadian yg berlaku kenangan akak melawat Singapura adalah kenangan yang paling susah untuk dilupakan. Masa tu akhir tahun 1983, akak dan 2 org sepupu telah merancang utk makan angin ke sana.
Itulah kali pertama kami ke sana, mmg teruja sgt. kami hanya menggunakan pasport terhad je sbb murah. So tiba hari yg dinanti2kan kami beriga menaiki keretapi siang ke sana. Kami sampai hampir waktu malam dan bekas jiran akak yg berpindah ke JB telah menunggu kami. Malam tu jugak kami (akak ngan sepupu perempuan, yg lelaki menumpang di rumah salah seorg sedara kami yg akak kurang kenal) terus dibawa ke S'pura.
Wahh..........cantiknya dgn lampu2 berkelipan, kebetulan pulak krismas hampir tiba, so semua shopping kompleks dan hotel2 dihias indah ngan berbagai2 perhiasan. Kami balik ke rumah hampir pukul 12 tgh malam.
Keesokan harinya bermulalah perjalanan kami ke S'pura tanpa ditemani oleh sesapa. So berjanji ngan kasen lelaki kat bas station utk sama2 ke sana. Sebelum tu akak telah pun menalipon seorg sahabat tentang kedatangan akak ke sana, so diapun bagilah map mcm mana nak pergi ke rumahnya yg terletak di Ang Mo Kio. Kami naik bas je, nasib baik tak sesat
Dah duduk2 kat rumahnya sekejap, kamipun keluarlah utk ronda2 Singapura.........Singapore...here I come......Waaa...........berdebar2nya dalam hati sbb.....actually itulah pertama akak akan berjumpa ngan mamat yg selama ini dok jumpa dalam surat je.....
Hah.............tempat pertemuannya...di Zoo Singapura....ha..ha... wei tak de tempat lain ke nak dating pertama kali. Masa tu akak bersama ngan sepupu dan kawan akak tu tunggulah kat depan pintu masuk tu. Since dia kata nak belanja, jadi kami tunggu dia datang...
Aduh...........dari jauh dah nampak dia dan dua org kawannya (boleh kenal sbb dah pernah tgk gambar).........alamak macam mana nie..........gabra semacam rasanya, dah sampai tahap maximum, kalau boleh nak menyorok kat belakang gajah... Dah lah tu kawan ngan sepupu akak dok main cuit2 piggang mengusik akak...........wah...blushing gitu....
"Assalammualaikum, maaf lambat, hujan" Kebetulan waktu tu mmg hujan renyai2 sejak pagi lagi.
Dgn selambanya dan kontrol macho, walau jantung tu bergegar bak gunung merapi cuma tak meletup je lagi, akak jawab salamnya.........
"Tak pe.........kami yg cepat" (dlm hati apalah mamat nie date pertama dah lambat
Maka berjalanlah kami sambil berpayungan berduaan di dalam hujan renyai2 tu.........eh........tank sangka pulak sepupu dan kawan2 ku dan dia sporting habis.....ermmmmmm walaupun begitu pesan ustad tak pernah akak lupa.....lelaki dan perempuan yg bukan mahram tak boleh bersentuhan...lebih baik bersentuh ngan kulit babi dari bersentuhan ngan bukan mahram...
Jadi sedaya upaya akak mengelak dari terkena tangannya , tak mahu wei.kena samak tgn nanti..hah..hah..hah....
Dah penat merayau dok tgk gajah, beruang, singa, monyet, beruk, babun dan sebagainya kamipun keluarlah dari zoo tu, dan dia bercadang nak bawa kami ke Muzium pulak. Kebetulan kawan dia dan kawan akak tak boleh ikut, jadi kami pergi berempat saja, naik teksi.
Muzium tu kira bekas rumah/istana bekas kerabat di raja Johor kalau tak silap. Kebanyakkan barang yg ada kat situ adalah peninggalah keluarga tersebut dan juga terdapat beberapa barang lama lain yg dipamirkan.
Satu yg tak boelh dilupakan bila kat luar muzium tu, dia nak tulis nama akak dan dia kat batang pokok...eh....ingat ni cite sudirman ke tulis nama atas batu....."Ngapa nak tulis: sambil kontrol ayu bertanya kat dia.............
"Bukan apa," kata dia."nanti kalau dah tua2 bolehlah tunjuk kat cucu".............hah.........biar betul mamat nie. Gue takde apa2 ngan dia, dia plak lebih2. Nasib baik tak jadi tulis, eh pokok tu ada lagi ke???? Teringin nak tgk, silap2 muzium tu pun dah tak wujud lagi.
