ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Wednesday, July 26, 2006

Udara berjerebu kesihatan jadi tak menentu

Sejak beberapa hari ni, jerebu melanda kawasan tempat tinggal akak........agak teruk juga terutama hari Isnin yang lepas. Dan untuk beberapa hari ini juga kesihatan akak jadi tak menentu. Sekejep diserang selsema, berganti dgn batuk, sakit tekat dan seram-seram sejuk.........Aduh.....

Tapi masih bersyukur sekurang-kurangnya ALLAH hanya memberi sakit yang tak seberapa dibandingkan dgn orang lain yang lebih teruk penyakitnya.

Semalam mendapat berita ttg kematian mengejut Hani Mohsin dan sehari sebelum tu kematian adik Sultan Pahang kerana dibunuh.....

Ah...mengingatkan tentang mati ni, tak tahu macam mana kita akan mati nanti....Ada orang tak sakit, terus mati dalam tenang, ada pulak yg mati dibunuh, tak ketinggalan yg mati kemalangan.

Teringat pulak mail yg akak terima semlm ttg seorg hamba ALLAH yang mati dihempap kontena........Nauzubillah....cuma akak heran, mcm manalah dia blh duduk kat atas kontena tu dan another kontena hempap dia.........putus kepalanya..

Pagi td bila nak gi kerja, akak kejutkan anak sampai bgn, selalunya suruh ayahnya kejut utk solat subuh, tapi bila teringat kematian yg tak disangka ni, akak kejutkan jugak dia sampai terjaga dan akak cium dia..........mana tahu itu kali terakhir kami berjumpa......

Akak juga teringatkan anak2 akak yg duduk berjauhan.........ah bayangkan kalau apa2 terjadi pada kami.........

Akak selalu berdoa pada ALLAh supaya dipermudahkan kematian akak, tak mahulah sakit atau sebagainya dan sekiranya boleh biarlah dpt berjumpa ngan anak2. Dan kat dlm buku nota........sekarang dah tak simpan diari, akak tulis apa2 yg patut mereka buat bila tiba masa tu. Hutang2 yg perlu dibayar(itu yg utama), rakan2 yg perlu dimaklumkan, harta2 yg tak seberapa bagi memudahkan pembahagian harta pusaka, dsbnya.

Akak juga cakap ngan suami, kalau akak mati kebumikan di tempat akak meninggal tak payah bawak balik kg. Kalau bawak balik pun bukan ada org ziarah.....sedangkan suami pulak, 'insist' supaya dia pulak dikebumikan di kgnya.......akak selalu joke ngan dia yg akak tak akan menyusahkan diri akak utk bawa dia balik kg, lagi pun dia dah mati bukan dia tahu....wah kasarnya joke akak. dan dia jawab balik..........ok...nanti malam2 kita dtg cari awak...ha..ha...

Oh yea..........hari ni 1 Rejab 1427, so sama2lah kita berdoa

"Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan lah kami ke bulan Ramadhan.....Amin...."

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home