ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Sunday, July 09, 2006

Cinta.........

Cinta.........

Semua orang pernah bercinta.......eh..eh...tak...ada jugak orang yg tak pernah bercinta......Sian betul org yg mcm nie...........seronok tau bercinta...........setiap hari terkenang2. ,siang terbayang2, malam termimpi2.........

Ada berbagai-bagai jenis cinta.........cinta pandang pertama,cinta selepas benci,cinta sms,cinta alam cyber,cinta selepas kawin.......dan berbagai-bagai lagi jenis cinta.......

Selalunya org akan jatuh cinta bila mata bertentang mata dan lidah pulak terus kelu untuk berkata. Ada juga cinta menjelma apabila setiap masa bertentang mata atau setiap hari mendapat khabar berita ..ini cinta sms or alam cyber. Walau tak pernah bersua tapi kalau dah setiap hr ada je ting...ting..(ni bunyi smslah...............) atau buzz..buzz...ni plak chatting....hati mesti akan terusik juga...

Tapi ada satu cinta nie, walau tak pernah bersua, tak pernah kenal rupa tapi perasaan cinta itu tetap ada, iaitu cinta pada Allah dan RasulNya......Cinta inilah cinta yg paling Agung diantara semua cinta........

Cinta tak kenal batas usia, ada yg bercinta sejak remaja, ada jugak yg bercinta bila dah tua bangka. Ada yg bercinta sesama solo, ada jugak yg jatuh cinta pada yg dah berpunya.......yg paling parah bila bercinta itu sudah saling punya mempunyai.......

Org selalu kata.......jatuh cinta......kalau dah macam tu mesti ada yg terluka, sama ada tercalar sedikit, tercedera dan tak mustahil ada yg parah patah riuk jadinya..........Namanya pun jatuhkan........

Kalau dah jatuh , mesti ada risikonya..........samada terluka, diluka atau meluka........ada kalanya pasangan bercinta nie dapat menerima dgn hati yg sabar apabila dah terluka, just brush off luka2 tu, letak sikit minyak gamat dah sembuh. Ada jugak yg meninggalkan parut dan ada jugak yg tidak..........Ini sume bergantung pada sensitiviti seseorang..........Yg penting masing2 perlu tahu bagaimana nak menghadapinya.........Org kata kalau dah bermain api tu kenalah sanggup menanggung risiko melecur atau terbakar............

Teringat pada seorg mak sedara...........Putus cinta (putus tunang to be exact), langsung tak kahwin sampai meninggal........at d age of 60++. Bukan setakat tak kawin malahan dia jatuh sakit berbulan2 dan akhirnya lumpur dan terpaksa jalan beringsut hingga akhir hayat........ini mmg kes parah dan tak sepatutnya terjadi..............

Akak banyak belajar tentang cinta nie melalui novel.........Ada org kata novel cinta nie meloyakan terutama novel Melayu.........Akak dulu pun pernah beranggapan begitu.......tapi setelah membaca novel berunsur cinta dari perspektif yg lain bukan setakat berunsur nafsu baru akak tahu betapa agungnya cinta tu.........

Akak mula belajar appreciate pasangan akak. Sebelum ni akak take everything for granted tapi sekarang tidak lagi..........Dulu akak selalu mengharapkan pasangan yg memberikan segala2nya tapi kini akak rasakan bahawa pasangan akak juga memerlukan sesuatu dari akak.

Akak mula belajar membelai, melayani dan menghargai segalanya, dan akak dapat rasakan yg ada tindakan positif dr pasangan akak. Ialah selalunya akak mengharapkan dia yg akan memeluk akak, mencium akak dan sbgainya...... tapi kini akak belajar utk memulakan dulu............belajar utk emberi dan bukan setakat menerima............ialah lelakipun ada perasaankan jugak kan...........

Dan lelaki yg menjenguk usia ke 50an lagi memerlukan belaian yg lebih berbanding sesama mereka masih muda....masa nilah nampak kemanjaan yg berlebihan..............itu sebablah ramai lelaki tua yg mudah terpikat ngan budak2 yg muda remaja sbb budak2 ni akan menurut saja apa yg diminta.

