ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, August 08, 2006

Bingung jadinya


Sampai je kat pejabat pagi ni ternampak sehelai surat dia atas meja (kebetulan semalam bercuti) dan terus baca tajuk……..
Operasi Pengasingan/Pengagihan/Pelupusan Fail-fail Jabatan dot dot dot di kabin.

Semak pulak tarikhnya….31/8 (Khamis), 2/9 (sabtu),3/9(Ahad),9/9(Sabtu),10/6(Ahad),16/9(Sabtu),17/9(Ahad) dari jam 9.00 am hingga 5.00pm..

Wei……..apa nie…takkkan 3 minggu berturut2 kerja 7 hari seminggu dari jam 9.00 hingga 5 ptg. Ingat robot ke???? Tahulah kat kabin tu dah jadi macam tongkang eh bukan kapal kontena pecah, tapi takkan nak suruh kami keje tiap2 minggu.

Dahlah hari tu janji ngan anak bulan Sept nanti sebelum puasa nak bawak diaorang gi KL nak shopping dan masing2 pun dah excited. Ialah tahun lepas tak membelipun apa2 utk diorang sbb tak sempat dan bila prg last minute sume yg tinggal dah tak menarik lagi.


So ingat raya tahun ni nak belilah barang sehelai dua baju raya masing2. Dah jadi macam nie macam mana nak buat. Sian anak2 ku, mesti diorang kecewa sbb tak dpt beli baju raya…(walau dah besar mcm anak beruang tapi bila tang beli baju raya masih lagi excited mcm budak kecik je, walaupun tak bising kalau tak dapat)

Tgh fikir macam mana nak cakap kat diorang sume nie or else kena ambik cutilah waktu kerja nanti………….tapi diorang plak sekolah….ish…ish…pening gak…


Kalau dulu masa kecik2 belikan apa saja tak pernah complain, tapi sekarang ni, silap2 langsung tak dipakainya. Mcm tahun lepas, belikan anak dara tu kain, dia tak minat ngan coraknya, end up akak punya baju bertambah (maknya tak kisah, apa corak sekalipun akan pakai) dan dia tak de sehelai bajupun…Nak cari yg lain tak sempat….jadi pakailah baju tahun sebelumnya…

So hendak tak hendak kena pergi ngan diorang gak. Kalau yg lelaki tu akak tak kisah sgt, bagi je duit kat diorang, pandai2 sendirilah beli apa yg patut. Cuma yg x sedapnya bila terlebih bajet, minta tambah sebab baju melayu tak beli lagi…Selalunya akak akan suruh dia pakai baju tahun sebelumnya, kalau tak muat pandai2lah minta kat ayah dia.

Masih tgh fikir macam mana nak buat nie, nak gi awal, peruntukan masih belum dapat sebab belum diluluskan lagi he..he..he…………..Aduhhh……

2 Comments:

At 4:05 PM , Blogger InaOK said...

Bab shopping ... actually, selalunya i dah siapkan list, so w/p hubby pergi bersama , dia pergi cari tempat duduk sementara i beli baju anak-anak
And he is antara suami yg tak suka isterinya pergi mana-mana tanpa dia
so maknanya jgnlah nak berangan gi melancong sorang-sorg kecuali kalau dia boleh ikut sama.
And my kids dah semakin faham pasal shopping & bercuti dgn Abah ;)

 
At 4:56 PM , Anonymous Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read dental insurance Aetna insurance medicare part b zyrtec Acura legend model

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home