Kemalangan
Orang kata malang tak berbau. Mungkin sebentar tadi kita bergurau mesra tiba2 dpt berita bencana menimpa.
Begitulah yg berlaku semlm. Sedang leka buat kerja tiba2 terima call dr adik bongsu
"Ada sesapa call Along tak?"
"tak de pun , ngapa?" dlm hati mula rasa tak selesa
"Aziz accident!" Aziz merupakan anak sedara kami.
"Hah............kat mana"
"bla...bla..bla..."sambil teresak nangis.
"ok..nanti along prg hospital"
Dan akak terus menghubungi hubby supaya kami sama2 dapat melawat dia.
Aziz.......anak ke dua kepada adik akak yang ke tiga. Sebaya ngan anak akak yg sulung dan baru saja tamat matrix kat UM. Bercita2 nak lanjutkan pelajaran kat UM dlm bidang medic tapi keputusan kurang memuaskan. Seorg anak yg baik dan ringan tulang.
Pagi tu, adik akak (Eli mak kpd Aziz) cakap, Aziz trm sms dr Dekan nak berjumpa ngan dia. Seblm tu dia tertinggal hp dan sibuk menonton Jerman lwn Itali hingga ke pagi. jadi dia tak dpt msg hingga keesokkan harinya.
Bila trm sms tu terus dia nak ke KL dgn motor-motor kapchai kata hubby. (Dia berada di Melaka masa tu). Maknya suruh dia tidur dulu baru bertolak, tapi dia kata tak ngantuk. Mungkin excited nak jumpa dekan sbb dia ada buat rayuan utk samb belajar kat UM.
Dlm perjalanan bila tiba kat Pedas/Linggi (lebih kurang pukul 8 am) tiba2 dia rasa mengantuk sangat dan apabila tersedar dia nampak motornya berada jauh dr dia dan dia sedang terbaring kat atas jalan. Masa tu dia perasan ada bbrp org askar sedang berada katnya seblm dia tak sedarkan diri semula.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital S'ban dan ditempatkan kat ICU. Memandangkan keadaan stabil dia dipindahkan ke wad biasa.
Masa akak sampai, dia sedar tapi memerlukan bantuan oksigen utk bernafas. Keluarga dia dan mak, ayah serta dua org adik akak dah pun berada di situ. Situasi kurang memimbangkan tapi yang pasti telinga kanannya terkoyak dan hampir putus dan tangan kirinya patah.
Adik akak cakap hampir pukul 11 baru Dr attend kat dia dan balut tangan serta telinganya.........Aduh sedihnya tgk dia.......helpless betul..........tak tertahan air mata ni dr jatuh ke pipi. Hubby yg susah nak nangis pun boleh nangis.
Sedih melihatkan anak sedara yg dianggap seperti anak sendiri dlm keadaan begitu. Pukul 2 akak balik semula ke rumah.
Dlm pukul 6.30 pm trm call dr adik bongsu, maklumkan bahawa Aziz terpaksa dibedah sbb ada pendarahan dalaman kerana limpanya pecah.........aduh.....siannya.
Pagi td terima sms semua okay....hingga skrg ni no news......tapi org kata klu no news tu mean good news..........wallahualam.
Kami adik beradik walau jarang berjumpa atau menalipon tapi tetap rapat. Sesekali berjumpa tu berpelokan tanpa segan silu kat orang ramai. Mmg kami jarang menalipon antara satu sama lain (terutama akaklah..........hish....malasnya nak hantar tipon or htr sms) tapi tak semestinya tdk berhubungan tiada ikatan yg terjalin. Dlm hati tetap ada perasaan kasih sayang.
Begitu juga anak2, sepupu seperti adik beradik, boleh bergurau, bergaduh dan berbaik semula. Begitulah diharapkan sampai bila2 walau tak berhubungan tapi perasaan yg terjalin tu diharap akan kukuh hingga akhir hayat dan akan disambung dgn generasi yg akan dtg.........Yg penting ingatan yg tak pernah padam dlm sanubari.........

3 Comments:
Teringat masa adik ipar accident. In fact masa baca yr mail, terbayang muka Arwah ... masa dia meninggal, umur dia 27 thn, still a bachelor.
the only one who noticed the tension between "us" ....
the only who caught me crying ...
Semoga ALLAH tempatkan dia di kalangan org yg baik-baik.
Sejak akhir-akhir ni mmg selalu terbayang org-org yg dah pergi , I guess sbb tu I jadik semonel & jadik particular bab hubung berhubung ni .....
What if ... dah lama menyepi, tiba-tiba bila kita b'tanya khabar ... kawan kita dah tiada lagi ... :(
Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»
Especially I like the first site. But other links are informative too, if you are interested check all those links.http://indexmachine.info/3361.html and http://neveo.info/56.html
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home