Habis ronda2 muzium tu, dia bawak pulak jalan2 kat Raffles ke Raflesia ke Jln Rafles ke.........ntah tak ingat.....tapi lebih kurang gitulah namanya dan jugak pergi makan kat food court dekat2 situ kalau tak silap.
Dah petang baru balik semula ke JB...........Hari yg memenatkan tapi menyeronokkan.
Esoknya dia bawa kami ke S’pore World Trade Centre melawat Science Centre sebelum membawa kami menaiki cable car untuk ke Pulau Sentosa. Alahai……….ngapalah sepupu2 ku tu duk jauh2……….seganlah wei nak jalan berdua je ngan dia. Dahlah semalam berdua, tak kan hari ni nak berdua lagi…..Dahlah kita nie tak pandai nak bercerita, asyik angguk, geleng, senyum, ketawa, mencelah sepatah dua, tu pun kalau dia tanya. Mestilah dia boring gila ngan akak nie………tapi akak tak kisah yg penting akak dapat melawat semua tempat menarik kat Singapura.
Kat SC tu mcm2lah yg kami tgk sebelum menaiki cable car ke PS. Kat sana pulak dia bawak kami menaiki tram mengelilingi PS tu……….seronoknya, melihat keindahan PS, tak perlu nak penat2 jln kaki. Agak lama jugak kami kat sana sebelum kami balik semula ke JB dan terus ke KL keesokan harinya.……..aduh……….seronoknya, kalaulah dapat tiap2 hari mcm nie berjalan je, tak perlu nak buat benda lain.
Kali kedua akak ke S’pura dalam tahun 1985. Pemergian kali ni banyak meninggalkan kenangan yg bukanlah pahit tapi kelatlah jugak. Pertama, kena marah pergi kesana sbb akak pergi dgn seorg kawan yg baru saja kahwin. Kebetulan suaminya itu navy based kat woodlands dan akak pun pergi sbb dia yg ajak. Lagipun bukan pergi seorg je tapi ngan adik dia. Tu pun kena marah sbb diorang kata akak kacau daun…ialah kawan akak tu baru je sebulan kahwin…masih dlm honeymoon lagi………he..he….yg ni ada kisah.tapi tak leh cite….
Kali ni pergi pun naik ketapi dan suaminya yg tunggu kat JB sebelum kami dibawa ke Woodlands. Kami di sana tak lama cuma 2 hari saja, bertolak dari KL hr Jumaat mlm dan bertolak balik hr Ahad.
Hari Sabtu tu, mamat tu jemput akak dan adik kawan akak utk dibawa ronda2 S’pore lagi sekali . Kali ni dia dah ada kete so, dia bawa jln mengelilingi kota Singa tu. Masa tu masih terdapat kawasan2 kg di kota singa tu, tapi rasanya sekarang ni kawasan2 tersebut dah tak wujud lagi,.
Selepas dia bawa akak ronda2 dia ajak akak berkunjung ke rumahnya dulu di Bedok seblm hantar akak balik sbb dia kata nak ambik mak dia. Lepas tu dia nak hantar mak dia ke rumah orang. Mak dia nie tukang urut orang lepas bersalin. Tgk maknya mmg mengingatkan akak kepada mak si sabariah cite P. Ramlee tu……..maknya ni agak tinggi gak, tapi yg herannya ngapalah anaknya tu kemetot, agaknya aruah bapak mamat ni mmg pendek. Tapi kalau org tgk nampak mcm kami ni berdiri sama tinggi duduk sama rendah……….ermmm………tak best betul…..
Yg lawaknya, bila dia sungguh2 suruh akak duduk depan ngan dia sebab maknya tak boleh duduk depan, nanti mabuk. Tapi bila masa naik kete tu…….huh…maknya terus duduk kat depan…….akak ngan adik kawan akak saling memandang ngan muka blur…. Dan mamat tu pulak tersenyum serba salah……….
Masa kat rumah dia tulah akak beritahu dia yg akak akn bertunang minggu hadapan (mmg betul, itu jugak antara sebab kena marah sbb dah dekat nak bertunang pun masih gatal berjln jauh)……..Mula2 nampak mamat tu mcm blurr je, tapi lepas tu dia terkedu dan terus jadi bisu……
Hantar akak balik ke Woodlands dan tak dgr berita sampai sekarang…
Lawatan yg seterusnya ke S’pura setelah 3 tahun berkahwin. Kali ni pergi ngan hubby, 2 org anak yg msh kecil dan juga mak dan adik akak. Kali nie tak byk berjalan sbb kebetulan saja kami ke situ, dah sampai ke JB, passport pulak ada itu yg menyinggah tu. Kami cuma ke PS bawak mak naik kereta cable.