Bagi kita yg dah senja nie terasa pulak mcm pasangan kita tu dah buang tebiat dan mengada2 tak tentu pasal.........tapi yg sebenarnya mmg peringkat usia yg mcm nie lelaki perlukan lebih perhatian dan belaian dr pasangannya.......Kalau tak, taklah Datuk K cari CT, Datuk MJ cari ZJ...Sultan B cari...A.........kan sume tu dah masuk kategori senja tapi masih mencari yg muda...........sebab masing2 nak kan perhatian yg lebih sedangkan pasangan masing2 dah tak larat nak menunaikannya...........ialah mana nak tgk anak, menantu, cucu.......lepas tu laki pulak nakkan belaian yg lebih2....hish..........tak kuasa.....

So kita yg dah senja jgnlah malu2 atau rasa menyampah nak layan pasangan kita......layanlah sepenuhnya sebelum Allah menjemput kita kembali ketempat asal kita.........Biarlah pasangan yg ditinggalkan mempunyai kenangan manis sepanjang hayatnya bersama kita dan sekiranya ada pengganti, kita masih lagi the best.................


Semuga dalam hatinya selalu berkata........"U'r still the best............."

7 Comments:

At 1:29 PM , Blogger InaOK said...

Ni ape ke hal semua org asyik cakap pasal CINTA je ni ...
Ayo ... ni mesti kena DEMAM ni ....
"Bulan ini ... bulan cinta ...
Cinta ini cinta kita ..."
Uhuk! Uhuk ! ... terbatuk lak ....

OK la nanti i tulis lirik lagu Dealova: Once, kat blog ..khusus utk org yg tgh sakan bercinta.
Yg ni for me ....kwang,kwang,kwang... **wink wink**
" Di lubuk
hatiku tersimpan
ada rasa bimbang
yg enggan ku ceritakan "

 
At 3:17 PM , Blogger dzan said...

cinta susah dimengerti
tapi buat apa
nak pecah otak, pecah kepala
biarlah pecah saja dijiwa

cukuplah dirasa
cukuplah dialami
cukuplah dibiar saja
supaya tak merana diri

aku..tak sanggup bercinta lagi
melainkan kepada anak-anak dan isteri

ok...ok...
mungkin juga pada ibu-bapa
dan kepada yang maha esa

/dzan
july 2006

 
At 4:01 PM , Blogger InaOK said...

Cinta pada Yang Maha Esa
itu cinta hakiki
cinta pada ibubapa
itu cinta tanggungjawab
cinta pada anak-anak dan isteri/suami
itu anugerah dari ilahi ...
dgn restuNYA,ia kekal ke akhir hayat

 
At 7:38 AM , Blogger ieda said...

selagi digelar manusia selagi tulah ada cinta........

Sekiranya cinta itu telar pudar, bajailah ia semula......pasti ia akan mekar semula.....

Cinta yg pudar kepada Allah dan rasulNya patutlah dibajai dgn banyak mengaji, mengikuti majlis2 ilmu dsbnya.

Cinta yg pudar pada pasangan patutlah dibajai dengan menyemai semula kisah2 indah diawal pertemuan,perkahwinan dsbnya........

Cinta yg pudar pada keluarga......... ni kena cari sendiri mcm mana nak mengatasinya.....

Akak dah pening kepala nak memikirkan cara2 mengatasi masalah cinta nie.......

Eh Alin........rajin gak U salin lirik lagu2 tu yea......
Lagu keliru tukan .....yg I dgr dok part....."Aku Cinta pd mu " je.he..he....yg lain2 tu dok dgr melodinya.......

 
At 10:00 AM , Blogger Unggas Rimba said...

Mungkin betul...baru saja lepas deman bola, nie deman cinta pulak eh...
Baru saja menilai antara cinta ilusi, fantasi dan realiti in my blog.
Haiz... memang tak habis kalau ckp ttg Cinta nie....selalu mengingtrigkan.

 
At 1:36 PM , Blogger ieda said...

welcome to my blog En Unggas Rimba...

Mmg demam bola dah tamat..lega rasanya....cuma demam cinta saja yg tak tamat2 selagi kita digelar manusia.....

Cuma nak tanya...'mengingtrigkan' tu apa maknanya........dah semak kamus dewan tak de plak maknanya....bahasa baru ek...he..he....

 
At 6:05 PM , Blogger Unggas Rimba said...

Mengingtrigkan tu datang dari kata dasar Intrig.

Intrig = mysterious, arouse curiousity and interest

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home