ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, July 04, 2006

Kak Ngah

Mlm td Kak Ngah buat miss call. Hish....budak ni apa yg dia nak. Biasalah anak akak ni, dia akan buat miss call kalau nak cakap ngan akak.
So mak dia ni walau tgh makan, berhenti sekejap, terus talipon

Ma.........hr Ahad ni Kak Ngah nak gi Gunung Ledang.
Hah........Gunung Ledang! Terkejut sekejap. Ialah mcm2 cerita yg pernah didengari tentang Gunung Ledang ni. Pernah pak cik akak ke GL dan bila balik terus jatuh sakit. Tak sampai beberapa bulan meninggal.

Eh.....apa ni mengarut, Insyaallah tak de apa2. Berkata dlm hati.

Balik bila dan apa tujuan?
Pergi pagi balik petang Ma........kak ngah masuk persatuan ..... (ntah tak ingat persatuan apa plak)...ada 'ice breaking'...
ok lah..........kata akak walau rasa mcm tak puas hati. Jaga diri baik2.

Inilah anak kedua akak, sekarang sedang belajar kat kolej, suka perkara2 yg adventure, jauh berbeza dari akak. Baru 3 minggu duduk berjauhan dan dia rasa seronok, apa tah lagi dapat housemate yang baik2

Teringat masa dia dlm tingkatan 1, duduk asrama, tiap2 minggu berjenguk dan tiap2 kali juga menangis dan merayu tak mahu duduk hostel. Akhirnya mengalah dan tukar sekolah kat rumah.

Nampak dia seronok ke sekolah dan pelajaran bertambah maju.

Semuga Kak Ngah akan terus maju di dunia dan tidak lupakan akhirat.

Seronok bila dengar dia cakap setiap pagi kalau kelas lambat dia akan baca quran dulu. Akak sendiri pun tak terbuat.

2 Comments:

At 10:52 PM , Blogger InaOK said...

Welcome to the bloggers world !!!
Tulis .. jangan tak tulis ....

Shades of pink .. sesuai dgn you :)

I link ye ... senang nak hopping -hopping nanti ;)

 
At 7:55 AM , Blogger ieda said...

ha..ha.... mmg nak tulis pun.....

Jgn malas nak baca sudah...

Linklah..........tak kisah. Sapa2 nak link pun tak pe....

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home