Langkawi
Tiba-tiba dimaklumkan kena pergi Langkawi Isnin ni. Laa........takkan Pn M tak jadi prg kot, kesian dia dah plan mcm2 utk ke sana tiba2 terpaksa batal sbb kena pergi negeri M pula utk mesyuarat lembaga pengarah.
Kali terakhir ke Langkawi tahun 2003 kalau tak silap. Pergi sempena hari keluarga yg diadakan kat sana. Yang seronoknya kami pergi beramai2 menaiki tren KTM, sewa khas 13 gerabak. Seronoknya. Semua acara dikendalikan oleh KTM. Bertolak malam Sabtu dan sampai pagi Isnin.
Walau sekejap saja tapi really enjoy it. Kebanyakan yg hadir semua rasa seronok sbb ramai yg tak pernah naik keretapi seumur hidup walau pun dah nak pencen.
Ini bukanlah kali pertama ke sana. Kalau tak silap tahun 1991 adalah pertama kali ke sana menghadiri kursus. Duduk di Burau Bay Resort. Tempatnya okay cuma jauh dari pekan. Suka tgk chaletnya sbb cantik dan berdekatan dgn laut. Masa tu taklah banyak sangat kedai kat Langkawi, lagipun Langkawi baru saja habis kena sumpahan Mahsuri. Eh betul ke? Wallahualam.
Kali kedua ke sana bersama keluarga ketika anak2 masih kecil lagi, kalau tak silap tahun 1995 dan menginap di Berjaya Resort. Jauh juga dari pekan, satu hal pulak terpaksa keluar setiap kali nak makan. Tempatnya juga berdekatan dgn laut tapi sekelilingnya seperti hutan. Bila malam tak berani nak keluar berjalan, walau bagaimanapun biliknyapun okay.
Kali ketiga juga bersama keluarga tahun 1997. Kami duduk di The Gates kat pekan Kuah. Dekat dgn pekan so asyik keluar shopping je. Tapi masa nilah pengalaman yg tak dapat dilupakan terjadi apabila mengalami keguguran kali kedua dan terakhir dan lepas tu tak boleh conceived lg.
Dua hari sebelum pergi ke Langkawi, ada bleeding sikit, masa tu tak sure lagi pregnant, jumpa Dr dan Dr sahkan pregnant 5 minggu. Dr nasihat supaya rehat tapi cakap kat Dr dah plan nak prg Langkawi naik flight. Dr kata okay tapi just take care.
So sampai kat Langkawi taklah lasak sgt. Tapi hr ke 3 tu, kami berjalan dari bilik ke dataran yg ada helang tu, lepas tu berjalan pulak ke mini Langkawi dkt situ seblm berjalan balik ke bilik. Penat jugak tapi jlln perlahan so rasanya okaylah.
Malam tu <> pukul 1 pagi terasa lain mcm. Masuk bilik air tgk bleeding yg agak banyak. Aduh, takutnya, kejut hubby. Then hubby call pihak resort nak cari kenderaan utk bawa ke klinik. Alamak dia org pulak tak de kete so dia carikan teksi. Malam2 buta tu kami berdua ke hospital Langkawi dan tinggalkan anak2 yg masih kecil kat resort tu. Yg tua masa tu baru 10 tahun dan yg kecik 3 thn.
Sampai kat hospital DR terus scan, (not bad hospital, semua perlatan lengkap, wadnya juga cantik. 4 org satu bilik siap ngan wardrobe(bkn locker kecik kat tepi katil) satu sorang dan ada meja makan utk 6 org diletakkan dlm bilik tu. Blm pernah jumpa hospital yg mcm ni kat M'sia) Dr kata masih okay siap printkan gambar hingga sekarang masih simpan, so kena stay kat wad. Cakap kat Dr kena balik tgh hari tu jugak sbb dah booked tiket. Dr nasihat suruh rehat 2,3 hari tapi takkan nak duduk Langkawi sorang2.
At last Dr kata okay tapi mesti jgn byk bergerak. Hubby balik bilik pack dan dtg balik ke hospital utk terus prg airport.. Ayo...first time naik kapalterbang dgn kain batik sarong ngan baju kurung utk tidur mlm sbb hubby terlupa nak keluarkan baju dan dah tak sempat nak cari baju2 tu. Malunya, naik kapal terbang pakai baju mcm kat rumah je, tapi nak buat mcm mana.
Pendekkan cerita, sampai rumah dan next daynya masuk hospital lagi sekali bila berlaku lagi sekali bleeding. Hubby kerja so terpaksa panggil teksi prg sorang2 dan tinggalkan anak2 yg kecil tu kat rumah bersendirian.
Sampai hospital Dr scan dan kata, sorry U kena buat D & C. ermmm nak buat mcm mana dah tak de rezki. So ends up anak cuma ada 4, kalau tak mesti dah 6.

1 Comments:
Salam Ieda,
The last time I gi Langkawi masa ziarah keluarga Abang Ipar di Canglun, Kedah and kami melencong ke Langkawi. Balik Canglun fr Langkawi, kena diarrhea .. mika kata kena "Sumpahan Mahsuri" HeHeHe
Buat lawak utk Org Sakit lak ...
But it was bad .. so pukul 2 pagi terpaksa drive all the way to Jitra sbb Canglun tak de hospital, masa tu la .. sekarang ni tak tahu lah dah ada hospital ke belum utk org Canglun
Hemm ... Sampai sekarang masih ingat pasal Sumpahan Mahsuri itu ....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home