ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Friday, July 07, 2006

Its Friday

Alhamdulillah Jumaat menjelang lagi........Hari yang penuh dgn berkat dan hari Jumaat juga hari terakhir bekerja dalam minggu nie......

Wah.....bestnya....esok cuti. Tak sabar rasanya akak nak cuti, ialah dah lima hr bertungkus lumus bekerja akhirnya dapat juga bercuti.

Eh tapi betul ke cuti........yg sebenarnya bagi prpm2 yg bekerja ni waktu cuti tulah waktu bekerja yg langsung tak de rehat. At least kat pejabat ada gak lunch break or tea break tapi kat rumah.........ermmmm..........

waaa.........dlm otak nie dah tersenarai mcm2 tugas menanti, 1st thing kena buat, basuh baju, then pergi pasar, then siang ikan, ayam or wat ever, lepas tu jemur baju, then masak, then makan..........eh..bukan akak yg makan tapi bagi org makan sbb dah tak de selera nak makan........penat ooo....

Lepas tu kemas dapur, basuh pinggan mangkuk,periuk belanga, sapu dr depan ke belakang and tak lupa mop lantai. By tt time dah pukul 1.30. Alamak dah masuk zuhur, so gi solat zuhur, then angkat baju, lipat baju, then rehat sekejap.......dan jgn dikacau hingga pukul 5 sbb pukul 4 tu ada cite fav kat 8TV.

After 5 solat, masak utk malam dan continue apa yg dibuat pagi tu..........Jam 9 siap semua dan mata pun mula kuyu.........Eh...cannot sleeplah, blm solat, so gi solat, segar sikit mata ingat nak tgk majalah 3 and drama.........tapi tak tahu bila pula mata ni terus pejam. Sedar2 hubby kata....oii....kalau nak tidur tu masuk biliklah....dan dgn mata yg kuyu akak pun masuk bilik dan tak sedarkan diri hingga ke pagi.

Esok paginya.............aduh ada lagi kerja yg menanti, mana nak gosok baju (which take nearly 2 hrs) memasak dan sebagainya.........

Hei...........mana pergi cuti ku..........tak adil sungguh...........org lain bercuti duduk rehat, akak cuti dok buat keje.....

Monday dtg keje dgn hati yg kuyu sbb penat berkerja di hujung minggu tak habis lagi.............aduh..........bilalah betul2 dpt bercuti....

p/s itu sbb bila sesekali dpt pergi berkursus yg jauh2 tu, akak ambil kesempatan berehat dan berjalan sepuas2nya.........cuma takut ada kawan2 yg tak terlayan kerenah ku nie ..."wink"

2 Comments:

At 8:35 PM , Blogger InaOK said...

Nanti try minta kursus kat Kuantan pulak ha ??
Boleh santai kat Cherating ke, Sg Karang ke, Batu Hitam ke, Teluk Chempedak ke ....
Tapi Teluk Chempedak tak best , kalau nak dating boleh la ....
Pas tu kita pekena ikan bakar kat Tjg Lumpur ... atau rilek-rilek dgn ABC Special sambil makan keropok lekor ....
Kalau musim durian boleh buat "picnic durian" kat Beserah ....
Pekan ?? Pekan .. tgk Sejarah boleh le ... Muzium Pekan & Rumah Tun Razak.
Or nak beli kain tenun kat Pusat Tenun Pekan .. mahal :- RM450 sepasang (perempuan) & >RM150 utk kain samping
Apalagi yg ada kat Pekan ??? Nara !!

 
At 6:45 AM , Anonymous Anonymous said...

Very pretty site! Keep working. thnx!
»

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home