ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, September 19, 2006

Kecewa

Ahad lepas masuk treasure hunt, salah satu acara yg paling digemari. Diperkenalkan oleh seorng rakan 3 tahun yg lalu, dan sejak itu tak pernah miss sekiranya diajak utk menyertainya. Alhamdulillah sejak masuk TH ni tak pernah pulang dgn tgn kosong, mesti dpt hadiah among the best 10.

So kali ni memandangkan yg masuk sume prpm cerah jugaklah utk dpt among the best 10 Bila dpt tulip tu rasanya kali ni taklah jauh sgt kena mencarinya cuma sekitar SA dan PJ shj.

Kami berempat sumenya, team members yg sama cuma driver tu je yg dr team lain. Mcm biasa dtg perlu awal so dr rumah pukul 6.45 dan sampai sebelum pukul 7. Wah dah ramai yg menunggu rupanya dan masing2 terserlah dgn baju orennya. Bersusun-susun kereta dah berbaris.

Sepatutnya flag off pukul 7.30 tapi bila YB yg nak rasmi tu dtg pukul 8 terpaksalah lewat sedikit. Kami diberi masa 6 jam utk mencari 5 harta karun dan menjawab 40 soalan.

Kami flag off tepat jam 8.10am dan yg tak seronoknya soalan pertama dah termiss sbb tersalah baca tulip. Ermm nak buat mcm mana, klu sempat balik nanti blh dtg lagi sekali.

Soalannya taklah susah sgt sbb dlm BM selalunya TH yg kami soalan dlm BI dan kami sempat penuhkan jawaban dlm pukul 1.00. Walau apapun terdapat bbrp soalan yg langsung tak boleh agak dan bbrp soalan yg main agak2. Yg lucunya boleh berpusing 3 kali kat SA sbb silap baca tulip sedangkan tempat tu mmg biasa pergi.

Antara soalan yg agak straight forward "Mari prg Siam" jwpnya "Lai Thai .....",
"Menginap di hutan berbukit - jwpnya " Hotel Forest Hill". Tapi yg paling pening "Riau Hi Senja".hah apa ni, rupanya "Sri Hijauan" nama taman perumahan. The words all jumble up. Tapi paling lucu bila kami tak dpt jawap soalan terakhir, senarai 5 kesalahan trafik yg dikenakan kompoun maksimum dan tdk blh kurang. Kami beri jawapan, langgar lari, langgar sampai mati dsbnya. Rupanya jawapannya, speeding, potong double line....ha..ha..... pandai bawa kete je, tapi undang2 tak tahu. Itulah prpm...

Alhamdulillah pukul 1.20 (pukul 2 waktu tamat) dah sampai kat tempat penamat dan menyerahkan kertas jawapan dan harta karun tu. Penat giler, tapi masih sempat makan minum. Sedap gak nasi hinpit dan rendangnya.

Penyampaian hadiah sepatutnya 5 tapi yg menyampaikan hadiah (YB) tu terlewat sbb tersalah baca tulip dan telah tersesat kat tempat lain. Ha..ha... itu yg kami kata sbb penat menunggu dia tak sampai2.

Akhirnya masa yg ditunggu2 sampai bila pengumumandi dibuat. malangnya tiada markah yg disebut setakat placing je so kami tak tahulah brp yg kami dpt. Lepas satu team ke satu team yg naik ke pentas namun no kereta kami masih tak naik. Ah..........mcm mana nie.
Akhirnya apabila tempat keempat disebut, keluarlah no kami.........aduh sedihnya sbb keempat tu hadiahnya cuma RM200 sama mcm tempat kesepuluh sedangkan tempat ke 3 hadiahnya RM1k. Rugi RM800.

Tak pelah Insyaallah dimasa hadapan kami akan lebih berjaya. Baliklah kami dgn 2 buah hamper, 1 utk penyertaan dan satu utk hadiah ke4. Duit RM200 tu akan diposkan. Awatlah penganjur ni RM200 pun nak buat cek. Alhamdulillah kami balik dgn azam utk berjaya.

Hah di bawah ni clue utk treasure tu

MAT TIM PANDANG DARI BELAKANG
PRODUK KOKO DIBUAT DARI SEBERANG
TDK DIJUAL DI AUSTRALIA DAN N ZEALAND
KAKAK TUA LOGO PRODUKNYA
135G BERAT KANDUNGANNYA
LEBIH NIKMAT DISAJIKAN DINGIN

JENAMA TERKENAL KETAWA MAHMUD JUN
RASA BARU LEMON HEBAT 300ML ISIANNYA
TANPA BAHAN PEWARNA & PENGAWIT TAMBAHAN
TAMBAH AIS BUAT KAMI HILANG DAHAGA
KANDUNGAN UTAMA HASIL DARI CAMERON HIGHLAND
BUATAN MALAYSIA KILANG DI BANGI

BIRU BERCAHAYA ASAL DARI THAILAND
DIKUNYAH BOLEH DIMAKAN JANGAN
JENAMA POPULAR OLEH PATRICK TEOH
DICAMPUR ACTIZOL BERSAMA CHOROPHYLL
5 KEPING BERATNYA 13.5G YG KAMI PINTA

BUKAN MASIN BUKAN MANIS RASANYA
YG PASTI BERKERUT DAHI DIBUATNYA
ISI BERSARI NAK NIKMAT PERAHKANNYA
BUKAN TEBAL YG KAMI PINTA
ANDA BERI SATU KAMI BERI DUA

DULU SENANG SEKARANG SUSAH
PENAMBAH PERASA MINUMAN HARIAN
TAK MAU HALUS APA SAJA JENAMA
BUKAN AMBIL KESEMPATAN TAPI NAK UJI AJE
HANYA 1 KG SAHAJA YG KAMI KIRA

each treasure 4 point dan kami dapat mencari ke lima2 treasure tersebut.

1 Comments:

At 6:20 PM , Blogger InaOK said...

Kira Ok lagi la ...still in the Top Ten

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home