Kali terakhir akak ke sana thn 2004, 10 hari yg agak membosankan. Ialah kali ni pergi ngan ofis mate yg sumenya lelaki dan bila lama2 mcm nie tak de plan yg menarik mmg rasa nak balik cepat je. Walau sibuk ngan acara sukan, tapi ia cuma disebelah siang je, malam dah tak de aktiviti lagi.
Dlm masa sepuluh hr tu ada lah jugak berjumpa ngan kawan baru dan berjln2 ke Mustapha Centre (huh………blh dikatakan 6 dr 9 mlm muka asyik kat situ je) Kebetulan pulak kawan tu bawak akak pergi ke Zoo, walaupun nite Zoo tapi kenangan masa silam menjelma semula.
Aduh………berdebar semula jantung ni bila menjejakkan kaki ke situ. Walau di malam hari dan tgk tempatnya berbeza sekali dari apa yg akak pernah ingat tapi kenangan tu masih ada………Apakah gajah, singa, monyet tu masih gajah, singa dan monyet yg sama yg akak tgk lebih 20 thn yg lalu ataupun mereka tu adalah waris2 kpd yg dulu……….Sesekali terbayang2 jugak nostalgia zaman silam tu sambil diselang seli ngan penerangan yg diberi oleh guide tu………
Balik dr Zoo tu, dlm kereta menuju ke ………mana eh..tempat makan roti canai tu……eh org S‘pura panggil roti pratakan. terpanggil semula kenangan zaman silam……….kenangan mengusik jiwa. Beberapa hari disana terutama ketika akak berjalan sorang diri kat Orchard Road tu (kebetulan pihak hotel menyediakan shuttle bas dr hotel ke OR setiap hari) selalu akak terbayang mcm manalah rasanya bila tiba2 akak terserempak ngan mamat tu. So bila berjln tu akak dok pandang gak muka2 yg lalu lalang terutama bila akak duduk sorang2 minum kat café, setiap pejalan kaki yg lalu akak akan pandang mukanya betul2. Manalah tahu kan……..
Tapi terfikir jugak, kalau betul2 ternampak apakah akak akan menegurnya, atau ………sehinggalah hari terakhir akak di sana bayangnya pun akak tak nampak. (Macamlah kat S’pore tu orgnya cuma 2, 3 kerat boleh senang jumpa.) Tapi..akak jumpalah bbrp selebriti kat OR tu, ishhh…..mata nie asyik dok tgk org je. Kebetulan masa tu sale kat s’pore itu yg ramai org KL turun ke sana.
Tapi yang paling terkilan akak tak dapat pergi ke PS. Org kata banyak perubahan dan paling menarik kalau pergi waktu malam. Dok ajak kawan2 yg ada tapi sorang tak nak pergi....sedihnya........
Yg paling akak tak lupa ialah shopping pukul 1.30 pagi kat Mustapha tu. Seumur hidup akak itulah pertama kali akak dok ronda2 di tgh malam buta………..tapi interesting gak jln mlm2 mcm tu, tak byk kereta dan udara pun sejuk je.
Tak tahulah bila nak ke sana lagi. Walau apapun ia adalah salah satu tempat yg betul2 memberi kenangan pada akak…..kenangan pahit manis yg tak mungkin dilupakan sepanjang hayat.

5 Comments:
HeHe..nostalgia ha ??
I punya nostalgia ngan ex ..kat tangga kampus. Pas tu Maamor Jantan (yg sekarang jadi Presiden Pengguna Islam) datang 'sound'
HeHeHe
Itupun kita dok jauh-jauh Wei ... dia hjg sana, kita hjg sini
Tapi kisah kita mmg macam kisah "Cinta Tiga Musim" .. hehehe
tak nak kongsi ke?
I kat kolej budak baik tau........sbb ikut cakap mak. Hah..kat sana tu jgn nak bercinta, belajar dulu dah kerja barulah boleh cintan cintun....
Tu yg kerja je terus kahwin..oppsss.....
saya selalu jugak pergi KL. kira dlam setahun, at least 2 kali mesti turun KL. esp kalau Dayang atau Sheila ade show kat Planet Hollywood and bikin baju raya kat Den Wahab.
Shopping kat KL nie best. esp skrg ada Mega Sale!!
Saya baru balik semalam....
Mmg shopping kat KL best giler.......terutama kalau ada byk duit.....(seronok org s'pore shopping kat kl, kalau beli baju RM100 tak sampai $50 kan..kan..kan...)
Ada org kata barang kat KL dah ketinggalan zaman. Dah lama kat S'pore baru sampai KL. Mmg betul kan!
Org kata lagi klu nak shopping baju raya, elok shopping sekarang, klu tunggu sampai bulan puasa harga akan naik melambung dan nak tawar pun tak dilayan.
What a great site Voice over ip configuration Antidepressant cipramil
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home