ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, August 08, 2006

08.08.06 Happy 50th Birthday


Selamat Hari Lahir utk suami tersayang.......
Hari ni genap usianya 50 tahun..........dah setengah abad usianya..........dah tua tu.....

Suami yg akak kenali hampir 20+thn. Suami yg mempunyai berbagai2 kerenah, ada yg baik dan sebaliknya. Walau apa pun ia jodoh akak maka akak terima dia seadanya sebagai mana dia menerima akak seadanya.

Mempunyai kerektor yg ada kalanya rasa ggrrr........ geram nya, tapi selalu juga dia buat akak ketawa dgn lawak2 bodohnya. Sering membuat keputusan tanpa berunding dgn akak dan membuatkan akak rasa..........tak tahu nak cakap apa.

Tidak pernah menalipon akak di pejabat melainkan untuk menyampaikan berita2 penting sahaja seperti...esok ambil cuti yea, nak sain borang beli rumah..hah.......beli rumahpun tak nak berunding...

Tak pernah nak ingat hari2 penting mcm anniversary ke, hari jadi akak ke, hari jadi anak ke, malahan hari jadi sendiri pun dia lupa.

Suka menukar2 kereta walaupun bagi akak itu memang kerja yg paling membazir. Sepanjang 20 thn perkahwinan dia telah memakai 1 charade, 2 kancil, 1 satria, 2 volvo, 1 bluebird, 1 van ford , 1 van toyota , 1 mpv peugeot dan 1 jeep cherookee.........semua belian tanpa perundingan dgn akak...(melainkan kancil tu...) tapi org kata biar tukar2 kerete jgn tukar2 pasangan....wallahu a'lam.

Suka menyakat anak2 yg akhirnya membuat anak2 menangis (masa kecik2 dulu) dan buat akak jadi tension......sekarang ni pun suka gak menyakat cuma anak tak nangis tapi gaduh dgn dia...

Tapi yg paling akak suka kat dia kerana dia tak pernah nak memukul akak, walau mcm mana marah pun dia pada akak...(cuma mental akak je yg dia sakiti........tapi tak pe sekurang2nya orang tak nampak).

Dia juga suka makan angin, so sepanjang perkahwinan dgnnya akak dah makan angin keseluruh M'sia termasuk Sabah dan Sarawak, samada bersama dia atau tidak. Walau dia tak pergi dia tak pernah halang akak pergi sebab dia pun dah berjalan kebanyak tempat ke luar negara bersendirian dan akak tak pernah halang dia.

Teringat akak semasa akak ditawarkan melawat jakarta semasa anak akak yg no 3 tu baru berusia setahun setengah. Relax je dia benarkan akak pergi dan sanggup menjaga 3 anak yg masih kecil sedangkan ada rakan2 pejabat yg tidak dibenarkan oleh suami masing2 kemana2 atas alasan menjaga anak.

Yg ini akak betul2 berterima kasih kat dia sbb susah nak cari suami yg sanggup jaga anak2 yg masih kecil bukan sorang dua, malahan ada kalanya sampai 4 sekali sbb akak terpaksa berkursus atau kemana2 keluar daerah selama beberapa hari.

Dia juga jenis yg tak suka keluar malam dgn kawan2nya atau berjln bersendirian ke shopping mall (mcm yg selalu akak tgk kat shopping kompleks ada lelaki yg suka jln2 ngan kawan2nya). Dan dia mmg tak suka shopping.waaaa......ini mmg sedih sbb akak suka shopping dan window shopping...........

Tapi bila umur meningkat, dia dah tak berapa suka berjalan2, kalau pergi mana2 pun dia akan duduk dlm bilik, kami semualah yg berjalan. Selalunya, ia berakhir dgn akak sekali tak kemana2 temankan dia kat dlm bilik....Kesian jugak tgk dia sorang2.

Mcm yg baru ni kami ke Penang dan Port Dickson. Dua2 tempat kami duduk kat dlm bilik , anak2 yg berjalan mengikut ahli keluarga yg lain. Nasib baik pergi ramai2 kalau pergi satu keluarga je mesti anak 2 bising.

walau apa pun dia suami yg terbaik buat akak (pernah dia kata eh...awak ada suami lain ke yg awak kata kita suami terbaik ni...ha..ha..)

Walau apa pun akak doakan dia panjang umur, dimurahkan rezki, diberkati ALLAH sepanjang hayatnya dan apa yg dicita2kan akan tercapai. Dia bercita2 nak duduk kampung dan jadi gembala kambing dlm masa terdekat nie.......oh..........tidakkkkk...

Buat suami tercinta..........walau apa pun yg kau lakukan aku tetap dibelakang menyokong mu.......... cuma ...balik kg tu.....ermmmm...... nantilah ku fikir2kan....